Home Movie 5 Filem Netflix Terbaik 2024 Setakat Ini, Berdasarkan Rating Rotten Tomatoes

5 Filem Netflix Terbaik 2024 Setakat Ini, Berdasarkan Rating Rotten Tomatoes

0

Pening memikirkan filem apakah yang mahu ditonton di Netflix? Senang sahaja, anda boleh menonton cadangan filem-filem Netflix terbaik yang ditayangkan sepanjang tahun 2024 ini di Netflix.

Senarai filem Netflix ini adalah berdasarkan rating tinggi di laman Rotten Tomatoes, jadi anda tidak perlu runsing lagi untuk memilih filem terbaik untuk ditonton.

Rotten Tomatoes ialah sebuah laman sesawang yang dilancarkan pada tahun 1998 dikhaskan untuk ulasan dan berita filem. Laman sesawang ini dikenali dengan meluas sebagai agregator ulasan filem. Liputan kini termasuk kandungan TV juga.

Nama laman ini berasal daripada amalan penonton yang membaling tomato busuk apabila tidak menyukai lakonan pentas yang kurang memberangsangkan. Syarikat ini dicipta oleh Senh Duong dan sejak bulan Januari 2010, laman sesawang ini dimiliki oleh Flixster, yang juga telah diperolehi pada tahun 2011 oleh Warner Bros.

Berikut ini adalah 5 buah filem Netflix terbaik versi Rotten Tomatoes yang boleh anda tonton.

 

1. Scoop (77%)

FilemScoop mengangkat kisah di sebalik layar wawancara kontroversi Putera Andrew dengan BBC. Filem ini sangat menegangkan dan banyak informasi penting, memberikan gambaran tentang perjuangan wartawan dalam mengungkap kebenaran.

 

2. Ultraman: Rising (83%)

Filem netflixBagi para peminat setia Ultraman, filem animasi ini wajib ditonton! Menceritakan tentang Ken Sato yang menjadi Ultraman untuk melindungi bumi. Sinematografi yang sangat menawan dan jalan ceritanya juga sangat menarik, sesuai untuk ditonton bersama keluarga.

 

3. The Kitchen (89%)

Netflix

Filem Netflix berlatarkan distopia ini mengangkat tema kemiskinan, kesamarataan, dan pencarian erti hidup. Menceritakan tentang Izi yang ingin melarikan diri dari kompleks yang sangat sesak iaitu The Kitchen.

 

4. Orion and the Dark (91%)

c3d0f8d2 67b9 4c3a 8d11 0aa0e329ae04Filem animasi ini menceritakan Orion, anak lelaki yang takut akan kegelapan. Dia bertemu dengan Dark, makhluk ajaib yang menjadi sahabatnya.

 

5. Hit Man (95%)

51978c3a 3650 4e11 875d a99e258c0b5dGary seorang pensyarah universiti, ternyata adalah pembunuh upahan palsu. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan Madison yang ingin diselamatkan dari perkahwinannya yang penuh kekerasan dan penipuan!

Jangan lupa untuk menonton filem-filem Netflix terbaik yang tersenarai di atas ya.

Baca lagi: Bulan April 2024 Diwarnai dengan 7 Filem Netflix Menarik, Terbaru dan Pelbagai Genre
Baca juga: Filem Netflix “Society of The Snow”, Kisah Benar Tragis Nahas Pesawat Andes 1972