Home Dokumentari 5 Filem Menginsafkan dan Penuh Pengajaran untuk Tontonan di Hari Cuti Aidil...

5 Filem Menginsafkan dan Penuh Pengajaran untuk Tontonan di Hari Cuti Aidil Adha

0

Hari Raya Aidil Adha 2024 rasmi jatuh pada tarikh 17 Jun 2024. Dalam semangat meraikan Aidil Adha, ini juga adalah peluang untuk berehat dari pekerjaan dan menghabiskan waktu berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Anda boleh menggunakan waktu terluang pada cuti Aidil Adha ini dengan pelbagai cara, salah satunya dengan menonton filem. Filem-filem dengan genre komedi, aksi, atau drama yang menenangkan fikiran.

Berikut dibawah ini adalah lima cadangan filem yang boleh anda tonton pada hari cuti raya Aidil Adha.

 

1. Material (2012)

FilemJika anda berminat untuk menonton genre komedi, filem Material adalah untuk anda. Filem ini menceritakan tentang seorang anak muda bernama Cassim yang mengejar kerjaya sebagai pelakon komedi solo sambil tetap berusaha untuk memenuhkan keperluan keluarga.

Cassim adalah Muslim India, dan tinggal bersama keluarganya di Johannesburg. Bapa Cassim menjalankan perniagaan kedai kain dan mahu anak lelakinya itu mengambil alih perniagaan tersebut. Bapa Cassim yang sangat tradisionalis tidak setuju apabila anaknya menjadi pelakon komedi solo.

Ketika Cassim melakukan pertunjukan di bar, dia merahasiakannya kerana bapanya percaya bahawa terlalu banyak ketawa adalah perbuatan berdosa. Filem ini sangat menarik kerana adanya gambaran tentang konflik antara pemuda, tradisi, agama, serta drama kekeluargaan dan realiti dari dunia pelakon komedi solo.

Baca juga: 8 Pengarah Palestine yang Perlu Anda Sokong, Tonton Filem Mereka

2. Facing Mecca (2017)

56d8657f a88a 45d1 9366 7761890eee36Diarahkan oleh Jan-Erick Mack, Facing Mecca adalah sebuah film pendek berdurasi 27 minit. Filem ini diangkat dari kisah benar tentang seorang pelarian Syria yang tinggal di Switzerland dan perlu berdepan dengan rintangan birokrasi semasa mahu mengebumikan isterinya. Dia bertekad untuk menguburkan isterinya yang beragama Islam sesuai dengan syariat Islam yang sebenar. Namun, undang-undang di Switzerland menyukarkannya untuk melakukan perkara tersebut.

Baca lagi: Bintang Utama Maestra: Strings of Truth Derma RM200,000 Kepada Palestine, Lee Young Ae Sedih Melihat Penderitaan Kanak-Kanak

3. Born in Gaza (2014)

db35fa3e 95ed 43b2 a888 f3ea16f55596Born in Gaza adalah filem dokumentari Sepanyol yang diarahkan oleh Hernán Zin. Ditayangkan pada tahun 2014, filem ini menyoroti kesan trauma yang terjadi di Gaza. Born in Gaza mengikuti kisah sepuluh kanak-kanak Palestin yang menceritakan bagaimanakah kehidupan seharian mereka di tengah-tengah hujan bom dan bagaimanakah mereka berjuang untuk mengatasi kengerian pembantaian kaum dan jenayah kemanusiaan.

Baca juga: 10 Filem Tentang Konflik Palestine dan Negara Haram Israel yang Perlu Anda Tonton

4. Ali’s Wedding (2017)

6934bbd1 435b 4296 ac53 f529940a2a1a

Ali’s Wedding adalah filem keluarga yang menyentuh hati yang mengangkat realiti penjodohan. Menceritakan tentang seorang anak ulama yang ditekan oleh keluarga dan komunitinya untuk menjadi seorang doktor. Dia berbohong telah lulus ujian untuk memasuki jurusan perubatan dari universiti terkenal dan menghadiri kelas di sana selama setahun penuh tanpa berdaftar. Dia jatuh cinta dengan kawan sekelasnya yang cantik dan pintar. Sementara itu, ibu bapanya menjodohkannya dengan orang lain.

 

5. Adú (2020)

eabf8481 213f 4cbe a18b 5d4b4b79d3f9Seorang anak lelaki dan kakaknya berusaha bermati-matian untuk melarikan diri dari Cameroon ke Eropah. Mereka menunggu di landasan kapal terbang untuk menyelundupkan diri mereka ke dalam ruangan kargo kapal terbang.

Adu adalah pilihan tepat bagi peminat filem yang menyukai kisah tentang niat dan tekad untuk bertahan hidup. Karakter utama yang dibawa oleh Moustapha Oumarou ini menonjolkan emosi yang menyentuh hati.

Menonton filem bersama orang tersayang adalah salah satu cara untuk mendapat waktu yang berkualiti pada cuti hari raya Aidil Adha ini. Lima cadangan filem di atas perlu anda tonton kerana terdapat terlalu banyak pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup.

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha ya!

Baca lagi: Ji Hye Won Makin Meningkat Naik, Ini 6 Kdrama Popular Lakonannya
Baca juga: 3 Buah Kdrama dan Filem Diangkat dari Kisah Benar Kes Rogol Berkumpulan yang Berlaku di Miryang, Merobek Hati