Home Kdrama/Kmovie Movie 5 Filem Korea Tentang Dunia Remaja dan Kanak-Kanak, Kisah Menyayat Hati dan...

5 Filem Korea Tentang Dunia Remaja dan Kanak-Kanak, Kisah Menyayat Hati dan Penuh Inspirasi

0

Ramai orang berfikir bahawa kehidupan semasa zaman kanak-kanan dan remaja merupakan masa yang begitu indah dan sangat mudah. Ramai yang ingin kembali mengulang masa lampau tanpa beban dan masalah yang digalas kini.

Berbeza dengan pandangan tersebut, senarai cadangan filem-filem Korea tentang kanak-kanak dan remaja berikut ini berjaya menampilkqn konflik yang sangat rumit dan mengundang kekecewaan. Kehidupan setiap watak yang diceritakan dalam senarai cadangan filem-filem ini tidak seindah yang dibayangkan!

1. Thread of Lies (2013)

Filem korea

Filem Thread of Lies mengisahkan tentang kehidupan seorang pelajar sekolah menengah yang bernama Man Ji yang baru saja kehilangan adiknya, Cheon Ji kerana bunuh diri. Man Ji berusaha mengungkap kebenaran di sebalik kematian Cheon Ji dengan menyiasat segala perkara yang berkaitan dengan adiknya semasa hidup.

Penyiasatan Man Ji terhadap kehidupan Cheon Ji di masa lalu membawa gadis itu pada sebuah kebenaran yang menyedihkan tentang kehidupan adiknya. Cheonji yang selama ini kelihatan riang dan tidak pernah mengeluh mengalami peristiwa mengerikan di sekolahnya.

Thread of Lies pertama kali ditayangkan pada tahun 2013. Filem Korea ini menampilkan artis-artis terkenal Korea Selatan, seperti Go Ah Sung, Kim Hyang Gi, Kim Hee Ae, dan Kim Yoo Jung.

 

2. The World of Us (2016)

3047b1fb d22e 4959 9d90 fe3db5feb7f7

The World of Us merupakan filem Korea Selatan yang ditayangkan pada tahun 2016. Filem ini menceritakan tentang persahabatan Sun (Choi Soo In) dan Ji Ah (Seol Hye In). Mereka bertemu semasa cuti musim panas. Mereka menjadi rapat hingga berkongsi rahsia yang tidak boleh diceritakan pada orang lain.

Hingga saat mereka kembali masuk ke sekolah, Ji Ah berubah menjadi asing pada Sun. Sun yang tidak ingin kembali terasing di dalam kelas kemudian membongkar rahsia Ji Ah. Filem ini menceritakan tentang pergelutan emosi kedua-dua anak kecil ini dalam menyesuaikan diri di sekolah.

 

3. House of Hummingbird (2018)

175bea47 c296 486a 801d 8e87053367ca

House of Hummingbird merupakan filem dari penulis dan pengarah Kim Bora yang ditayangkan pada tahun 2018. Filem Korea ini dibintangi oleh Park Ji hu dan Kim Sae Byuk.

House of Hummingbird menceritakan tentang kehidupan seorang gadis Sekolah Menengah yang bernama Eun Hee (Park Ji Hu). Dia hidup dengan kedua-dua ibu bapanya yang menguruskan kilang kek beras atau tteokbokki.

Di tengah-tengah kesibukan setiap anggota keluarga, Eun Hee mengalami berbagai-bagai konflik, baik di rumah mahupun dalam kehidupannya di sekolah. Dia yang merasa sendirian dan tidak pernah difahami oleh sesiapa pun, kemudian bertemu dengan Young Ji, seorang guru di tempat tuisyennya.

House of Hummingbird secara umumnya menceritakan tentang konflik emosi yang dirasakan oleh seorang anak remaja. Filem ini berjaya meraih beberapa anugerah, seperti Baeksang Arts Award 2020 untuk kategori Pengarah Terbaik dan Pelakon Pembantu Terbaik

 

4. The House of us (2019)

033a191e f155 4768 a8fe bd995124a15d

The House of Us merupakan filem dari pengarah Yoon Ga Eun selepas berjaya menggarap The World of Us. Filem Korea ini ditayangkan pada tahun 2019 dengan mengusung genre drama keluarga.

Filem ini menceritakan tentang seorang gadis bernama Ha Na (Kim Na Yeon). Dia merasa bimbang kerana ayah dan ibunya yang selalu bertengkar. Pada cuti musim panas, Hana bertemu adik beradik Yoo Mi (Kim Shi A) dan Yoo Jin (Joo Ye Rim). Mereka bertiga menjadi rapat, lalu saling berkongsi keresahan dan masalah masing-masing.

Demi mempertahankan keluarga mereka, ketiga-tiga kanak-kanak kecil ini menjalani pengembaraan dengan berbagai-bagai konflik dan cabaran.

 

5. Young Adult Matters (2021)

4ef41e0a 9895 4d17 9aff 5f7e481e49cf

Young Adult Matters merupakan sebuah filem Korea bergenre drama remaja yang ditayangkan pada tahun 2021. Filem Korea ini dibintangi oleh pelakon popular Lee Yoo Mi dan Ahn Hee Yeon.

Filem ini menceritakan tentang seorang remaja perempuan bernama Sejin (Lee Yoo Mi) yang hamil setelah berhubungan dengan gurunya. Dia berkeliaran di jalanan hingga bertemu dengan Juyeong (Hani).

Bersama dua pemuda lainnya, Jaepil dan Sinji, mereka memulakan pengembaraan di jalanan. Mereka berempat mengalami banyak kejadian buruk dan merasa betapa kejamnya dunia luar. Filem ini juga menampilkan pergelutan batin antara kenaifan dan keinginan bertahan hidup, semua emosi ditunjukkan dengan baik oleh setiap watak di dalamnya.

Filem tentang remaja dan kanak-kanak yang biasanya dibaluti dengan cerita dongeng dan pengembaraan yang menarik juga boleh disajikan dengan cara yang sangat dramatik dan memiliki jalan cerita yang menyentuh perasaan.

Anda tertarik untuk menonton?

Baca lagi: 6 Filem Seram dari Korea yang Underrated, Filem Bagus yang Tersembunyi
Baca juga: 5 Filem Korea Menarik yang Diangkat dari Novel Terkenal, Semua Keluaran 2024