Home Movie 5 Filem Tentang Bencana Kemarau, Kisah Tragis yang Memilukan

5 Filem Tentang Bencana Kemarau, Kisah Tragis yang Memilukan

0

Gelombang haba membawa kesan besar pada semua jenis kehidupan, ekonomi, sosial dan juga budaya. Malah boleh menyebabkan bencana alam yang dahsyat.

Heatwave atau gelombang habamelanda banyak negara di Asia Selatan dan Asia Tenggara sejak beberapa bulan ini. Dipetik dari Associated Press, pada bulan April 2024 lalu di Filipina, India dan Bangladesh, ribuan sekolah telah menghentikan pembelajaran secara berdepan dan menggantikan sistem pembelajaran dengan pembelajaran atas talian.

Dipetik dari laman rasmi World Meteorological Organisation (WMO,) gelombang haba adalah salah satu bencana alam yang paling berbahaya. Gelombang panas dan gelombang haba ini memburukkan lagi kesan kekeringan, meningkatkan kebakaran hutan, kabus asap, kekurangan tenaga elektrik dan kerugian pertanian yang menyebabkan kerosakan besar pada masyarakat di seluruh dunia.

5 pilihan filem bencana dibawah ini menggambarkan betapa kecewa dan terdesaknya manusia apabila berada di tengah-tengah suhu udara yang panas. Hawa panas terasa dari babak demi babak dan latar tempat yang berlatarkan gurun pasir atau hutan yang terbakar.

 

1. The Dry Spell

IMG 6080

The Dry Spell merupakan salah sebuah filem bencana Jepun yang diarahkan oleh Masaya Takahashi dan ditayangkan pada tahun 2023. Filem ini berlatarkan kejadian kemarau dan kekeringan air di musim panas di Jepun.

Filem ini menceritakan tentang watak Iwakiri yang dibawa oleh Toma Ikuta, berada di tengah-tengah dilema antara melaksanakan tugasnya atau menuruti hati nuraninya untuk membantu orang lain. Selain itu, filem ini juga banyak mengupas isu-isu sosial yang terjadi di Jepun.

 

2. The Boy Who Harnessed The Win2d5705f3 3353 4740 b55a 372dde98e74a 2

Berlatarkan kisah kemarau dan kelaparan di sebuah kampung di Malawi yang membuatkan William Kamkwamba seorang anak kecil yang berhenti sekolah terpaksa mencari solusi untuk keluar dari masalah itu.

Tentu sahaja perkara ini tidak mudah. Berbagai-bagai rintangan tiba dan menghalang usahanya untuk mengatasi bencana dari kemarau ini.

 

3. Young Ones

IMG 6082

Young Ones merupakan filem sains fiksyen yang berlatarkan bencana kemarau di masa depan. Diarahkan dan skrip ditulis oleh Jake Paltrow.

Filem ini menceritakan tentang seorang pemuda yang dibantu sebuah robot berjuang untuk melindungi keluarganya dari bencana kemarau dan ketiadaan air. Konflik hadir ketika robot itu tiba-tiba menghilang dan ternyata dicuri oleh orang lain.

Baca juga: 9 Filem “Disaster” yang Menggerunkan, Bencana yang Memusnahkan

4. Mad Max : Furry Road

Bencana

Mad Max: Furry Road adalah filem aksi yang berlatarkan masa apokaliptik iaitu masa peralihan dimana manusia memulakan kembali peradaban selepas kehancuran.

Dalam filem ini, peradaban telah hancur selepas bencana nuklear dan dunia menjadi gurun pasir yang panas dan gersang. Hanya ada kemarau, kemiskinan dan kekerasan dimana-mana.

 

5. Only The Brave

IMG 6083

Only The Brave adalah sebuah filem bencana akibat kebakaran hutan yang diangkat dari kisah benar tentang beberapa anggota bomba yang gugur dalam usaha memadamkan api semasa kejadian kebakaran di Bukit Yarnell, Hutan Arizona pada tahun 2013.

Kebakaran hutan ini disebabkan oleh panahan kilat kecil yang menyambar lalu menimbulkan percikan api. Lalu ditambah dengan suhu panas pada musim itu yang membuatkan api cepat marak dan tidak mudah dipadamkan.

Semua filem yang tersenarai di atas boleh dijadikan pengajaran bahawa pada akhirnya manusia sudah bertindak terlalu jauh dan harus bertanggungjawab terhadap kerosakan bumi. Menakutkan bukan? Anda tertarik untuk menonton filem yang mana?

Baca lagi: 6 Siri Netflix Menceritakan Tentang Perniagaan Keluarga, Huru-Hara dan Penuh Cabaran
Baca juga: 8 Filem Tentang Percutian Bertukar Bencana, Menakutkan