Pernahkah anda terperangkap dalam situasi sukar yang memaksa anda untuk melakukan perkara yang mengejutkan diri anda sendiri? Keadaan seperti itu sangat menarik apabila dijelajahi dalam sebuah naskah filem.
Banyak filem thriller yang menggunakan situasi seperti itu. Lima filem berikut ini sesuai untuk dijadikan tontonan menarik buat anda.
Kebanyakan filem ini merupakan projek indie dengan bajet yang minimum, kelima-lima filem ini ternyata melangkaui jangkaan penonton walau filem-filem ini dalam kategori underrated.
1. Green Room (2015)
Filem thriller ini mengikuti sekumpulan ahli muzim yang tanpa sengaja menjadi saksi pembunuhan di sebuah tempat konsert. Bimbang mereka bakal melaporkan kepada pihak polis, pengelola tempat konsert tersebut mahu melenyapkan mereka semua pada waktu itu juga.
Namun, para ahli muzik itu berjaya mencuri masa dengan mengurung diri di sebuah ruangan dan menawan salah seorang dari pemilik tempat konsert tersebur. Banyak babak yang sangat intens!
2. The Last Stop in Yuma County (2024)
The Last Stop in Yuma County menggambarkan ketegangan yang terjadi di sebuah kedai makan di kawasan istirehat dan stesen minyak di sempadan AS-Mexico. Kebanyakan mereka kehabisan minyak petrol dan lori tangki minyak belum sampai. Lebih teruk lagi, dua orang perompak bank yang sedang menjadi buruan polis ternyata terdampar di tempat itu bersama mereka.
3. Trap (2024)
Trap adalah filem thriller terbaru M Night Shyamalan yang mendapat ulasan positif. Filem ini mengikuti seorang ayah dan anaknya yang hendak menonton konsert. Masalahnya, dia melihat polis berjaga dalam jumlah yang luar biasa dan ternyata sedang dalam misi untuk menangkap pembunuh bersiri yang berada di dalam tempat konsert tersebut.
4. No Exit (2022)
Diadaptasi dari novel berjudul sama, filem thriller No Exit juga menggambarkan situasi sukar yang perlu dihadapi oleh seorang wanita muda. Dia sedang memandu kereta untuk menuju hospital untuk melawat ibunya.
Malangnya, di tengah jalan, dia terpaksa berhenti kerana ribut yang membuatkan keadaan jalan tidak selamat. Semasa berhenti di kawasan istirehat, dia bertemu dengan beberapa orang lain yang bernasib sama. Namun, ternyata ada diantara mereka yang menyembunyikan sesuatu.
5. Buried (2015)
Filem thriller Buried ini hanya menampilkan seorang pelakon, Paul (Ryan Reynolds), lelaki yang bekerja sebagai pemandu untuk tentera Amerika Syarikat semasa pencerobohan mereka ke atas Iraq. Dia terbangun dalam keadaan tertanam dalam peti dan hanya mempunyai telefon bimbit dan kayu mancis dalam poketnya.
Telefon berdering dan dia ternyata diperangkap oleh para pejuang Iraq yang menuntut tebusan. Mampukah dia menyakinkan kerajaan untuk menyelamatkannya?
Terperangkap sememangnya bukanlah perkara yang menyeronokkan, tambahan pula jika nyawa menjadi taruhan. Filem-filem thriller di atas berjaya bermain dengan rasa tidak selesa para penonton dan menjadi sebuah hiburan yang genius.