Home Movie Barat 5 Filem dan Siri Tentang Bencana Alam yang Boleh Ditonton di Netflix

5 Filem dan Siri Tentang Bencana Alam yang Boleh Ditonton di Netflix

0

Bencana alam merupakan fenomena alam yang boleh terjadi pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Terdapat pelbagai bencana alam seperti banjir, ribut puting beliung, tanah runtuh, dan gempa bumi. Banyak filem dan siri yang mengangkat tema bencana alam.

Filem dan siri dengan tema bencana alam selalu berjaya memikat penonton dengan kombinasi ketegangan, kisah perjuangan manusia melawan kuasa alam, dan tentunya visual yang menarik.

Cerita-cerita ini tidak pernah membuatkan penontonnya bosan kerana banyak fakta menarik tentang perubahan iklim yang mengancam dunia.

Jika anda sedang mencari filem dan siri tentang bencana alam, lima cadangan dibawah ini boleh dijadikan pilihan anda.

 

1. Greenland

Filem Greenland ditayangkan pada tahun 2020 dan diarahkan oleh Ric Roman Waugh. Filem ini ialah tentang komet yang jatuh ke bumi. Pecahan komet berukuran besar ini menghancurkan bumi beserta makhluk hidup yang ada.

Seorang lelaki bernama John Garitty (Gerard Butler) berjuang bersama isteri dan anaknya untuk menyelamatkan diri dari bencana ini. John dan keluarganya pada awalnya dipilih sebagai orang yang mendapat peluang untuk tinggal di tempat perlindungan rahsia. Namun, anaknya ditolak untuk pergi ke tempat tersebut kerana menderita penyakit diabetes.

Filem

John akhirnya berusaha menuju ke tempat rahsia yang diketahui sebagai Greenland. Mereka perlu melalui pelbagai rintangan di tengah-tengah situasi yang kacau bilau. John harus menemui kapal terbang yang boleh mengantarkan mereka ke Greenland sebelum pecahan terbesar komet menghantam bumi.

 

2. The Impossible

Masih ingat tentang bencana tsunami yang terjadi pada 26 Disember 2004? Tsunami melanda negara-negara di Lautan Hindi seperti Indonesia, Thailand, dan lain-lain. Filem yang diarahkan oleh JA Bayona ini mengangkat kisah benar keluarga pelancong dari Sepanyol, Maria Belon, yang terselamat semasa tsunami melanda Khao Lak, Thailand.

Maria (Naomi Watts) mengajak suaminya, Henry Bennett (Ewan McGregor), beserta tiga anak mereka, Thomas (Samuel Joslin), Simon (Oaklee Pendergast), dan Lucas (Tom Holland) untuk menikmati percutian Krismas ke Khao Lak. Mereka memilih untuk menginap di sebuah resort pinggir pantai yang dikenali sebagai Orchid Resort Hotel.

IMG 7428

Pada 26 Disember 2004, tsunami melanda kawasan tersebut semasa mereka sedang bermain di kolam renang. Terjahan tsunami yang cukup tinggi ini membuatkan mereka terpisah. Maria dan Lucas selamat dari tsunami selepas ditemui oleh penduduk setempat. Mereka dibawa ke hospital di bandar Takua Pa. Henry beserta kedua-dua anaknya juga selamat dan pergi ke daerah pegunungan untuk melarikan diri dari gelombang tsunami kedua. Di tengah-tengah situasi bencana, Henry berusaha untuk mencari Maria dan Lucas.

 

3. Geostorm

Geostorm mengangkat kisah teknologi kejuruteraan iklim. Filem sains fiksyen ini ditayangkan pada tahun 2017 dan diarahkan oleh Dean Devlin. Geostorm mengambil latar belakang kejadian pada tahun 2019.

Pada tahun 2019, bumi mengalami pelbagai bencana alam yang mengerikan. Para pemimpin dunia bersatu dan sepakat mencipta teknologi canggih untuk mengawal iklim melalui sebuah satelit yang bernama Dutch Boy. Dutch Boy telah berjaya menghentikan bencana alam yang terjadi di beberapa buah negara.

Hingga satelit canggih ini mengalami gangguan yang membahayakan bumi. Perkara ini disebabkan adanya sebuah virus yang ditanamkan pada sistem Dutch Boy. Jake Lawson (Gerard Butler) yang menjadi arkitek utama projek ini, berusaha untuk menyiasat dalang di sebalik insiden tersebut. Dia bersama ahli pasukannya melakukan penambah baikan terhadap Dutch Boy untuk menghindari beberapa bencana mengerikan yang lain.

 

4. High Water

High Water merupakan siri bergenre drama garapan pengarah Bartlomiej Ignaciuk dan Jan Holoube yang ditayangkan pada Oktober 2022. Siri ini diadaptasi dari bencana banjir Eropah Tengah atau Banjir Order pada tahun 1997. Salah satu di antara bandar yang terkesan adalah Wroclaw.

IMG 7429

Siri ini mengisahkan tentang pakar hidrologi, Jasmina Tremer, yang melihat kadar air naik kenpermukaan dan berubah menjadi bencana alam banjir. Siri dengan judul asli Wielka Woda ini menunjukkan bagaimana masyarakat setempat dan sistem yang ada saling bekerja sama semasa bencana banjir terjadi. High Water terdiri dari enam episod dengan durasi setiap epiasod 42 hingga 46 minit.

 

5. The Day After Tomorrow

Filem ini diadaptasi dari buku berjudul The Coming Global Superstorm karya Whitley Strieber dan Art Bell. The Day After Tomorrow ditayangkan pada tahun 2004 dan diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem berdurasi 123 minit ini mengangkat kisah kejadian bencana akibat perubahan cuaca ekstrem di bumi.

Seorang pakar perubahan iklim bumi atau paleoclimatology bernama Jack Hall (Dennis Quaid) melakukan penyelidikan di Benua Antartika. Dia bersama dua rakannya menemukan rekahan besar yang membelah benua tersebut. Dia kemudian memaparkan hasil penyelidikannya itu di Majlis Pemanasan Global PBB, New Delhi, India. Tidak ada seorang pun yang mempercayai hasil penyelidikannya tersebut.

Beberapa buah negara mengalami perubahan iklim yang sangat ekstrem. Hujan ais, angin taufan, hingga tsunami setinggi setengah Patung Liberty terjadi. Jack terpisah dengan anaknya, Sam. Dia berlumba dengan waktu untuk menyelamatkan Sam dan membawanya ke tempat yang selamat.

Filem dan siri tema bencana alam di Netflix ini boleh anda tonton bersama keluarga. Selain mendapat hiburan, filem dan siri tersebut mengajar kita betapa besar kuasa alam hingga mampu memporak-porandakan kehidupan manusia dalam sekelip mata sahaja.

Baca lagi: Penuh Aksi, Tonton 6 Filem dan Siri Korea Ini di Netflix
Baca juga: 7 Filem Thriller Menarik yang Boleh Anda Tonton di Netflix, Jarang Dibicarakan