Home Movie 5 Filem Seram Romantik yang Mengangkat Tema Kanibalisme, Kekasih Makan Orang?

5 Filem Seram Romantik yang Mengangkat Tema Kanibalisme, Kekasih Makan Orang?

0

Filem seram romantik memang dinantikan oleh para peminat setia subgenre ini, dari tahun ke tahun filem-filem yang menampilkan subgenre ini berjaya bertahan dan mendapat perhatian, salah sebuah kisah seram romantik yang paling fenomenal adalah francais Twilight yang menyajikan tema vampire.

Bagaimana pula jika subgenre seram romantik menampilkan tema berbeza yang lebih relevan dan lebih nyata seperti tema kanibalisme?

Buat anda yang mungkin belum mengetahui tentang filem-filem seram romantik dengan tema kanibalisme, berikut ini adalah 5 filem yang menarik untuk anda tonton.

 

1. Jennifer’s Body (2009)

bb82bf4f 5ecc 49a1 bc7d 28903c99b04cWalaupun filem seram ini tidak sepenuhnya menghidangkan elemen romantik, tetapi cerita yang ditampilkan cukup berkesan dan tema kanibalisme yang digunakan dalam filem ini berjaya membawa sentuhan yang segar dan menjadi filem cult seram tahun 2000an.

Filem ini meliputi kisah seorang wanita yang mempunyai sahabat bernama Jennifer, dia mencurigai bahawa Jennifer bukan lagi seorang manusia.

 

2. Trouble Every Day (2001)

a96b98c0 9014 4aec 8153 64428caf87d0Filem seram romantik dari Perancis ini membawa elemen erotik yang banyak. Menghadirkan tema kanibalisme sebagai metafora serta setiap adegan diwarnai dengan eksploitasi darah yang brutal.

Selain itu, Trouble Every Day boleh dikatakan sebagai filem underrated. Mengisahkan tentang pasangan dari Amerika yang bercuti di Paris menjalani pengalaman sepanjang hari dengan penuh perkara baru yang mula mengancam satu sama lain.

 

3. Bones and All (2022)

a184409d 5fc6 423b b3e7 db9ad586b4c3Membawa konsep road-trip romantik dengan tema kanibalisme, filem ini mengeksplorasi dunia kanibalisme secara terperinci. Menampilkan drama serta skrip yang kuat, filem ini juga diserlahkan lagi dengan sinematografinya yang memukau, serta adegan yang membuat mengerikan.

Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis remaja kanibal yang berusaha mencari ibunya, sepanjang perjalanan dia menemui kanibal lain yang memberikan banyak pengajaran hingga akhirnya dia bertemu dengan lelaki yang membuatnya kagum.

 

4. Fresh (2022)

3ce8e754 0689 4332 a21a 560029f2cbe0Mengusung konsep genre-bending, filem seram ini membawa tema kanibalisme dengan gabungan genre romantik yang berjaya ditampilkan oleh Sebastian Stan dan Daisy Edgar-Jones. Selain itu, filem ini berjaya mendapat perhatian dari para peminat genre seram.

Mengisahkan tentang seorang wanita yang menemui seorang lelaki yang disangkakan akan menjadi pasangan hidup yang ideal, tetapi semuanya berubah apabila dia dibawa ke rumahnya yang jauh dari pusat bandar.

 

5. Cannibal (2013)

Filem seramPara peminat filem seram pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton filrn dari Sepanyol ini. Membawa tema kanibalisme yang mengerikan dengan balutan unsur romantik yang serba lengkap, filem ini menghidangkan skrip yang cukup berbunga-bunga serta menyentuh hati terutama metafora yang ditonjolkan berjaya membuahkan rasa simpati.

Mengisahkan tentang seorang lelaki kanibal yang cuba memerangkap mangsanya, namun segalanya berubah apabila dia menaruh perasaan kepada salah seorang mangsanya hingga mempersoalkan tentang siapakah dirinya yang sebenar.

Filem seram romantik dengan tema kanibalisme berjaya memberikan tontonan yang menarik dan memuaskan, selain tema kanibalisme yang dijadikan metafora oleh para pencipta filem, filem seram romantik diatas juga pastinya memberikan kesedaran serta makna tersendiri.

Kelima-lima pilihan filem seram romantik bertemakan kanibalisme di atas memang berjaya membuatkan penonton merasa ngilu dan ngeri sewaktu menonton. Tapi romantisme yang dihidangkan dalam filem tersebut juga terasa berbeza dan unik.

Baca lagi: Jiyeon T-ara Bakal Muncul dalam Filem Misteri Terbaru Woman on Fire, Kisah Gelap Artis yang Dibunuh
Baca juga: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024