Adakah anda peminat filem genre seram psikologikal?
Seram psikologikal menjadi salah satu subgenre filem seram dengan daya tarikan yang tidak kurang hebatnya. Filem seram jenis ini mengetengahkan gambaran keadaan mental watak utama sewaktu menghadapi situasi yang mencekam dan mencemaskan.
Sensasi menonton filem seram subgenre psikologikal berasal dari dua perincian utama. Selain kejadian seram yang terjadi, penonton juga terbawa dengan keadaan psikologi watak utama yang terus mengalami perubahan sepanjang filem.
Lima filem seram psikologikal dalam senarai ini merupakan filem yang terbaik dalam kelasnya yang tersendiri. Jom sama-sama kita lihat:
1. Psycho (1960)
Mustahil rasanya jika berbicara tentang filem seram psikologikal tanpa menyebut filem Alfred Hitchcock, iaitu Psycho. Melalui Psycho, Alfred Hitchcock telah dianggap mendirikan sebuah asas untuk subgenre seram psikologikal yang diikuti oleh pengarah muda lain. Pujian untuk Psycho tidak pernah berhenti hingga filem ini berusia lebih dari setengah abad.
Psycho mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang merupakan pemilik motel bernama Norman Bates (Anthony Perkins) yang mempunyai perasaan yang aneh kepada ibunya sendiri. Norman lalu bertemu dengan Marion Crane (Janet Leigh), seorang setiausaha yang melarikan diri setelah mencuri duit bosnya. Pertemuan tersebut membuatkan Marion melarikan diri dan penyiasatan tentang masalah ini membongkar kisah seram sebenar tentang Bates Motel itu sendiri.
2. The Shining (1980)
Karya Stanley Kubrick, The Shining, selalu masuk ke dalam senarai filem seram terbaik sepanjang zaman. Banyak adegan dalam filem ini yang sangat membekas di hati hingga menginspirasikan banyak filem di masa depan. Kubrick mengemaskan The Shining dengan begitu tegang hingga penonton sukar untuk berpaling dari skrin.
The Shining menceritakan tentang kisah seorang penulis bernama Jack Torrance (Jack Nicholson). Jack yang sedang mencari inspirasi untuk tulisannya memutuskan untuk mengajak keluarganya pindah ke hotel, hotel tersebut mempunyai kisah masa lalu yang kelam dan misteri. Keputusan tersebut membuat Jack kehilangan akal secara perlahan-lahan dan anggota keluarganya turut merasakan kesannya.
3. Audition (1999)
Jepun cukup terkenal dalam menghasilkan filem seram yang berkualiti. Mereka tidak pernah teragak-agak untuk menampilkan adegan brutal dan mengerikan. Audition yang dilancarkan pada tahun 1999 masih menjadi salah sebuah filem yang menjadi inspirasi untuk beberapa buah filem seram di Hollywood.
Usaha seorang lelaki mencari isteri baru rupanya membawa petaka. Wanita yang dikenalkan oleh temannya itu ternyata tidak sama seperti yang diceritakan sebelum ini. Dia perlu rela menghadapi beberapa kejadian yang traumatik setelah bertemu wanita tersebut.
4. The Sixth Sense (1999)
M. Night Shyamalan pernah menjadi raja filem seram pada masa kegemilangannya. Cerita seram hasil karya M. Night Shyamalan selalu ditandakan dengan plot twist yang melahirkan pelbagai persepsi penonton tentang jalan cerita yang mereka ikuti. The Sixth Sense masih menjadi karyanya yang selalu mendapat rating tinggi.
Melalui The Sixth Sense, M. Night Shyamalan mengisahkan kehidupan seorang pakar psikologi yang bernama Malcolm (Bruce Willis), yang kehidupannya berubah setelah bertemu Cole (Haley Joel Osment). Hidup Cole tidak pernah tenang karena dia boleh melihat roh yang selalu meminta bantuan daripadanya. Sewaktu Malcolm cuba merawat Cole, hubungannya dengan isterinya turut memainkan peranan. Sajian plot twist yang pasti mengejutkan semua penonton!
5. Get Out (2017)
Sewaktu filem Get Out muncul untuk pertama kali, nama Jordan Peele terus meroket. Jordan Peele dianggap sebagai salah seorang pengarah yang boleh memberikan nafas berbeza dalam filem seram era baru. Filem-filem yang diarahkan oleh Jordan Peele bukan hanya menampilkan cerita yang mencengkam jiwa, tetapi juga menyentuh tentang kehidupan sosial.
Get Out menceritakan tentang kisah Chris Washington (Daniel Kaluuya), seorang lelaki kulit hitam yang mengunjungi keluarga teman wanitanya. Pertemuan awal mereka berjalan normal dan biasa-biasa sahaja, hingga Chris terjebak dalam situasi menyeramkan yang tidak dapat dia hindari. Mentalnya diuji kerana berkali-kali mengalami kejadian yang sangat traumatik.
Seram psikologikal pada umumnya menekankan trauma kepada watak utamanya. Filem seram psikologikal yang baik boleh menimbulkan kesan tersendiri kepada para penonton, sehingga mereka perlu mempersiapkan mental untuk perkara ini. Anda menyukai genre ini?