Berita gembira untuk para peminat drama dan filem Korea kerana Netflix membawakan rangkaian Kdrama baru dan juga sebuah filem menarik untuk bulan Ogos nanti.
Buah tangan penuh bermakna untuk semua orang kerana drama-drama dan filem Korea akan datang bakal membawakan genre romantik, drama, fantasi, thriller dan juga komedi.
Dibawah ini ialah senarai Kdrama dan filem Korea yang dijadualkan bakal dikeluarkan di Netflix seperti yang dilaporkan oleh What’s on Netflix.
1. Lovely Runner
Tarikh Tayangan: 1 Ogos 2024
Genre: Komedi, Fantasi, Romantik
Pelakon: Byeon Woo Seok, Kim Hye Yoon, Song Geon Hee, Lee Seung Hyun, Jung Young Joo
Kdrama yang diminati oleh ramai penonton seluruh dunia iaitu Lovely Runner akhirnya boleh ditonton di Netflix dan peminat boleh memulakan bulan Ogos mereka dengan kisah yang menarik penuh ini. Kdrama popular ini berkisar tentang seorang selebriti popular di Korea Selatan, Ryu Seon Jae yang sudah penat dengan populariti dan kerjanya.
Selepas kematiannya yang tragis, salah seorang peminat fanatiknya merasa sangat sedih dan kecewa, Im Sol dibawa kembali ke lima belas tahun yang lalu apabila dia bertemu dengan bintang idolanya yang sudah mati itu dan dia berhadapan dengan pilihan untuk mengubah masa depannya yang tragis.
2. The Frog
Tarikh Tayangan: Akan diumumkan
Genre: Drama, Thriller
Pelakon: Kim Yoon Seok, Yoon Kye Sang, Go Min Si, Lee Jung Eun, Ryu Hyun Kyung
Siri 8 episod ini fokus pada kisah dua orang lelaki Sang Joon dan Young Ha. Sang Joon menguruskan sebuah motel di kawasan luar bandar pada tahun 2000 dan Young Ha telah bersara serta bersendirian seorang diri di hutan semasa musim panas tahun 2021. Sebarang pengumuman dan maklumat lanjut tentang siri ini masih belum dihebahkan oleh Netflix.
3. Romance in the House
Tarikh Tayangan: 10 Ogos 2024
Genre: Drama, Romantik
Pelakon: Ji Jin Hee, Kim Jee Soo, Son Na Eun, Choi Min Ho, Yoon San Ha
Siri ini mengikuti perjalanan Byun Moo Jin, seorang ahli perniagaan yang pernah bercita-cita tinggi tetapi akhirnya dia membiarkan perniagaannya yang gagal terus membebankan keluarganya, semua ini menyebabkan isterinya Geum Ae Yeon menceraikannya. Bertahun-tahun kemudian, anak mereka Mi Rae dan Hyun Jae telah dewasa.
Mi Rae, melihat ibunya berjuang sendirian, berazam untuk menjadi seseorang yang boleh dipercayai, manakala Hyun Jae telah membesar sebagai anak yang bermasalah untuk keluarga. Kehidupan mereka berubah apabila Moo Jin kembali sebagai pemilik baru bangunan pangsapuri mereka, dengan harapan dapat berdamai dengan Ae Yeon. Mi Rae menentang keras perkara ini, tetapi Hyun Jae mengalu-alukan usaha bapa mereka untuk menyatukan kembali keluarga. Episod-episod baru bagi drama ini akan dikeluarkan setiap hari Sabtu dan Ahad.
4. Love Next Door
Tarikh Tayangan: 17 Ogos 2024
Genre: Drama, Romantik
Pelakon: Jung Hae In, Jung So Min, Kim Ji Eun, Yun Ji On, Park Ji Young
Kdrama ini mengisahkan tentang Bae Seok Ryu telah terbiasa menjadi cemerlang dalam segala-galanya, berjaya dalam peperiksaan dan berjaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Tetapi apabila dia mula bekerja di sebuah syarikat antarabangsa yang besar, dia menghadapi kemerosotan yang membawa kepada kegagalan besar pertama dalam hidupnya. Dia akhirnya berhenti kerja sebagai pengurus projek.
Tidak lama selepas itu, dia kembali berhubung dengan Choi Seung Hyo, seorang arkitek muda terkenal di Korea Selatan yang dikenalinya sejak kecil ketika mereka berkongsi susu pisang di rumah mandi wanita. Drama ini akan disiarkan setiap hari Sabtu dan Ahad.
5. Mission Cross (Filem)
Tarikh keluaran: 7 Ogos 2024
Genre: Aksi, Komedi
Pelakon: Hwang Jung Min, Yeom Jung Ah, Jeon Hye Jin, Kim Joo Heon, Kim Joon Han
Netflix juga akan mengeluarkan filem original Netflix pada bulan Ogos. Filem ini mengisahkan tentang Kang Moo, seorang pesara pegawai pasukan khas, yang berusaha untuk meninggalkan masa lalunya yang berbahaya untuk membantu isteri detektifnya, Mi Sun, sebagai seorang suami yang setia.
Namun, salah faham timbul apabila dia mengesyaki Kang Moo mempunyai hubungan sulit dengan Hee Joo dan segala misteri mula muncul. Dalam usahanya untuk mendedahkan kebenaran tentang masa lalu Kang Moo, kehidupan rumah tangga mereka yang aman terganggu, mencabar perkahwinan mereka yang tidak pernah diganggu oleh konflik sebelum ini.
Bagaimana? Anda tertarik untuk menonton cerita-cerita di atas? Nantikan ya!