Home Entertainment 5 Filem Seram Thriller Netflix, Dari Kisah Benar Juga Ada

5 Filem Seram Thriller Netflix, Dari Kisah Benar Juga Ada

0

Adakah anda peminat filem genre seram thriller? Sudahkah anda tonton kelima filem seram thriller yang ada di Netflix ini?

Terdapat lebih kurang 3 juta filem dari pelbagai genre yang terdapat di dalam platform penstriman Netflix. Salah satu genre yang menarik untuk ditonton adalah filem seram. Walaupun ia dikelaskan dalam genre seram, ia semestinya tentang hantu atau entiti jahat. Filem seram juga boleh dikaitkan tentang pembunuhan, raksasa, pengembaraan masa, dan lain-lain lagi.

Untuk sebagian peminat filem seram, genre ini kadang kala boleh menakutkan jika ditonton bersendirian. Namun, ada juga yang gemar menonton filem seram seperti ini bersendirian, bahkan di tengah malam.

Baca juga: Kod Netflix: Cara Akses Filem dan Siri Tersembunyi

Berikut, terdapat 5 saranan filem seram thriller yang dapat anda tonton di Netflix! Menariknya lagi, ada yang diambil dari kisah benar! Jom kita lihat senarai filem dibawah.

 

1. The Ritual (2017)

Filem seram

The Ritual adalah salah satu filem seram yang dimulai dengan pertemuan lima sahabat. Pada pertemuan tersebut, kelima sahabat ini membuat rancangan untuk mendaki gunung bersama. Namun kerana sebuah tragedi, salah seorang dari mereka meninggal dunia.

Keempat sahabat yang tinggal akhirnya melanjutkan pendakian mereka ke Gunung Kungslede. Setelah berhasil tiba di puncak, mereka memilih untuk turun melalui laluan alternatif, yang ternyata ia bukanlah laluan biasa. Pada saat itulah mereka harus berhadapan dengan pelbagai rintangan untuk kembali ke bawah.

Filem seram yang diarahkan oleh Joe Barton ini mendapat rating 74 peratus di Rotten Tomatoes.

 

2. Eli (2019)

IMG 8698

Filem seram ini bercerita tentang seorang kanak-kanak lelaki bernama Eli (Charlie Shotwell) yang memiliki penyakit kulit misteri, di mana tubuhnya akan merasakan sensasi panas luar biasa jika terkena sinar matahari. Hal ini membuatkan Eli tiada kawan dan terpisah dengan dunia luar untuk kanak-kanak sebaya Eli.

Ibubapa Eli, Rose (Kelly Reilly) dan Paul (Max Martini) akhirnya membuat keputusan untuk membawa Eli ke rumah sakit yang khas untuk merawat penyakit istimewa seperti Eli. Eli merasakan tubuhnya semakin sihat selepas menerima rawatan di tempat itu. Pada suatu malam, Eli telah melihat lembaga misteri di antara sebuah lukisan. Setelah kejadian itu, Eli menjadi tidak tenang, dan sering mendapat gangguan dari lembaga misteri yang pernah dilihatnya.

Dibawah arahan oleh Ciaran Foy dan ditulis oleh David Chirchirillo, filem ini berhasil menarik perhatian para pencinta filem seram ketika tayangannya.

 

3. The Mist (2007)

IMG 8708

 

Filem The Mist merupakan adaptasi dari novel karya Stephen King yang bertajuk sama. Namun, pengakhiran filem ini dibuat berbeza dari versi novel. Pengarah filem ini, Frank Darabont, memutuskan untuk mengganti pengakhiran cerita yang berjaya membuatkan penonton menangis dan melayan emosi.

The Mist menceritakan tentang kabus yang boleh membawa maut yang menyerang Bandar Bridgeville. Kabus ini menelan banyak mangsa. Di akhir filem, para mangsa yang terselamat memutuskan untuk membunuh diri mereka sendiri kerana menganggap tidak ada jalan lain. Tinggallah David seorang diri kerana dia sudah kehabisan peluru. Namun, tidak lama selepas itu, rupa-rupanya terdapat kumpulan manusia yang akan menyelamatkannya.

Siapa sangka filem dengan genre seram juga dapat membuat penonton sedih. Filem seram tidak semestinya hanya perlu menakuti penonton sahaja.

 

4. His House (2020)

IMG 8702

Filem His House mempunyai jalan cerita yang unik dan sangat menarik! Mengisahkan tentang gangguan entiti halus yang mengganggu kehidupan pasangan suami isteri yang sedang mencari tempat perlindungan. Awal cerita, Bol (Sope Dirisu) dan isterinya Rial (Wunmi Mosaku) baru saja dibebaskan dari tempat perlindungan. Keduanya diberikan program percubaan tinggal selama 3 bulan di bangunan yang tak layak dihuni demi mendapatkan hak menjadi penduduk tetap.

Tragedi dimulai pada suatu malam, Bol mendengar suara aneh dan pergerakan misteri dari disebalik dinding rumahnya. Sejak saat itu keduanya sering mendapat gangguan yang menyeramkan. Keduanya harus bertahan demi mendapat hak sebagai penduduk tetap.

Filem yang diarahkan oleh Remi Weeks ini mendapatkan banyak ulasan positif. Rotten Tomatoes memberikan “Fresh Certified” dengan rating 100 peratus dan rating penonton 74 peratus. Wow!!

 

5. The Conjuring (2013)

IMG 8705

The Conjuring adalah filem seram supernatural Amerika Syarikat yang diambil dari kisah benar. Filem yang diarahkan oleh James Wan ini menjadi salah satu franchais filem seram terkenal, sehingga dia berjaya melahirkan The Conjuring Universe dengan dua filem sekuel dan lima spin-off lain.

Filem The Conjuring 2013 ini menceritakan penyiasatan/penyelidikan paranormal dalam membantu keluarga Perron (Ron Livingston dan Lili Taylor), yang mengalami kejadian misteri dan mistik di rumah mereka di Harrisville, Rhode Island, pada 1971. Pasangan Warren mulai melakukan penyelidikan dan menyimpulkan bahawa rumah tersebut memerlukan upacara pengusiran roh jahat.

Berbagai ketegangan berhasil dibangkitkan oleh James Wan, beserta jumpscares yang sukar dilupakan. Hasilnya, filem ini mendapat “Fresh Certified” di Rotten Tomatoes dengan rating 86 peratus dari pengkritik filem dan 83 peratus dari penonton.

Nah..Dari kelima-lima filem seram di atas, filem manakah yang berjaya menarik perhatian anda?

 

Baca lagi: Pratonton My Dearest Episod 1, Dibintangi Namgoong Min
Baca juga: 6 Filem Seram Asia Netflix, Menarik dan Penuh Misteri