Menonton filem seram boleh menjadi pengalaman menarik dan menyenangkan, namun penting untuk memilih filem yang sesuai dengan usia ketika menonton bersama kanak-kanak.
Filem seram yang mesra kanak-kanak biasanya sangat menghiburkan, tidak terlalu menakutkan, dan memiliki pesanan positif yang boleh diambil sebagai pengajaran. Tidak membuatkan kanak-kanak merasa terlalu takut atau cemas, filem-filem seram mesra kanak-kanak sepatutnya mampu mengundang tawa, menawarkan kisah pengembaraan yang penuh fantasi, dan sedikit kejutan ringan yang boleh dinikmati.
Berikut ini adalah senarai pelbagai filem seram yang bukan hanya menghiburkam tetapi juga mengandungi nilai-nilai moral dan pesanan yang positif bagi kanak-kanak.
1. The Spiderwick Chronicles (2008)
The Spiderwick Chronicles adalah filem pengembaraan fantasi mengisahkan tentang saudara kembar Jared dan Simon Grace yang berpindah ke rumah lama milik keluarga Spiderwick bersama ibu dan saudara perempuan mereka. Di sana, mereka menemui buku panduan ajaib yang mengungkap dunia makhluk fantasi dan menempatkan mereka dalam bahaya kerana melawan goblin dan makhluk jahat yang lain.
Filem ini sangat menarik untuk ditonton kerana menawarkan kisah pengembaraan yang menegangkan namun tetap mesra dan ringan untuk kanak-kanak dengan gabungan antara aksi dan keajaiban yang memikat.
Kesan visual yang mengagumkan membuatkan dunia makhluk fantasi menjadi hidup, dan cerita ini memberikan pengajaran penting tentang keberanian dan kerja sama dalam menghadapi cabaran.
2. Addams Family Values (1993)
Addams Family Values adalah filem seram komedi gelap yang meneruskan kisah keluarga Addams yang eksentrik dan penuh keanehan. Filem ini fokus pada kemunculan seorang pengasuh baru yang berusaha mengambil alih kekayaan keluarga dengan menyusun rancangan jahat.
Filem ini sesuai ditonton kerana menampilkan jenaka gelap yang tetap sesuai dan menghiburkan untuk semua kalangan umur dengan banyak detik lucu yang boleh dinikmati oleh seluruh ahli keluarga. Sorotan utama untuk filem ini adalah karakter unik keluarga Addams yang penuh keanehan namun penuh kasih sayang, serta pesanan penting tentang pentingnya ikatan kekeluargaan dan menerima perbezaan masing-masing.
3. Casper (1995)
Filem Casper mengisahkan tentang hantu baik hati bernama Casper yang tinggal di sebuah rumah besar bersama tiga hantu lain. Apabila seorang gadis remaja bernama Kat dan ayahnya berpindah ke rumah tersebut, Kat berkawan dengan Casper dan memahami kesepian dan kesedihan yang dirasainya.
Filem ini menyajikan cerita hantu yang manis dan menyentuh perasaan. Sorotan utama filem ini adalah hubungan persahabatan yang terjalin antara Casper, hantu yang mencari kawan, dan Kat, seorang gadis yang merindui sahabat. Hubungan mereka membawa pesanan tentang persahabatan, penerimaan, dan kesetiaan yang membuatkan hati tersentuh.
4. Monster House (2006)
Monster House mengisahkan tentang tiga orang kanak-kanak yang mengesyaki bahawa rumah jiran mereka yang dihuni oleh seorang lelaki yang berperangai aneh sebenarnya adalah rumah yang hidup dan berbahaya. Mereka berusaha untuk mengungkap rahsia di sebalik rumah tersebut dan menyelamatkan penduduk setempat dari bahaya.
Filem ini sesuai untuk dinikmati bersama kanak-kanak dengan unsur pengembaraan, teka-teki, dan reka bentuk rumah yang hidup dalam filem ini memberikan suasana yang mencengkam dan mendebarkan.
5. The House with the Clock in its Walls (2018)
The House with the Clock in its Walls mengisahkan tentang seorang anak yatim piatu yang dihantar untuk tinggal bersama bapa saudaranya di sebuah rumah lama yang penuh dengan misteri. Mereka berusaha mencari jam yang dapat menghentikan kiamat yang tertanam di dalam dinding rumah tersebut, sambil menghadapi berbagai-bagai macam ancaman supernatural.
Unsur sihir dan seram dalam latar yang penuh misteri, menciptakan suasana yang menegangkan namun tetap sesuai untuk para penonton cilik. Penampilan luar biasa dari Jack Black dan Cate Blanchett dalam filem ini berjaya membawa karakter-karakter mereka menjadi hidup dan menambahkan dimensi baru pada cerita ini.
Filem-filem seram di atas bukan hanya mendebarkan tetapi juga turut menghiburkan, dari kisah persahabatan hantu Casper hingga kisah pengembaraan fantasi yang menegangkan dalam The Spiderwick Chronicles, filem-filem seram ini menawarkan cerita yang dapat memberi inspirasi dan menghiburkan baik untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.