Dikenali sangat menyeramkan dengan kisah yang menarik membuatkan filem seram Korea mempunyai peminat yang ramai. Oleh sebab itu, setiap tahun pasti ada filem seram terbaru yang dihasilkan.
Walau kebanyakan filem seram Korea Selatan mengambil latar waktu masa kini, namun ada juga filem Korea yang mengangkat latar zaman Joseon.
Menggabungkan zaman sejarah dengan perkara-perkara mistik, lima filem seram Korea berlatarkan zaman Joseon ini perlu anda tonton.
1. Monstrum (2018)
Ditayangkan pada tahun 2018, Monstrum merupakan filem seram yang menceritakan tentang kisah sekumpulan manusia yang bertarung melawan raksasa. Cerita bermula semasa tersebar wabak yang membawa maut sehingga muncul khabar angin adanya makhluk mengerikan di pegunungan Joseon.
Mengetahui khabar angin tersebut, Raja Jungjong (Park Hee Soon) memanggil jeneralnya yang paling dipercayai iaitu Yoon Gyeom (Kim Myung Min) untuk kembali bertugas selepas dia bersara. Yoon Gyeom bersama anaknya Myung (Hyeri), orang kanan kepercayaan Sung Han (Kim In Kwon) dan Heo (Choi Woo Sik) berangkat untuk menyiasat makhluk yang telah membuat ramai orang ketakutan.
2. Rampant (2018)
Rampant merupakan filem seram Korea yang membawa tema zombie. Dibintangi oleh pelakon terkenal Hyun Bin, filem ini menceritakan tentang kisah kembalinya Putera Joseon bernama Lee Chung ke istana.
Lee Chung merupakan seorang pahlawan pedang hebat yang suka berfoya-foya. Lee Chung ini telah lama berada di Dinasti Qing. Lee Chung tiba di Joseon dan menghadapi zombie yang menggila di malam hari.
3. Kingdom: Ashin of the North (2021)
Kingdom: Ashin of the North ini merupakan prekuel siri original Netflix, Kingdom. Berbeza dengan versi siri, dalam filem ini pelakon utamanya ialah Jun Ji Hyun yang membawa watak sebagai Ashin.
Dalam prekuel yang ditayabgkan pada 23 Julai 2021 ini menampilkan kisah Ashin, karakter misteri yang ditemui kumpulan Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji Hoon) dalam Kingdom Musim 2 semasa perjalanan mereka ke utara untuk mencari asal-usul orang yang dijangkiti menjadi zombie.
4. The Wrath (2018)
Ditayangkan pada tahun 2018, The Wrath ini merupakan filem debut Son Na Eun sebagai pelakon utama. Dalam filem ini dia membawa watak sebagai Ok Boon dan bergandingan dengan pelakon senior Seo Young Hee yang membawa watak sebagai Ibu Shin.
Menceritakan tentang Ok Boon, seorang hamba yang dikahwinkan dengan anak bongsu keluarga bangsawan Ibu Shin. Ibu Shin tidak suka dengan Ok Boon sehingga memintanya untuk tidur dengan hamba lain kerana takut anaknya meninggal dunia seperti kedua-dua anak lelakinya yang meninggal dunia semasa malam pertama perkahwinan.
Sayangnya, anak bongsunya itu ingin bersama Ok Boon hingga akhirnya meninggal dunia dunia dengan tragis. Ok Boon yang boleh melihat iblis mula menyiasat tentang apa yang sebenarnya terjadi.
5. The Evil Twin (2007)
The Evil Twin ini merupakan filem seram Korea pertama yang dibintangi oleh pelakon popular Park Shin Hye. Dalam filem yang ditayangkan pada tahun 2007 ini Park Shin Hye membawa watak dua saudara kembar bernama So Yeon dan Hyo Jin.
Cerita bermula semasa So Yeon dan Hyo Jin tenggelam di tasik. So Yeon koma, manakala Hyo Jin meninggal dunia. Sepuluh tahun kemudian So Yeon terbangun dari komanya dan pada masa yang sama roh Hyo Jin muncul. Kemunculannya itu menjadi permulaan serangkaian kematian yang mengerikan.
Demikian lima filem seram Korea berlatarkan zaman Joseon yang boleh anda tonton. Kisah-kisah yang ditampilkan juga tidak kurang hebatnya dan menakutkan.
Baca lagi: 11 Cadangan Filem Seram Korea dengan Rating Tertinggi
Baca juga: 5 Cadangan Filem Seram Korea Agak Underrated, Mungkin Sesuai Untuk Anda