Home Manga 5 Filem Thriller Diangkat dari Manga dengan Jalan Cerita Mengejutkan dan Penuh...

5 Filem Thriller Diangkat dari Manga dengan Jalan Cerita Mengejutkan dan Penuh Kengerian

0

Manga dan thriller adalah dua perkara yang dengan mudah menarik boleh perhatian para peminat untuk datang menonton sesebuah filem.

Bagaimanakah jika sesebuah filem thriller diangkat dari manga? Tentu sahaja sangat menarik bukan?

Manga yang juga disukai oleh ramai peminat dari pelbagai pelusuk dunia ini telah membuatkan beberapa orang pengarah filem berani untuk mengangkat kisah manga ke dalam filem mereka.

Jalan cerita yang pastinya menarik dan menyeramkan ditambah dengan arahan yang baik, menjadikan filem seperti ini selalu dinanti-nantikan.

Berikut dibawah ini adalah lima buah filem thriller adaptasi manga yang menarik dan akan membuat anda terpukau selama menonton. Kejutan demi kejutan pasti membuatkan anda tercengang!

 

1. Oldboy (2003)

Peminat-peminat filem thriller Korea pasti akan mengetahui tentang filem masterpiece karya pengarah Park Chan-Wook ini. Oldboy merupakan adaptasi dari manga berjudul sama karya Garon Tsuchiya. Manga ini menampilkan kengerian dan keseraman yang tidak akan anda lupakan.

482085e8 57d8 42bb adde cdf70603a12d 1

Kisah balas dendam Dae Su (Choi Min Sik), lelaki yang diculik dan dikurung di ruangan berkunci selama 15 tahun. Dia mendapatkan waktu lima hari untuk membalas dendam terhadap orang yang telah memerangkapnya jika tidak mahu orang yang disayangi berada dalam bahaya.

Filem thriller Oldboy menampilkan kengerian dan keseraman yang cukup realistik sehingga mungkin agak berat untuk ditonton. Namun, pertarungan antara Dae Su melawan penculiknya adalah sangat menarik dan masih dibicarakan hingga hari ini.

 

2. Death Note (2006)

Siapa yang tidak mengetahui tentang manga Death Note? Manga karya Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata ini adalah salah sebuah manga paling popular dan diminati oleh para peminat setua manga. Ceritanya yang sangat segar digabungkan dengan nuansa thriller dan seram menjadikan filem ini sangat menegangkan dan mengerikan untuk ditonton.

Filem thriller

Yagami Light (Tatsuya Fujiwara) adalah pelajar yang pintar dan baik. Namun, semuanya berubah apabila dia menemui Death Note. Nama sesiapa yang ditulis dalam buku ini akan meninggal dunia dalam sekelip mata.

Light mahu menggunakannya untuk membanteras para penjahat, namun kekuatan yang kini dipegangnya membuatkan Light gelap mata dan bersikap sesuka hati. Dia tidak rasa bersalah untuk membunuh dan menyingkirkan semua orang yang dianggap telah menghalang jalannya.

 

3. Helter Skelter (2012)

Filem ini adalah berdasarkan manga karya Kyoko Okazaki yang diterbitkan pada tahun 1995. Helter Skelter adalah filem bergenre psikologikal thriller yang diarahkan oleh Mika Ninagawa.

Lilico (Erika Sawajiri) adalah model terkenal yang menjalani pembedahan plastik supaya boleh menjaga kecantikannya. Namun pembedahan tersebut tidak berjalan dengan lancar dan apabila keadaannya memburuk, Lilico mula menyerang orang-orang di sekelilingnya.

Terlepas dari kejahatan Lilico, gangguan sebenar dalam filem ini adalah mimpi buruk Lilico yang menjadikannya seorang psiko dan mengerikan. Ditambah pula dengan obsesinya untuk memiliki imej yang sempurna dan kejayaan yang besar.

 

4. As the Gods Will (2014)

Shun (Sota Fukushi) selalu beranggapan bahawa hidupnya membosankan. Dia berharap hidupnya akan menjadi lebih menyeronokkan dan dengan cepat keinginannya itu tercapai.

Shun dan kawan-kawannya satu kelasnya terperangkap dalam permainan sadis yang mempertaruhkan nyawa. Filem ini terasa seperti permainan kanak-kanak namun untuk pihak yang kalah, mereka akan mati dalam sekelip mata.

Berbeza dengan filem berlatarkan sekolah yang biasanya bernuansa cerah dan menyenangkan, filem ini menampilkan pelbagai aksi mengerikan yang akan membuatkan anda terpaku selama menonton.

 

5. Parasyte (2014)

Filem ini diangkat dari manga karya Iwaaki manga. Cerita filem ini mengikuti Izumi Shinichi (Sometani Shota) yang tangannya tercemar oleh sebuah parasit yang menjadi kunci penyelesaian terhadap virus berbahaya yang dinamakan sebagai “Mincemeat Murders.”

Filem ini dikataakn unik kerana menampilkan raksasa yang tampak biasa-biasa sahaja tapi sebenarnya sangat merbahaya. Makhluk ini menganggu manusia dengan tinggal di dalam tubuh manusia yang mengubahnya menjadi zombie dan membuatkan banyak nyawa terancam.

Perkara ini membuatkan masyarakat menjadi paranoid dan menjadi saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Mereka menggunakan segala cara untuk tetap bertahan hidup.

Filem yang diangkat dari manga memang memiliki pesona tersendiri, terutamanya filem thriller. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 10 Filem Thriller Barat Tampilkan Kisah Psikopat yang Sadis dan Ekstrem
Baca juga: 6 Filem Thriller Barat Terbaik Ini Diadaptasi dari Novel Terkenal, Penuh Misteri dan Kejutan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here