Home News 5 Filem Jenayah Tanpa Babak Ganas, Dengan Jalan Cerita Genius!

5 Filem Jenayah Tanpa Babak Ganas, Dengan Jalan Cerita Genius!

0

Salah satu genre filem yang disukai penonton ialah genre filem jenayah. Cerita yang disajikan cukup menarik, iaitu mengenai perbuatan melanggar undang-undang oleh para penjenayah.

Bermula dari kisah rompakan hinggalah kepada aksi jenayah yang menimpa sebuah kota. Biasanya filem jenayah sangat identikal dengan kekerasan dan keganasan.

Tapi, terdapat beberapa buah filem yang walaupun mengusung genre jenayah, filem jenayah ini tidak menitikberatkan unsur keganasan. Jom kita lihat ulasan seperti di bawah ini:

1. Catch Me If You Can (2002)

Filem jenayah
Anda penggemar filem jenayah dan pelakon Leonardo DiCaprio? Wajib menonton Catch Me If You Can. Diangkat dari sebuah buku, filem ini meraih kejayaan besar dan mencuri perhatian publik pada masanya dengan jalan cerita yang sangat genius.

Filem ini mengisahkan tentang perjalanan Frank Abagnale Jr. yang menjadi penipu terhebat dengan kepakaran pemalsuan cek dan identiti yang membuatnya pernah menjadi juru terbang, doktor dan peguam. Penipuan ini membuatkan Frank menjadi buruan seorang ejen FBI yang dikenali sebagai Carl Hanratty.

Bukan kekerasan dan keganasan, filem ini akan menampilkan berbagai babak genius nan epik oleh Leonardo DiCaprio sebagai Frank. Adakah akhirnya Frank akan tertangkap dan menghentikan penipuannya? Temukan jawapannya dalam Catch Me If You Can.

2. A Man of Action (2022)

154a4e9e e626 44d6 9867 ae46c79beab5 1
Diangkat dari kisah benar, A Man of Action mengambil premis kehidupan Lucio Urtubia, seorang pemuda yang mempunyai rasa kekecewaan kepada dunia dan sangat membenci bank. Sewaktu kecil dia ingin meminjam duit untuk ayahnya yang sedang tenat, namun pihak bank tidak membantunya.

Lucio kemudian menyedari dunia selalu memihak kepada kelas atasan, dan seringkali dirinya sebagai orang biasa diperlakukan secara tidak adil. Sebagai aksi balas dendamnya terhadap bank, dia memutuskan untuk mengedarkan wang palsu dengan berbagai langkah geniusnya. Kerana kepintarannya, dia tidak tertangkap selama bertahun-tahun. Filem jenayah tanpa unsur keganasan yang wajib ditonton!

3. Inside Man (2006)

4bc7303d 98ac 43e2 af17 0d8afa2df291
Inside Man juga termasuk dalam senarai filem jenayah yang tidak mementingkan babak keganasan dan kekerasan. Filem ini dimulakan dengan kisah Dalton dan rakan-rakannya yang berjaya merompak serta menawan para pekerja dan pelanggan di sebuah bank Manhattan. Tanpa disangka, aksi itu membuatkan terungkapnya kejahatan lain.

Dalton menemui dokumen dan perhiasan yang mempunyai hubungan dengan catatan lama sejarah manusia dalam sebuah peti simpanan. Barangan tersebut merupakan milik seorang pengarah bank yang dikenali sebagai Arthur. Kerana panik, Arthur kemudian mengajak Dalton dan kawan-kawannya untuk berkompromi. Adakah Dalton akan membantu Arthur?

4. Ocean’s Eleven (2001)

b29eddd6 5553 4439 b555 52cb12b8616f
Ocean’s Eleven juga merupakan salah sebuah filem jenayah yang sangat menarik untuk ditonton. Filem yang dibanjiri dengan bintang-bintang ternama ini disebut-sebut sebagai salah sebuah filem yang bertemakan jenayah rompakan terbaik.

Filem ini mengisahkan tentang Danny Ocean yang merompak tiga buah kasino Las Vegas yang terkenal, iaitu Bellagio, The Mirage, dan MGM Grand. Tiga kasino ini memiliki peti besi bersama dengan penjagaan yang sangat ketat. Untuk melancarkan aksi rompakannya, Danny merekrut beberapa orang ahli yang mempunyai kepakaran masing-masing sehingga terbentuklah Ocean’s Eleven.

Walaupun sudah merancang aksi rompakan dengan baik, masalah muncul sewaktu Danny bertemu dengan bekas isterinya yang bernama Tess. Filem ini bakal menyajikan kebijaksanaan Danny dan kawan-kawannya. Dijamin pasti anda puas hati!

 

5. The Wall of Wolf Street (2013)

b4ad5483 da0d 42b1 a59d ed17f08b6c1b 1
The Wall of Wolf Street juga merupakan filem jenayah yang diangkat dari kisah benar dengan cerita yang epik. Filem yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio ini menceritakan tentang masa kegemilangan dan kejayaan Jordan Belfort sebagai broker saham paling kaya raya yang hidup dalam kemewahan dan kebebasan.

Namun dalam bekerja, Jordan hanya memikirkan dirinya sendiri dan hanya memikirkan untuk mendapat keuntungan sebanyak-banyaknya. Hingga suatu hari, dia mulai merasakan pahitnya kejatuhan yang melibatkan beberapa kes seperti rasuah dan kejahatan-kejahatan yang lain. Filem yang sarat dengan pengajaran hidup!

Tidak melulu untuk melibatkan babak kekerasan, 5 senarai filem di atas menyajikan cerita jenayah yang diolah dengan begitu genius!

Baca lagi: 7 Filem Underrated Terbaik Di Netflix
Baca juga: 10 Filem ‘Jenayah Sebenar’ Tentang Pembunuh Bersiri