Selama ini, filem yang bertemakan perang lebih banyak mengangkat tema Perang Dunia II daripada Perang Dunia I. Salah satu sebabnya kerana Perang Dunia II dianggap lebih menarik untuk dibincangkan dan lebih banyak cerita untuk digali.
Namun, bukan bererti kisah filem Perang Dunia I itu tidak ada yang bagus. Beberapa buah filem mengangkat tema perang tersebut memang tidak terlalu banyak.
Namun ada beberapa buah filem Perang Dunia I yang dianggap terbaik sepanjang zaman. Jom kita lihat senarai filem tersebut:
1. All Quiet on the Western Front (1930)
Merupakan sebuah filem perang hitam-putih dilancarkan sebelum perang dunia kedua terjadi. Selain itu, All Quiet on the Western Front (1930) juga adalah salah sebuah filem terbaik di era industri filem hitam-putih. Filem ini diarahkan oleh Lewis Milestone dan dibintangi oleh Lew Ayres sebagai watak utama iaitu Paul Baumer.
Filem ini menggambarkan pengalaman sekumpulan prajurit Jerman semasa Perang Dunia I. Filem perang ini menyoroti kesukaran dan penderitaan yang dialami oleh prajurit dalam perang, termasuk trauma psikologi, kepenatan, dan tekanan untuk bertahan hidup di medan perang.
Filem ini juga dikeluarkan dalam versi baharu pada tahun 2022, ia adalah filem adaptasi ketiga buku itu dengan tajuk sama, selepas versi 1930 dan 1979.
2. Paths of Glory (1957)
Filem perang yang diarahkan oleh Stanley Kubrick ini adalah filem anti perang berlatarkan pertempuran sepanjang parit di perang dunia pertama. Paths of Glory menyindir sebuah peperangan dan pangkat ketenteraan yang boleh membuang jauh-jauh nilai kemanusiaan.
Filem perang ini menceritakan kisah kolonel Amerika Syarikat bernama Dax (Kirk Douglas) yang dipaksa oleh pihak atasannya untuk memerintahkan serangan bunuh diri di baris depan perang Perancis. Walaupun masih hitam-putih, filem ini tersenarai sebagai filem yang melebihi zamannya untuk kategori kesan visual.
3. Lawrence of Arabia (1962)
Filem berlatarkan perang dunia pertama ini mengisahkan tentang perwira tentera England yang bernama Thomas Edward Lawrence yang ditugaskan untuk membantu pasukan Arab melawan pemerintahan Utsmaniyah. Lawrence of Arabia diarahkan oleh David Lean dan dibintangi oleh Peter O’Toole sebagai cameo watak utama T.E. Lawrence.
Lawrence of Arabia dianggap sebagai salah satu filem terbaik dalam sejarah perfileman dan telah memenangi 7 Academy Awards, termasuk Best Picture dan Best Director pada tahun 1963. Filem ini terkenal kerana skala epiknya, sinematografi yang indah, dan persembahan luar biasa dari Peter O’Toole sebagai Lawrence.
4. They Shall Not Grow Old (2018)
They Shall Not Grow Old agak berbeza dengan filem Perang Dunia I yang lain, kerana ini adalah filem dokumentari dan diarahkan oleh Peter Jackson. Filem ini dibikin untuk memperingati seratus tahun berakhirnya Perang Dunia I dan menampilkan gambar-gambar arkib Perang Dunia I yang dipulihkan dan ditingkatkan kualiti, serta wawancara dengan para veteran perang.
Filem perang ini menampilkan gambar-gambar dari baris depan perang, kehidupan prajurit semasa perang, dan keadaan kota-kota dan desa-desa di Eropah yang terkena kesan perang. Filem ini juga dikenali kerana kemampuan Peter Jackson dalam memperbaharui gambar arkib dan membuatnya menjadi lebih hidup.
5. 1917 (2019)
Inilah filem tentang Perang Dunia I yang ditayangkan pada tahun 2019 yang mendapat banyak pujian dari para pengkritik filem kerana teknik pengambilan gambarnya yang luar biasa dan sangat memukau. Filem ini mengambil latar belakang Perang Dunia I dan mengikuti perjalanan dua prajurit England yang dikirim ke barisan depan perang untuk menyampaikan pesanan penting kepada pasukan tentera England yang lain yang sedang melakukan serangan.
Filem 1917 dianggap sebagai salah satu filem perang terbaik dalam beberapa tahun terakhir. Dengan sinematografi menakjubkan dan penggunaan teknik sinematik yang inovatif, filem yang diarahkan oleh Sam Mendes ini memberikan pengalaman yang menegangkan bagi penonton.
Walaupun jumlah filem Perang Dunia I tidak terlalu banyak, ternyata bukan bererti kualitinya tidak sebaik filem-filem perang dunia kedua. Contohnya adalah kelima-lima filem yang disenaraikan di atas. Adakah anda sudah menonton semuanya?