Home Kdrama/Kmovie 5 Filem Korea Paling Popular dan Laris Sepanjang Zaman dan Sudah Ditonton...

5 Filem Korea Paling Popular dan Laris Sepanjang Zaman dan Sudah Ditonton Lebih dari 10 Juta Kali

0

Industri perfileman Korea Selatan memang telah mencapai populariti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Namun, peminat-peminat filem Korea sudah ada sejak lama terutamanya di kalangan masyarakat Korea Selatan.

Beberapa filem klasik Korea yang masih ditonton dan disukai hingga kini adalah seperti Shiri (1999), Oldboy (2003), dan Sympathy for Lady Vengeance (2005). Perkembangan industri perfileman Korea Selatan juga dapat dilihat dari pencapaian box office. Pada tahun 2003, filem Silmido yang dibintangi oleh Sol Kyung Gu menjadi filem pertama di Korea Selatan yang berjaya mencapai 10 juta penonton. Selepas itu, banyak filem box office lain yang ditayangkan dan berjaya menarik jutaan penonton di pawagam-pawagam tempatan di Korea Selatan.

Ternyata para pelakon chungmoro seperti Choi Min Sik, Ryu Seung Ryong, Song Kang Ho, Ma Dong Seok, Ha Jung Woo, dan Jun Ji Hyun telah tampil dalam banyak karya yang luar biasa di dunia perfileman Korea. Dengan bakat mereka yang mengagumkan, filem-filem yang dibintangi oleh mereka telah menjadi kegemaran para penonton Korea dan juga seluruh dunia. Mereka berjaya meraih populariti yang luar biasa dan memberikan sumbangan besar terhadap industri perfileman Korea.

Berikut dibawah ini adalah beberapa buah pilihan filem Korea terlaris yang menawarkan jalan cerita yang menarik dan memikat dan telah ditonton lebih dari 10 juta kali. Mungkin ada segelintir dari anda yang belum menontonnya.

 

1. Extreme Job – 2019

Filem koreaExtreme Job pastinya sebuah filem Korea yang tidak mahu dilepaskan untuk tontonan semua! Filem yang bakal buat para penonton gelak berdekah dan tidak kering gusi. Filem aksi komedi ini diarahkan oleh Lee Byeong-heon. Lee Byeong-heon sebelum ini amat terkenal dengan filem arahannya yang berjudul Twenty. Filem yang amat menghiburkan ini boleh ditonton di platform penstriman Apple Malaysia.

Sebut sahaja filem Extreme Job pasti ramai sudah mengetahui tentang rekod box office yang telah dicatatkan. Menjadi antara filem paling laris dalam sejarah tayangan filem di Korea Selatan, filem ini telah berjaya mengutip sebanyak US$81.6 juta keuntungan. Pada bulan Mei tahun 2019, secara rasminya Extreme Job menjadi filem kedua mendapat tontonan terbanyak selepas filem epik The Admiral: Roaring Currents. Filem Extreme Job berjaya melepasi jualan tiket sebanyak 10 juta tiket dalam tempoh masa hanya 15 hari.

Jumlah penonton yang sangat besar yang melebihi 16 juta orang menunjukkan betapa popular dan berjayanya filem Extreme Job di Korea Selatan. Kehadiran aksi komedi yang menyegarkan dan cerita yang unik berjaya menarik minat ramai orang dan membuatkan filem ini menjadi salah sebuah filem terlaris dalam sejarah perfileman Korea Selatan.

 

2. Along With the Gods: The Two Worlds – 201e1c79a59 b05d 4601 9dd0 1333ed542eaf

Anda yang sukakan genre fantasi dan berminat tentang kehidupan selepas mati, filem ini sangat sesuai untuk anda. Along with the Gods: The Two Worlds adalah filem yang mengisahkan tentang kehidupan Kim Ja Hong (Cha Tae Hyun) selepas kematian merenggut hidupnya. Selepas meninggal dunia, dia ditemani oleh tiga malaikat untuk melalui tujuh neraka.

Filem ini juga mempunyai beberapa adegan aksi melawan iblis yang membuatkan cerita ini lebih menarik untuk ditonton. Kejayaan “Along With the Gods: The Two Worlds” dalam menarik perhatian penonton bukan hanya berlaku di Korea Selatan, tetapi juga di banyak negara lain secara global. Filem ini berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan jalan cerita yang kuat dan kesan visual yang memukau.

 

3. Ode to My Father – 2014

9ab61fc4 ed18 4fc8 80f6 2c9a120275b8Ode to My Father adalah filem Korea tentang seorang lelaki biasa yang melakukan segalanya untuk melindungi keluarganya dan berusaha melakukan apa yang dia katakan untuk terakhir kalinya kepada ayahnya. Ini adalah filem yang menampilkan kehidupan orang-orang yang susah setelah perang Korea hingga waktu ini. Ode to My Father juga akan mengajak anda untuk menyaksikan beberapa siri perpisahan dan perjuangan yang memilukan. Hubungan mereka menggambarkan kekuatan cinta dan sokongan yang hangat di tengah-tengah kesukaran dan konflik. Filem Korea ini telah ditonton sebanyak 14265007 kali tontonan.

Baca juga: 9 Filem Korea Paling Hits Pada Tahun 2024 Setakat Ini, Cecah Jutaan Penonton

4. The Admiral: Roaring Currents – 2014

8c5c5929 c328 4348 8e7f 47beecb7aec5

Bukan hanya untuk tahun 2014, The Admiral: Roaring Currents adalah filem Korea yang berjaya menarik perhatian ramai dan merupakan filem Korea paling laris sepanjang zaman yang berjaya menarik 17.6 juta penonton. Pada acara Buil Film Awards 2014, filem historikal The Admiral: Roaring Currents meraih anugerah Filem Terbaik. Menampilkan pelakon lagenda Choi Min Sik sebagai pelakon utama

 

5. A Taxi Driver – 2017

IMG 2681A Taxi Driver menceritakan tentang pemberontakan yang terjadi di Gwangju pada tahun 1980. Filem ini benar-benar diambil dari kisah benar tentang seorang wartawan dan pemandu teksi yang tidak tahu menahu kejadian sebenar yang berlaku di Gwangju. Dengan kemasan filem yang menarik, filem ini telah berjaya menarik hingga 12 juta orang penonton. Filem ini membangkitkan kesedaran tentang pentingnya melawan ketidakadilan dan memperjuangkan kebenaran serta mengingatkan kita tentang kekuatan solidariti manusia dalam menghadapi cabaran yang mengancam kemanusiaan.

Kebanyakan filem Korea memang mempunyai cerita yang menarik dan sesuai untuk ditonton oleh para peminat filem Korea dari pelbagai negara. Anda sudah menonton filem yang mana?

Baca lagi: 7 Drama Korea yang Boleh Menceriakan Hari Anda, Penuh Lawak Jenaka
Baca juga: “Hijacking”, Filem Korea Berdasarkan Kisah Benar Bakal Tayang Jun 2024 Ini