Bulan April 2023 akan menjadi bulan yang dinanti-nantikan bagi para penonton setia filem Korea kerana terdapat beberapa buah filem baru yang menarik bakal ditayangkan pada April ini.
Karya-karya terbaru ini pastinya bakal memberi seri dan menambah perasa dalam dunia perfileman Korea Selatan nanti.
Baca Lagi Artikel: 9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2023
Jom kita lihat beberapa buah filem yang bakal bersiaran di layar perak pada April 2023 ini:
1. Rebound
Rebound bakal ditayang 6 April 2023. Filem ini menceritakan tentang pasukan bola keranjang di Sekolah Tinggi Jung Ang di Busan yang sedang mengalami krisis pembubaran. Yang Hyun (Ahn Jae Hong), merupakan bekas pemain bola keranjang yang kini menjadi petugas awam yang ditugaskan untuk melatih pasukan sekolah tersebut.
Walaupun penuh keterbatasan, Yang Hyun sangat komited untuk membawa pasukannya menuju ke peringkat akhir perlawanan bola keranjang peringkat kebangsaan. Para pelakon yang membintangi filem ini terdiri daripada Ki Bum (Lee Shin Young), Kyu Hyuk (Jung Jin Woon), Sun Kyu (Kim Taek), Kang Ho (Jung Gun Joo), Jin Wook (Ahn Ji Ho), dan juga Jae Yoon (Kim Min).
2. Swallow
Filem Swallow yang bakal ditayangkan pada 12 April ini merupakan kisah romantik antara Je Bi (Yoon Park) dan Eun Sook (Jang Hee Ryung). Pada tahun 1983, mereka adalah pasangan kekasih dan merupakan ahli gerakan rahsia yang memimpin gerakan mahasiswa untuk turun ke jalanan.
Filem ini juga akan menampilkan kehidupan mereka pada masa sekarang. Yoo In Soo akan tampil sebagai mahasiswa pada tahun 1983. Woo Ji Hyun membawa watak sebagai anak Eun Sook yang berada dalam proses perceraian dengan isterinya yang dilakonkan oleh Park Sojin.
3. Killing Romance
Para penonton sekali lagi bakal melihat transformasi Lee Honey dalam filem komedi baru iaitu Killing Romance. Filem ini mula ditayangkan di layar perak Korea pada 14 April. Lee Honey berlakon sebagai Yeo Rae iaitu selebriti yang menjadi ejekan orang ramai kerana lakonannya yang buruk.
Yeo Rae kemudian bertemu dengan John Na (Lee Sun Kyun) yang membantunya ketika dia mengasingkan diri ke Pulau Qwala. John Na merupakan seorang konglomerat. Dia dan Yeo Rae akhirnya memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Yeo Rae lantas mengumumkan pengunduran diri dari industri hiburan. Namun, kehidupan baru yang dijalaninya terasa sangat meletihkan. Akhirnya Yeo Rae dan peminatnya yang tinggal di rumah bersebelahan yang bernama Bum Woo (Gong Myung) merancang ‘pembunuhan’ agar Yeo Rae boleh kembali ke dunia hiburan.
4. Dream
Park Seo Joon dan IU bakal kembali ke layar perak melalui filem Dream mulai 26 April ini. Filemnya mengisahkan tentang atlet bola sepak bernama Hong Dae (Park Seo Joon) yang menghadapi krisis dalam kariernya dan diarahkan untuk menjadi pelatih sebuah pasukan amatur.
5. I Am Here
Selain filem Rebound, Jung Jin Woon pada bulan April ini juga muncul dalam filem I Am Here. Karya baru pengarah Shin Geun Ho ini diharapkan membawa gaya thriller baru dan segar.
Filem ini mengisahkan tentang detektif Seon Doo (Jo Han Seon) yang gigih berusaha untuk menangkap suspek pembunuhan iaitu Kyu Jong (Jung Jin Woon). Rupa-rupanya mereka berdua pernah menerima penderma organ yang sama iaitu seorang pembunuh yang pernah ditangkap Seon Doo pada masa lalu.
Baca Juga Artikel: 8 Kdrama Diadaptasi Dari Hollywood
Masih berbaki beberapa hari lagi untuk menuju bulan April. Jika anda tertarik dengan filem-filem yang tersenarai di atas dan ingin menyaksikannya, harap bersabar untuk menanti berita penayangannya di pawagam-pawagam seluruh negara!