Home Movie 5 Filem Seram dengan Latar Masyarakat dan Cara Perubatan Islam, Menakutkan dan...

5 Filem Seram dengan Latar Masyarakat dan Cara Perubatan Islam, Menakutkan dan Menginsafkan

0

Dalam dunia perfileman global, filem seram selalu menjadi tarikan dan mempunyai ramai peminat setia.

Contohnya filem seram The Exorcism (1974), jalan cerita tentang pengusiran syaitan dengan ritual agama tertentu yang diangkat menjadi filem seram yang dianggap paling seram sepanjang zaman.

Bukan hanya filem barat, dunia perfileman Asia dan Timur Tengah juga boleh dikatakan handal dalam menghasilkan filem-filem seram. Filem seram berlatarkan masyarakat Islam dan cara perubatan Islam kerap menjadi tema utama di Asia dan Timur Tengah.

Menggabungkan elemen seram dengan kehadiran iblis syaitan serta ajaran umat Islam, berikut ini adalah filem seram berlatarkan masyarakat dan perubatan Islam yang boleh anda tonton.

 

1. Siccin (2014)

Siccin merupakan filem dari Turki yang ditayangjan pada 26 September 2014. Tajuk filem ini diambil dari bahasa Arab Sijjin yang juga disebut dalam Al-Qur’an Surah Al-Mutthafifin dan bermakna kitab yang mencatat perbuatan-perbuatan orang sesat dan derhaka.

Siccin (2014) mengisahkan tentang Aznur yang mencintai Kudret, sepupunya sendiri. Dia pergi berjumpa bomoh untuk meminta pertolongannya agar mereka dapat hidup bersama. Namun selepas itu, kejadian-kejadian aneh lagi mengerikan mula terjadi dan menimpa keluarga Aznur serta Kudret.

 

2. Dabbe 4: The Possession (2013)

Sebuah lagi filem seram dari Turki yang tidak kurang hebatnya dalam membuatkan para penonton terpaku ketakutan. Dabbe 4: The Possession dihasilkan pada tahun 2011 dan merupakan filem keempat dari siri filem terdahulunya dengan judul sama.

IMG 0588

Mengisahkan seorang gadis bernama Kubra yang dirasuk jin pada malam perkahwinannya. Oleh sebab itu, dia mencederakan bakal suaminya dengan menikamnya berkali-kali hingga tinggal nyawa-nyawa ikan. Selepas dilakukan ruqyah oleh seorang tetamu yang bernama Faruk, Kubra masih juga belum sedarkan diri. Tampil Ebru, sahabat Kubra yang ternyata mempunyai rahsia di masa lalu yang kelam dengan Kubra.

 

3. Munafik (2016)

Negara kita juga mempunyai juga filem seram dengan latar masyarakat dan cara perubatan Islam yang pernah meletup satu masa dulu. Cerita menarik serta dibaluti dengan kesan visual yang memukau membuatkan filem Munafik berjaya membuatkan penonton terikat di bangku selama menonton.

IMG 0585

Munafik (2016) menceritakan tentang kehidupan seorang duda anak satu, Adam, yang berubah selepas pemergian isterinya dalam sebuah kemalangan maut. Oleh kerana tragedi yang tidak dapat dilupakan itu, Adam menyimpan dendam pada pesalah langgar lari yang meragut nyawa isterinya.

 

4. Khurafat (2011)

Filem Khurafat mengisahkan tentang Johan dan Aishah, pasangan suami isteri yang hidup mereka harmoni tetapi tiba-tiba mendapat gangguan jin. Lalu muncul Anna, bekas kekasih Johan yang menginginkan Johan hingga dia mati bunuh diri. Selepas disiasat, rupa-rupanya ada perkara menakutkan yang harus ‘dibayar’ oleh Johan tentang masa lalunya dengan Anna.

IMG 0583

Khurafat merupakan filem seram pertama yang diarahkan oleh Syamsul Yusof yang juga membawa watak Johan.

 

5. Makmum (2019)

Filem dari Indonesia berjudul Makmum (2019) ini merupakan remake dari filem pendek seram berjudul serupa yang ditayangkan di YouTube. Dibintangi oleh Titi Kamal dan Tissa Biani, filem Makmum sedikit berbeza dari filem pendek tersebut.

Filem seram

Mengisahkan tentang Rini yang kembali ke asramanya terdahulu. Rupa-rupanya, asrama tersebut diganggu oleh makhluk ghaib, tentu perkara ini membuatkan penghuni asrama tidak selesa dan ketakutan. Ketika suasana asrama semakin teruk, Rini mengambil keputusan untuk menyiasat misteri tentang makhluk ghaib tersebut.

Pastinya filem-filem di atas terasa dekat dengan budaya masyarakat di Malaysia, jika anda adalah peminat filem seram, apa kata anda cuba menonton senarai filem di atas. Jangan tonton sendirian ya jika lemah semangat!

Baca lagi: 9 Filem Seram Korea Ini Bawa Tema Sekolah, Meremang Bulu Roma
Baca juga: Sophon Sakdaphisit Merupakan Pakar Filem Seram Thailand, Ini 7 Filem Seram Popular Arahannya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here