Home Kdrama/Kmovie 5 K-Drama Terbaru Paling ‘Hot’ Di Viu, Wajib Tonton Semasa Cuti Raya

5 K-Drama Terbaru Paling ‘Hot’ Di Viu, Wajib Tonton Semasa Cuti Raya

0

Adakah anda sedang membuat persiapan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri?

Selain memeriksa kenderaan dan barangan yang perlu dibawa, ada satu lagi perkara yang peminat K-Drama wajib lakukan iaitu download drama Korea sebagai ‘bekalan’ bagi menjadikan cuti hari raya anda lebih bermakna.

Lebih menyeronokkan lagi apabila drama Korea ini ditonton beramai-ramai di kampung sambil makan kuih raya dan kerepek.

Berikut 5 K-drama di bawah yang panas-panas baru keluar di Viu, platform penstriman terawal yang menyiarkan drama-drama Korea ini:

#1 Sh**ting Stars

1 13

Drama komedi romantik ini menyelak tirai belakang tabir dunia glamor Korea. Ia memaparkan komuniti dalam industri hiburan seperti wartawan, pengurus, dan pasukan perhubungan awam (PR) yang membantu membersihkan nama selebriti sekiranya tercemar.

Mengisahkan Oh Han-byul yang merupakan seorang ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan, di mana dia perlu bekerjasama dengan seorang selebriti popular bernama Gong Tae-sung yang juga merupakan musuh ketatnya.

Ramai orang terpukau dengan senyuman manis dan rupa paras Gong Tae Sung yang kacak, tetapi tak ramai tahu sisi lain artis berkenaan.

Pelakon utama: Lee Sung-kyung, Kim Young-dae
Waktu tayangan: Sabtu & Ahad (9.00 pagi)

Trailer:

#2 From Now On, Showtime

2 13

Pada zahirnya, Cha Cha-woong merupakan seorang ahli silap mata terkenal dengan kemahiran yang luar biasa.

Sebenarnya ada satu lagi magis rahsia lelaki itu iaitu dia boleh nampak dan berinteraksi dengan hantu. Kemudian dia bertemu dengan seorang pegawai polis wanita yang komited bernama Go Seul-hae.

Mereka berdua pun bekerjasama bagi menyelesaikan kes jenayah dan menangkap penjahat.

Pelakon utama: Park Hae-jin, Jin Ki-joo
Waktu tayangan: Sabtu (8.50 malam) & Ahad (9.20 malam)

Trailer:

#3 Again My Life

3 9 scaled e1651046860744

Diadaptasi daripada web novel dan webtoon, ‘Again My Life’ menceritakan tentang Kim Hee-woo yang berjaya menjadi seorang pendakwa raya hasil kerja keras dan kesabarannya setelah melalui kehidupan yang tragis.

Ketika bertugas, dia berhadapan dengan dalang politik yang korup sehingga menyebabkan nyawanya melayang.

Namun, sesuatu yang aneh berlaku dan dia diberi peluang sekali lagi untuk hidup bagi membongkar kebenaran.

Pelakon utama: Lee Joon-gi, Lee Kyung-young, Kim Ji-eun
Waktu tayangan: Jumaat & Sabtu (10.10 malam)
Trailer:

#4 The Killer’s Shopping List

4 9

Adakah anda sukakan drama misteri tetapi ada unsur komedi, lebih-lebih lagi apabila ada Lee Kwang Soo? Jika ya, drama ini memang patut termasuk dalam senarai tontonan anda!

Ahn Dae-Sung mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Pun begitu, dia tetap gagal dalam peperiksaan perkhidmatan awam selama tiga tahun berturut-turut.

Namun dia tetap tidak berputus asa untuk lulus. Sementara itu, dia bekerja sambilan di MS Mart milik ibunya, Myeong-sook. Di sampingnya juga ada teman wanita yang merupakan seorang polis bernama Ah-Hee.

Suatu hari, berlaku sebuah kejadian pembunuhan misteri di sebuah bangunan pangsapuri berhampiran MS Mart. Dae-Sung, Myeong-Sook dan Ah-Hee bersepakat mahu menyiasat kes tersebut. Petunjuknya adalah resit yang dikeluarkan daripada MS Mart.

Pelakon utama: Lee Kwang-soo, Kim Seol-hyun, Jin Hee-kyung, Shin Sung-woo
Waktu tayangan: Khamis & Jumaat (9.00 pagi)
Trailer:

#5 Monstrous

5 8

Untuk drama ini, anda memang harus tonton secara berjemaah atau together-gather dengan keluarga dan sanak saudara kerana ceritanya agak menakutkan untuk tonton seorang diri.

Buah tangan terbaru Yeon Sang-ho, pengarah Train to Busan dan Hellbound ini memaparkan sebuah pekan kecil yang diserang suatu bencana aneh. Semuanya bermula dengan penemuan patung Buddha misteri yang dirasuk semangat jahat.

Seorang ahli arkeologi yang meminati fenomena ganjil dan supernatural bernama Jung Ki-hoon mahu menyelidik kejadian tersebut. Lalu dia pergi ke pekan tersebut, tempat di mana bekas isterinya berpindah selepas kehilangan anak mereka.

Pelakon utama: Koo Kyo-hwan, Shin Hyun-been
Waktu tayangan: Sabtu (10 malam, 3 episod) & Ahad (3 petang, 3 episod)
Trailer:

Sempena Ramadhan Raya, anda boleh menonton/ muat turun drama Korea terbaru ini di Viu

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton kesemua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.