Home Kdrama/Kmovie 5 K-Drama Bersejarah Yang Mengangkut Anda Ke Zaman Dulu

5 K-Drama Bersejarah Yang Mengangkut Anda Ke Zaman Dulu

0

K-drama mempunyai pelbagai genre. Ada penonton yang minat genre seram, thriller atau jenayah. Atau mungkin juga drama romantis dan bersifat kekeluargaan.

Genre bersejarah atau dikenali sebagai sageuk turut mendapat tempat tersendiri dalam kalangan peminat K-drama. Ia banyak memasukkan unsur konflik dan legenda dahulu kala seperti yang tercatat dalam sejarah.

Jalan cerita boleh melibatkan konspirasi takhta, kerusuhan politik, dan mungkin juga cinta serta komedi.

Dalam berhibur menikmati cerita, ia bagus juga untuk kita menghayati sejarah bagi mendapatkan perspektif tentang kehidupan dan pengajaran daripada kesilapan lampau.

Berikut 5 drama Korea bertemakan sejarah:

5. Hwarang: The Poet Warrior Youth 

Hwarang sp

Drama ini berlatar masa era Kerajaan Silla antara tahun 57 S.M dan 935 M. Ratu Kerajaan Silla telah menghantar puteranya berangkat keluar dari tembok istana supaya selamat daripada ancaman musuh-musuh mereka.

Bimbang takhtanya bakal dirampas, sang ratu membentuk kumpulan pahlawan elit yang digelar bagi menentang komplot kuasa jahat dan melindungi takhta Ratu Kerajaan Silla. Para pemuda Hwarang tidak menyedari bahawa di antara mereka sebenarnya ada bakal raja.

4. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo 

71Neke2wkAL. RI

Seorang wanita muda berusia 25 tahun merentas masa ke tahun 941 M iaitu semasa Dinasti Goryeo di bawah pemerintahan kerajaan Wang.

Wanita tersebut jatuh cinta kepada salah seorang pemuda yang baik hati tetapi juga terpikat dengan seseorang yang menyembunyikan wajahnya di sebalik topeng.

Selain cinta tiga segi, dirinya juga terperangkap dalam kancah permainan politik istana dan persaingan merebut kuasa pemerintahan yang meletakkan dirinya dalam bahaya.

3. Mr.Sunshine 

2846686

Garis masa drama ini berlatar pada akhir tahun 1800-an, sebelum berlaku peristiwa penaklukan Jepun ke atas Korea.
Eugene Choi (Lee Byung-hun) pernah menjadi hamba abdi lalu dia melarikan diri ke Amerika Syarikat dan menjadi pegawai Angkatan Tentera Laut.

Apabila dia kembali ke Joseon untuk satu misi, Eugene jatuh hati kepada seorang gadis bangsawan bernama Go Ae-shin (Kim Tae-ri). Cinta mereka terhalang kerana berbeza darjat dan juga kehadiran Kim Hui-seong (Byun Yo-han), tunangan Ae-shin sejak kecil.

Kemudian dia tahu perancangan Maharaja Jepun untuk menjajah Korea dan berjuang demi pertahankan kedaulatan negara.

2. Rebel: Thief Who Stole The People

rebel thief who stole the people 1 

Ramai berpendapat K-drama berdasarkan pemerintahan raja ke-10 semasa Dinasti Joseon ini mirip dengan kisah Robin Hood.

Hong Gil-dong (lakonan Yoon Kyun-sang) memutuskan untuk menjadi ketua kumpulan pencuri.
Mereka mencuri dan memberi hasil kepada orang miskin ketika Raja Yeonsangun (lakonan Kim Ji-seok) yang zalim menindas rakyat jelata.

Drama ini turut mengandungi kisah cinta bersegi-segi kerana Permaisuri Raja Yeonsangun tidak dapat melupakan cinta pertamanya iaitu Gil-Dong.

1. Mr. Queen

Mr. Queen P1 

Drama komedi sejarah ini menghubungkan zaman moden dengan zaman lampau. Seorang chef lelaki mengalami kemalangan dan terbangun di era Joseon sebagai wanita.

Bukan hanya wanita biasa tetapi permaisuri. Penghuni istana pula seolah-olah ada simpan rahsia dan sisi gelap yang perlu dirungkai oleh permaisuri termasuk isu korupsi kerajaan.