Filem seram dari negara Thailand memang jarang mengecewakan peminat genre seram. Salah satu jenis filem yang boleh digabungkan dengan genre seram adalah antologi.
Filem antologi merupakan kumpulan beberapa cerita dengan sudut pandangan atau kisah yang berbeza yang tercantum dalam satu tajuk utama. Beberapa buah filem seram Thailand pernah mengangkat filem jenis antologi ini.
Dalam sebuah filem digabungkan beberapa cerita pendek dari berbagai-bagai sudut pandangan berbeza. Pastinya menampilkan ketegangan yang berbeza. Sebuah kisah seram sahaja sudah membuatkan penonton seram sejuk apalagi kalau digabungkan dengan kisah-kisah lain bukan?
Berikut dibawah ini adalah lima buah filem seram antologi dari Thailand yang perlu anda tonton.
1. Phobia2 (2009)
Filem seram antologi terbitan GTH ini mengangkat lima kisah seram iaitu Novice, Ward, Backpackers, Salvage, dan The End. Kisah pertama diberi judul Novice yang fokus kepada seorang remaja yang melakukan ibadah untuk menjadi seorang sami di kuil. Ternyata niat baiknya tidak diiringi dengan perkara baik.
Dalam tajuk Ward, seorang penunggang motor perlu dirawat selepas kemalangan di malam hari. Di biliknya, dia bertemu dengan pesakit lain yang koma, tetapi ada persembahan khurafat di mejanya.
Cerita ketiga berjudul Backpackers iaitu tentang sepasang pelancong dari Jepun yang memutuskan untuk menghabiskan percutiannya di Thailand. Namun, hari mereka berakhir tragedi kerana salah seorang dari menerima ‘jemputan’ orang lain.
Keempat adalah Salvage. karma menimpa seorang wanita yang menipu dalam perniagaan menjual kereta terpakai.
Terakhir adalah The End, tentang sekumpulan kru fiem seram yang merasakan pengalaman seram yang sebenar.
2. 3 A.M. Bangkok Ghost Story (2012)
Filem ini diinspirasikan dari kisah-kisah seram yang diceritakan orang lain tentang kaitan waktu paling puaka iaitu pukul tiga pagi. Filem 3 A.M. Bangkok Ghost Story ini telah menghasilakn tiga buah filem.
Pertama pada tahun 2012, tahun 2014, dan filem terakhir pada tahun 2018. Setiap filem menampilkan 3 kisah gangguan berbeza yang akan membuat bulu roma merinding. Seperti pada bahagian pertama yang ditayangkan pada tahun 2012 ini ada tiga bahagian cerita yang bertajuk The Third Night, The Convent, dan The Offering.
The Third Night mengisahkan tentang seorang ketua geng motor yang meninggal dunia lalu kembali tiga hari selepas kematiannya untuk membalas dendam.
The Convent menceritakan tentang sekolah khas perempuan yang setiap malam diganggu suara piano dari gereja kecil usang, mereka percaya ini adalah hantu sister tanpa kepala.
Terakhir, The Offering adalah tentang sebuah kedai yang menjual wang palsu. Mereka menghabiskan malam panjang di pejabat bersama dengan majikan mereka. Namun, ternyata majikan mereka telah meninggal dunia.
Baca lagi: Sudahkah Anda Tonton 10 Filem Seram Jepun Ini?
3. Haunted Tales (2022)
Dalam filem ini terdapat tiga kisah yang diangkat iaitu Haunted Car, Reborn, dan The Book of Truth. Filem Haunted Tales dibintangi oleh Pae Arak, Prang Kannarun, dan Mark Prin sebagai pelakon utama.
Haunted Car menceritakan tentang pemandu teksi aneh yang boleh mengetahui kisah lalu yang disembunyikan para penumpangnya.
Kisah kedua adalah Reborn yang mengisahkan tentang seorang wanita dengan kebolehan untuk membantu roh pergi dengan tenang dari bilik hotel berhantu.
Cerita terakhir, The Book of Truth menceritakan tentang seorang penulis yang ingin mencari inspirasi dengan menginap di rumah terpencil. Selama dia menginap, penulis ini menemui The Book of Truth yang boleh menjadikan semua yang tertulis sebagai realiti.
4. The Antique Shop (2022)
Filem The Antique Shop merupakan hasil kolaborasi dari empat negara iaitu Indonesia, Thailand, Singapura, dan Korea Selatan. Filem ini dibintangi empat pelakon utama iaitu Xu Bin dari Singapura, Rio Dewanto dari Indonesia, Bae Jin Young dari Korea Selatan, dan Mean Phiravich dari Thailand.
Cerita filem ini berpusat pada kedai barang antik di Thailand, The Antique Shop yang menampilkan tiga kisah berbza iaitu Love Bracelet, Chair of Death, dan Happy Birthday.
Love Bracelet adalah kisah tentang Andy, perantau dari Singapura yang jatuh cinta dengan gadis Thailand. Seutas gelang antik yang menyatukan mereka menyimpan kisah ngeri di sebaliknya.
Chair of Death, mengisahkan tentang perantau Indonesia yang terlibat dalam perniagaan haram seorang mafia. Disyaki melakukan sabotaj, Wadi diikat di sebuah kerusi dan dihantui roh hingga hampir meninggal.
Happy Birthday, seorang pelajar dari Korea membalas dendam terhadap kawan-kawan yang membulinya. Ternyata Song yang mereka temui bukanlah manusia.
Baca juga: 7 Pilihan Drama dah Filem Seram Korea yang Hingga Hari Ini Masih Ditonton
5. Haunted Universities 2nd Semester (2022)
Filem ini merupakan sekuel dari filem pertama yang ditayangkan pada tahun 2009. Ada tiga kisah utama dalam filem ini iaitu The Final Year’s Cheer, The C, dan The Old Science Building. Kombinasi ketiga-tiga cerita ini pasti membuatkan jantung berdebar selama menonton filem ini.
The Final Year’s Cheer menceritakan tentang sebuah mitos yang dipercayai oleh para pelajar. Kononnya ada kematian aneh yang akan dialami pelajar yang akan lulus.
The C tentang gangguan sebuah tilam di bilik rawatan sekolah, setiap tahun penunggunya akan datang dan mencari mangsa baru.
Terakhir adalah The Old Science Building, yang menampilkan hantu penunggu untuk para pengunjung yang datang pada pukul 12 malam.
Satu kisah seram sahaja sudah mampu membuatkan bulu roma meremang, bagaimana pula jika terdapat beberapa buah kisah seram dalam satu filem? Pastinya akan membuatkan penonton ketakutan dan tidak senang duduk.