Menonton filem seram menjadi salah satu cara untuk menguji andrenalin penonton. Saranan filem seram tentang anak kembar ini harus masuk dalam senarai tontonan anda jika anda adalah penggemar filem seram.
Filem seram adalah genre yang paling diminati ramai dan selalu mendapatkan tempat di hati penonton. Sensasi yang menegangkan dalam filem seram menjadi daya tarikan tersendiri .
Buat anda yang menyukai cabaran dan tidak takut, filem seram tentang anak kembar ini harus jadi tontonan anda yang belum pernah lagi layan. Jom kita lihat senarai lengkapnya dibawah ini ya!
1. The Forest
Mengisahkan perjalanan hidup sepasang anak kembar. Sara Price yang dilakonkan oleh Natalie Dormer pergi ke hutan Aokigahara, di dasar Gunung Fuji untuk mencari saudara kembarnya, Jess Price, yang menghilang secara misteri. Hutan Aokigahara merupakan lokasi paling mengerikan di Jepun yang sering dijadikan tempat bunuh diri. Setibanya di hutan, Sara yang terus berjalan menyusuri hutan mengalami pelbagai kejadian yang mengerikan.
Berhasilkah Sara menemukan saudara kembarnya?
2. Goodnight Mommy
Filem seram yang mencekam tidak semestinya menampilkan penampakan yang menakutkan saja. Jalan cerita yang solid, panorama dan skor muzik yang menggambarkan suasana suram dan sebuah misteri menjadikan Goodnight Mommy pilihan filem seram psikologi yang menarik untuk ditonton. Ia berkisah tentang anak lelaki kembar berusia sembilan tahun yang menanti kepupangan ibunya setelah selesai pembedahan plastik.
Hari demi hari, mereka tiba-tiba menyedari wanita yang wajahnya dibaluti kain kasa putih dan tinggal bersama mereka itu bukan ibu mereka yang sebenarnya. Keduanya pun berusaha untuk mencari kebenaran, siapa wanita disebalik kain pembungkus wajah tersebut. Si kembar pun mula menyiksa wanita tersebut kerana tidak berhasil memberikan satu jawapan yang memuaskan mengenai keberadaan sang ibu.
Siapakah yang jahat sebenarnya? Adakah benar wanita tersebut bukanlah ibu mereka? Atau memang si anak kembar yang mengalami gangguan jiwa?
3. Alone
Alone menjadi salah satu pilihan filem seram Thailand yang agak menyeramkan. Filem ini berkisah tentang dua beradik kembar siam bernama Pim yang lembut dan Ploy yang lebih keras namun ceria. Pada suatu hari, mereka bertemu dengan seorang jejaka yang jatuh cinta kepada Pim, namun ternyata Ploy merasa iri hati kerana cintanya bertepuk sebelah tangan.
Kisah tragis berlanjutan ketika mereka berdua melakukan pembedahan untuk memisahkan tubuh. Ploy meninggal ketika proses pembedahan dan menjadi roh yang menghantui Pim dan jejaka yang dicintainya tersebut. Ada fakta mengejutkan tentang cerita filem ini. Tertarik untuk tonton?
Oh ya, filem ini juga ada diremake oleh India dengan tajuk yang sama.
4. The Unborn
Tayang tahun 2009 yang lalu, The Unborn bercerita tentang Casey Beldon yang dilakonkan oleh Odette Yustman, yang selalu mengalami mimpi buruk tentang seorang budak lelaki bermata biru yang sama sekali tidak dikenali elehnya.
Cuba untuk mencari kebenaran, Casey percaya bahawa dirinya sedang dihantui oleh roh saudara kembarnya yang meninggal dunia dalam kandungan ibunya. Dia pun meminta bantuan dari seorang pendeta untuk menyingkirkan roh tersebut.
5. Seconds Apart
Second apart adalah filem seram yang bercerita tentang anak kembar bernama Seth (Gary Entin) dan Jonah (Edmund Entin). Keduanya memiliki karakter yang cukup aneh dan antisosial namun memiliki kemampuan istimewa, iaitu telepati. Pada suatu hari, empat orang temannya meninggal dunia secara misteri.
Penyiasatan pun dilakukan oleh Detektif Lampkin (Orlando Jones) dimana petunjuknya mengarah kepada si kembar. Namun dia tidak memiliki bukti yang cukup.
Di sisi lain, si kembar Seth dan Jonah jatuh cinta kepada seorang wanita yang sama sehingga menyebabkan hubungan dua beradik itu terjejas. Filem ini menampilkan plot yang unik dan sangat menarik, dan pasti akan membuatkan sesiapa saja berteka-teki dan teruja untuk menontonnya.
Nah, sekian itu sahaja 5 cadangan filem seram tentang adik beradik kembar. Yang mana satu sudah anda tonton?