Home Entertainment 5 Fakta Menarik The Kidnapping Day, Thriller Black Komedi Wajib Ditonton

5 Fakta Menarik The Kidnapping Day, Thriller Black Komedi Wajib Ditonton

0

The Kidnapping Day yang diadaptasi dari Webtoon ini merupakan salah satu drama terbaharu yang wajib berada di dalam senarai tontonan anda jika anda menyukai drama yang memiliki pelbagai elemen.

Bermula dari komedi, aksi, thriller jenayah hingga kisah tentang kemanusiaan. Beragam genre tersebut dikemas secara memikat dalam drama ini.

IMG 4735

The Kidnapping Day berjumlah 12 episod ini kini boleh ditonton secara striming di Prime Video sejak 13 September 2023. Penonton boleh menikmati drama siri ini setiap Rabu dan Khamis.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik tentang “The Kidnapping Day” seperti berikut:

 

1. Jalan Cerita Menarik dan Mengharukan

IMG 4730

Kisah The Kidnapping Day berfokus pada seorang penculik kekok bernama Kim Myung Joon (Yoon Kye-sang) yang menculik seorang anak genius bernama Choi Ro Hee (Yoo Na). Sayangnya, segalanya tidak berjalan mengikut rancangannya dan keduanya pun menghadapi pelbagai peristiwa misteri dan pembunuhan.

Myung Joon seorang bapa tunggal miskin yang terpaksa menculik kerana anak kesayangannya sakit dan perlukan wang untuk membayar kos pembedahan anaknya.

Pada masa yang sama, bekas isterinya datang memberi idea penculikan. Dia mengajak Kim Myung Joon untuk menculik Choi Ro Hee, anak orang kaya berusia 11 tahun yang genius. Kerana terdesak, Kim Myung Joon pun menerima ajakan itu.

 

2. Keserasian pelakon dewasa dan kanak-kanak

IMG 4736

Inti dari siri The Kidnapping Day ini terletak pada hubungan antara Kim Myung Joon dan Choi Ro Hee. Choi Ro Hee (Yoo Na) ini berasal dari keluarga kaya dan tiba-tiba hilang ingatan kerana kejadian saat berlakunya penculikan. Choi Ro Hee kemudian menyangka Myung Joon adalah bapanya. Akhirnya, Myung Joon berpura-pura menjadi bapa Choi Ro Hee dan hubungan mereka seperti keluarga.

Untuk versi drama ini, ia menitikberatkan keserasian antara Kim Myung Joon dan Choi Ro Hee. Fokusnya adalah elemen komedi dan sifat kemanusian yang ditampilkam dari hubungan mereka. Selain kisahnya yang luar biasa, penonton pasti merasa terharu. Sebagai penonton, kita mendapat pesan dan nilai-nilai moral apa ertinya menjadi sebuah keluarga.

 

3. Misteri Pembunuhan Melibatkan Kim Myung Joon dan Choi Ro Hee

IMG 4729

Rancangan penculikan ke atas Choi Ro Hee gagal, bukan setakat gagal mendapatkan wang tebusan dari ibubapa Choi Ro Hee, Kim Myung Joon bahkan terjebak sebagai suspect pembunuhan misteri kedua ibubapa Choi Ro Hee.

Akibatnya, dia menjadi pelarian dan menyembunyikan diri bersama Choi Ro Hee dari ditangkap. Masalah semakin memburuk apabila Choi Ro Hee mula menyedari pembohongan Kim Myung Joon yang ternyata bukanlah ayah Choi Ro Hee.

 

4. Park Sung Hoon Sebagai Detektif Tegas dan Dingin

Kidnapping day

Park Sung Hoon membawa peranan sebagai Detektif Park Sang Yoon. Selain menangani kes penculikan Cho Ro Hee, Park Sang Yoon juga harus menangani kes pembunuhan ibubapa Choi Ro Hee kerana ia saling berkaitan. Park Sung Hoon juga harus berdepan dengan kejadian misteri yang lebih rumit.

 

5. Penampilan pelakon kanak-yang sangat berbakat

IMG 4739

Yoo Na yang membawa karakter Choi Ro Hee yang sedang naik daun ini mengalahkan sekitar 500 pesaing untuk wataknya di The Kidnapping Day. Pengarah Park Yu Young mengatakan pelakon kanak-kanak biasanya memainkan karakter pembantu atau versi muda dari karakter utama. Namun dalam siri The Kidnapping Day, pelakon kanak-kanak justeru menjadi karakter utama.

Tunggu apa lagi, jom kita tonton “The Kidnapping Day”!

Baca lagi: “The Betrayal” Doctor Foster Versi Thai, Kisah Cinta Toksik dan Balas Dendam
Baca juga: Baca Webtoon Moving Episod Penuh 1-45 Kisah Manusia Dengan Kekuatan Super