Home Drama/Filem Jepun 5 Filem Seram Jepun Lagenda, Pasti Mengganggu Tidur Anda

5 Filem Seram Jepun Lagenda, Pasti Mengganggu Tidur Anda

0

Filem seram Jepun terkenal mampu membuat penontonnya terngiang-ngiang dengan adegan mengerikan dan mengganggu tidur.

Filem seram Jepun menghadirkan nuansa mencekam dan seolah-olah turut menyerang penonton. Walaupun menyeramkan, filem seram Jepun banyak digemari bahkan beberapa diantaranya menjadi filem seram lagenda dan diadaptasi oleh pengkarya dari Hollywood.

Berikut adalah 5 filem seram Jepun lagenda, yang pasti mengganggu tidur anda! Jom kita lihat dibawah ya!

1. The Ring (1998)

IMG 7584

The Ring atau Ringu merupakan filem yang digarap oleh Hideo Nakata berdasarkan novel karya Koji Suzuki.

Ringu berkisah tentang kutukan sebuah video. Memfokuskan dua remaja, Masami (Hitomi Sato) dan Tomoko (Yuko Takeuchi) menemukan sebuah pita video rakaman misteri.

Video itu menceritakan adanya pembunuhan oleh lembaga misteri setelah 7 hari menontonnya. Tomoko dan Masami merasa ada persamaan dari cerita di video tersebut dengan rakan-rakannya beberapa hari lalu.

Menghitung hari dari saat mereka menonton, Masami baru sedar bahawa Tomoko akan segera mati akibat dari kutukan itu.

 

2. Ju-on (2002)

IMG 7583

Salah satu filem seram Jepun yang pernah menjadi ingauan penonton suatu masa dahulu, tak lain tak bukan adalah Ju-On. Ju-on digarap oleh Takashi Shimizu yang juga bertindak sebagai penulis skenarionya.

Ju-on berkisah tentang sebuah rumah yang dikutuk kerana tragedi mengerikan yang menimpa penghuni asal rumah tersebut. Keluarga Tokunaga menduduki rumah terkutuk itu tanpa mengetahui sejarah rumahnya.

Suatu hari, Rika Nishina diminta oleh Toyama menggantikan dirinya dan mengurus seorang nenek tua dari keluarga Tokunaga yang bernama Sachie. Dari situlah awal tragedi mengerikan dan dia kerap dihantui penampakan yang menakutkan.

 

3. Noroi (2006)

IMG 7580

Filem yang ditulis dan digarap oleh Koji Shiraishi ini menggunakan gaya dokumentari. Filem seram Jepun lagenda ini sempat menghebohkan dunia walaupun hanya dibenarkan ditayangkan di beberapa negara.

Noroi berkisah tentang seorang kru filem yang membuat filem dokumentari dari insiden paranormal yang berkaitan dengan legenda Iblis kuno Kagutaba. Kobayashi Masafumi seorang jurnalis yang tertarik dengan kejadian-kejadian mistik.

Suatu hari Kobayashi bertemu dengan seorang wanita dari sebuah desa terpencil. Wanita itu mengaku selalu mendengar tangisan bayi yang tidak lazim setiap malam.

Kobayashi terus mencari sumber suara di rumah Ishii Junko. Tepat firasat Kobayashi, dia merasa ada keanehan dalam diri Junko dan ada sesuatu yang tidak kena dengan rumahnya juga.

 

4. Dark Water (2002)

IMG 7579

Dark Water dibuat berdasarkan novel karya Koji Suzki yang juga menulis novel Ringu.

Dark water berkisah tentang seorang ibu tunggal bernama Yoshimi Matsubara (Hitomi Kuroki) dan anaknya Ikuko Matsubara (Rio Kanno). Selepas bercerai, Yoshimi ingin membina kehidupan sederhana dengan anaknya dan pindah ke tempat tinggal baru untuk melupakan kenangan pahit.

Kerana kekurangan wang, Yoshimi hanya mampu pindah ke apartment yang agak usang. Segalanya berjalan dengan normal namun tidak lama kemudian, mereka mula dihantui dengan pelbagai kejadian aneh.

Tanpa sebab yang jelas bilik mandi Yoshimi sering mengalami kebocoran titisan air dari siling atas. Titisan air tersebut dengan perlahan-lahan mula meninggalkan bekas noda hitam yang aneh. Kejadian menakutkan lain semakin menjadi-jadi pula dengan kemunculan rambut panjang di bilik mandi dan hantu anak kecil.

 

5. Kaidan Shin Mimibukuro: Yurei Manshon (2005)

Filem seram jepun

Kaidan Shin Mimibukuro digarap oleh Akio Yoshida. Filem seram Jepun lagenda ini diadaptasi dari novel karya Hirokatsu Kihara dan Ichiro Nakayam dengan tajuk Shin Mimibukuro.

Filem ini berkisah tentang Aimi dan ayahnya yang harus pindah ke sebuah apartment usang. Apartment usang itu seperti menyimpan rahsia yang aneh sehingga menyebabkan Aimi tidak merasa tenang.

Ketika baru berpindah, pengurus apartment memberikan peringatan tentang peraturan-peraturan pelik yang harus diikuti. Suatu hari, Aimi melihat seorang gadis misteri yang dia tidak pernah jumpa sebelum ini. Aimi pun mencari maklumat tentang gadis misteri itu dan mendapati bahawa gadis itu adalah penghuni apartment yang hilang 30 tahun lalu.

Nah setakat itu sahaja, berani tonton?

Baca lagi: 14 Filem Seram Menarik Terbitan Hulu
Baca juga: 9 Pilihan Filem Seram Slasher Thailand Menarik