Home Travel 5 Fakta Tentang Makanan Pesawat Yang Akan Mengejutkan Kaki Travel

5 Fakta Tentang Makanan Pesawat Yang Akan Mengejutkan Kaki Travel

0

Anda rindu nak fly? Ada di antara kita mungkin penerbangan adalah sebahagian daripada hidup, travel ke pelbagai tempat sebelum pandemik Covid-19 melanda.

Pergi ke tempat jauh biasanya mendapat makanan. Ternyata makanan dan minuman yang disajikan di dalam pesawat juga terselit fakta menarik.

Memetik informasi daripada laman South China Morning Post, berikut trik pihak penerbangan untuk menyediakan menu di dalam kapal terbang:

1. Hampir tiada tulang

800px Singapore Airlines inflight meal breakfast

Hampir semua makanan disediakan dengan daging tanpa tulang bagi mengelakkan risiko tercekik. Itulah sebabnya mengapa anda lebih cenderung dapat potongan isi ayam dan dada ayam bakar, bukan bahagian kepak.

Baru-baru ini, beberapa syarikat penerbangan berhenti menyediakan kacang dan makanan yang mengandungi kekacang kerana bimbang ada yang alergi.

2. Makanan disediakan di darat

awww

Walaupun menjamu selera di langit biru, makanan tersebut sebenarnya dimasak siap-siap di darat tetapi separuh masak termasuk yang berdaging. Kemudian dimasak penuh dalam ketuhar atau microwave kapal terbang.

Biasanya makanan tersebut disiapkan sehari lebih awal dan simpan dalam peti beku. Ia akan dimuatkan ke dalam pesawat sebelum sejam dua berlepas. Sekiranya berlaku kelewatan makanan itu terpaksa dibuang dan diganti lain.

3. Selera terbantut

DO CO Catering 8968355090

Perubahan kelembapan dan tekanan udara yang rendah semasa penerbangan dapat membantutkan selera kita untuk makan makanan manis dan masin.

Ini bermaksud sepotong kek coklat rasanya lebih tawar bila berada pada ketinggian 10,668-meter berbanding melepak dengan rakan anda di kafe.

Lantaran itu makanan di dalam kapal terbang biasanya penuh dengan garam, perasa, dan rempah.

Antara makanan yang deria rasa boleh berkompromi semasa di udara adalah tomato. Itulah sebabnya makanan berasaskan tomato sering disajikan dalam penerbangan.

4. Makanan segera pernah dihidangkan

hamburger 1030865 960 720

Tidak hanya terhad kepada pasta, nasi, dan mi, sajian makanan segera pun ada.

Pada awal tahun 90an, United Airlines menyajikan McDonald’s Happy Meals di atas kabin. Hidangannya termasuk cheeseburger dan cookies, namun tiada kentang goreng kerana ia jadi lembik apabila dipanaskan kembali.

Ia telah dihentikan tetapi syarikat penerbangan lain turut mengikuti trend makanan segera ini. Japan Airlines pernah melayan order Mos Burger dan KFC, manakala Icelandair pula menawarkan hamburger mini dari rangkaian makanan segera terkenal negara itu, The Hamburger Truly.

5. Makanan juruterbang tak sama

cockpit 2576889 960 720

Walaupun syarikat katering mengikuti garis panduan keselamatan makanan yang ketat, juruterbang penerbangan yang sama diberi makanan berbeza.

Hal ini untuk memastikan kedua juruterbang tidak jatuh sakit jika salah seorang daripada mereka mengalami keracunan makanan!