Home Entertainment 5 Filem Seram Dengan Plot Menyedihkan

5 Filem Seram Dengan Plot Menyedihkan

0

Filem seram sangat identikal dengan jalan cerita yang bertujuan untuk menakut-nakutkan penonton. Semakin seram filem tersebut, biasanya semakin banyak peminat yang tertarik untuk menonton. Bahkan beberapa buah filem seram juga dipenuhi dengan adegan gore dan jumpscare yang membuatkan penonton mengurut dada.

Terdapat sensasi dan kepuasan tersendiri sewaktu menonton filem genre ini. Namun apakah yang akan terjadi jika filem seram memiliki plot sedih dan memilukan? Plot menyedihkan hingga membuatkan penonton berderai air mata bukan sahaja ketakutan. Sama seperti lima buah filem seram dengan plot menyedihkan berikut ini:

Artikel ini mengandungi spoiler:

 

1. The Orphanage

The Orphanage merupakan salah sebuah filem seram yang berasal dari negara Sepanyol yang berjaya membuat para penonton rasa merinding. Filem ini menceritakan tentang Laura (Belén Rueda) yang kembali ke rumah anak yatim tempatnya tinggal dulu. Dia juga berniat untuk membuka kembali rumah anak yatim tersebut untuk anak-anak yang kurang upaya. Namun, bencana menimpa sewaktu dia kembali ke sana.

Salah seorang anak angkatnya yang bernama Simon tiba-tiba menghilang secara misteri. Belum lagi ditambah dengan penampakan sosok lelaki bertopeng yang menyeramkan. Laura memanggil paranormal untuk menyiasat apakah yang terjadi sebenarnya. Namun, bahagian yang paling menyedihkan adalah sewaktu dia mengetahui bahawa dia sendiri yang menyebabkan anaknya meninggal dunia.

2. I Am Legend

Dibintangi oleh Will Smith, I Am Legend merupakan filem adaptasi dari novel karya Richard Matheson. Will Smith membawa watak sebagai salah seorang yang selamat dari virus yang membawa maut. Virus ini membunuh atau mengubah seseorang menjadi mutant. Dia berusaha untuk mencari penawar virus tersebut dengan ditemani anjing setianya yang bernama Sam.

Sayangnya sewaktu dalam perjalanan, Sam dijangkiti virus tersebut yang membuatkan Will berusaha mati-matian untuk mencari ubatnya. Ternyata serum yang dia temui hanyalah sia-sia kerana tidak dapat menyembuhkan Sam. Detik paling mengharukan adalah sewaktu Will memeluk anjing kesayangannya untuk mengucapkan perpisahan saat dia terpaksa membunuh Sam.

3. Jacob’s Ladder

Filem psikologikal seram garapan pengarah Adrian Lyne ini memang sudah dibuat remake. Sayangnya filem Jacob’s Ladder versi 2019 belum mampu menandingi versi originalnya. Filem ini menceritakan tentang seorang veteran Perang Vietnam yang mengalami halusinasi tentang anaknya dalam bentuk imbas semula di medan perang.
Banyak kejadian mengerikan yang terjadi di setiap imbasan semula (flashback) tersebut. Namun, ternyata Jacob sendiri tidak benar-benar pulang ke rumah. Dia sedang cedera parah di Vietnam. Sedangkan halusinasinya tersebut merupakan caranya untuk mengatasi rasa sakitnya. Di akhir filem ini ditunjukkan bahawa Jacob melangkah ke tangga dan menuju cahaya terang bersama anaknya.

4. The Sixth Sense

The Sixth Sense menjadi salah sebuah filem seram dengan plot twist yang tidak terjangka. Filem ini menceritakan tentang seorang pakar psikologi yang bernama Malcolm Crowe. Dia mempunyai pelanggan seorang kanak-kanak yang dapat melihat hantu. Ibu kanak-kanak tersebut menyebut bahawa hanya Malcolm seorang yang dapat mengerti masalah ini.

Filem garapan pengarah M. Night Shyamalan ini berjaya membuat penonton sedih dengan pengakhirannya. Plot twist mengejutkan tentang siapakah hantu yang sebenar, berjaya menjadi ingatan hingga kini. Detik paling menyentuh perasaan adalah sewaktu dia ingin berpisah dengan isterinya.

5. The Mist

Filem The Mist merupakan adaptasi dari novel karya Stephen King yang bertajum sama. Namun, pengakhiran filem ini dibuat berbeza dari versi novel. Pengarah filem ini, Frank Darabont, memutuskan untuk mengganti pengakhiran cerita yang berjaya membuatkan penonton menangis dan melayan emosi.

The Mist menceritakan tentang kabus yang boleh membawa maut yang menyerang Bandar Bridgeville. Kabus ini menelan banyak mangsa. Di akhir filem, para mangsa yang terselamat memutuskan untuk membunuh diri mereka sendiri kerana menganggap tidak ada jalan lain. Tinggallah David seorang diri kerana dia sudah kehabisan peluru. Namun, tidak lama selepas itu, rupa-rupanya terdapat kumpulan manusia yang akan menyelamatkannya.

Siapa sangka filem dengan genre seram juga dapat membuat penonton sedih. Filem seram tidak semestinya hanya perlu menakuti penonton sahaja. Jangan lupa menonton filem-filem ini, siapkan tisu ya!

Baca lagi: 8 Filem Seram Tentang Kejahatan Seorang Ibu
Baca juga: 5 Filem Seram Thriller Netflix, Dari Kisah Benar Juga Ada