Jika berbicara tentang drama dari Korea Selatan, tentu tidak lengkap rasanya kalau tidak menyebut nama Ji Chang-wook. Aktor yang terkenal dengan lakonanya sebagai Dong Hae dalam drama siri Smile Again ini memang berjaya memukau para peminat drama Korea dengan pesonanya yang memukau.
Memiliki wajah yang tampan serta aura yang memikat, tidak hairanlah jika ramai gadis jatuh hati kepada selebriti bergaya Ji Chang-wook ini. Pasti ramai juga yang tertanya-tanya soal kisah cinta peakon yang sudah berusia 35 tahun ini. Berdasarkan sumber dari Channel Korea, kita mendapat senarai deretan selebriti wanita yang pernah dikhabarkan mempunyai hubungan dengan Ji Chang-wook.
Jom kita lihat senarai para jelitawan yang berjaya memikat hati Ji Chang-wook:
1) Lee Joo-yeon bekas anggota kumpulan After School
Pada tahun 2012 Ji Chang-wook pernah mengaku bahawa dirinya sedang menjalin hubungan romantis secara rahsia dengan salah seorang anggota girl group. Para peminat lantas mencari maklumat tentang siapakah gadis yang dimaksud oleh Ji Chang-wook itu.
Kecurigaan para peminat kemudian mengarah kepada bekas anggota girl group After School iaitu Lee Joo-yeon atau lebih mesra dikenal sebagai Jooyeon. Rupanya-rupanya Ji Chang-wook dan Jooyeon sempat membintangi drama yang sama iaitu Smile Again.
2) Ha Ji-won
Gosip tentang Ji Chang-wook dan Ha Ji-won sedang bercinta bertiup kencang setelah keduanya membintangi drama siri yang sama iaitu Empress Ki pada tahun 2013. Gandingan yang sangat serasi sebagai pasangan dalam Kdrama tersebut membuatkan para penonton meneka-neka jika keduanya memang mempunyai hubungan istimewa di luar set penggambaran.
Pelakon yang dilahirkan pada 5 Julai 1987 itu juga tidak segan silu memuji Ha Ji-won sebagai seorang teman pendengar yang baik, menyenangkan, dan mampu membuat suasana penggambaran penuh ceria. Menurut laporan, Ha Ji-won juga sering meminta Ji Chang-wook menemaninya melakukan aktiviti hiking (memanjat bukit).
3) Kim Joo-ri
Model yang juga merupakan Ratu Cantik Korea Selatan 2009 iaitu Kim Joo-ri juga sempat digosipkan menjalin hubungan istimewa dengan Ji Chang-wook. Khabar angin tersebut bertiup kencang setelah netizen berjaya mengesan foto kedua-dua mereka yang
mengenakan rantai serta kaca mata yang sama. Selain itu, sewaktu Ji Chang-wook pergi ke Bali untuk melakukan penggambaran majalah, Kim Joo-ri dikabarkan turut ikut serta.
Namun agensi mereka membantah khabar angin dan gosip tersebut. Pihak agensi mengeluarkan kenyataan bahawa Ji Chang-wook dan Kim Joo-ri sememangnya sangat rapat dan sering bertemu. Namun keakraban mereka itu tidak lebih dari hubungan persahabatan.
4) Park Min-young
Keserasian yang cukup sempurna antara Ji Chang-wook dan Park Min-young sebagai pasangan dalam drama siri Healer telah membuatkan para peminat berharap Ji Chang-wook dan Park Min-young menjalin hubungan romantik dalam dunia nyata. Tambahan pula, pada bulan Jun 2015, sebuah media dari negara Cina melaporkan kedua artis ini menjalin hubungan istimewa. Dalam laporan tersebut, dikatakan bahwa setelah melakukan satu wawancara di Hong Kong, Ji Chang-wook secara diam-diam telah bertemu Park Min-young yang pada saat itu sedang melakukan penggambaran drama di Cina.
Walaupun demikian, Ji Chang-wook menafikan khabar angin tersebut.
Pelakon tersebut mengatakan bahawa jika terdapat ramai peminat yang menyangka dirinya bercinta dengan Park Min-young, pasti lakonan mereka berdua sebagai pasangan kekasih dalam drama siri itu benar-benar menjadi.
5) Yoona SNSD
Gosip cinta lokasi diantara Ji Chang-wook dan Yoona bermula dengan gandingan dalam drama siri The K2 pada tahun 2016. Adegan mesra yang mereka lakonkan dalam drama tersebut sangat berjaya dan membuatkan para peminat berharap agar keduanya boleh menjalin hubungan istimewa di dunia nyata.
Gosip tersebut diperkuatkan lagi dengan adegan ciuman yang sangat fenomenal dalam drama itu dan membuatkan para penonton yakin bahawa mereka memang memiliki hubungan istimewa. Ji Chang-wook dan Yoona secara terbuka mengaku hubungan mereka menjadi semakin rapat setelah melakukan adegan ciuman tersebut. Sayangnya, keduanya mengaku hanya bersahabat dan bukannya sepasang kekasih.
Baca Lagi: Hyun Bin Mendedahkan Kebahagiaan Berkeluarga Buat Pertama Kali
Baca Juga: Siri Realiti Survival Zombieverse Bakal Ditayangkan di Netflix