Home Disney+ 5 Kdrama 2023 Hadir Dengan 2 Bahagian

5 Kdrama 2023 Hadir Dengan 2 Bahagian

0

Kdrama My Dearest bahagian 2 telah disahkan penayangan pada 13 Oktober yang akan datang di MBC.

Kdrama yang dibintangi oleh Namkoong Min dan Ahn Eun Jin ini akan ditayangkan sebanyak 10 episod dan meneruskan kisah di bahagian pertama.

Selain My Dearest, ada 4 drama siri Korea tahun 2023 lain yang ditayangkan secara 2 bahagian. Walaupun dibahagi 2 bahagian, kisah dalam Kdrama ini tetap menarik untuk diikuti dan membuatkan penonton tidak senang duduk.

 

1. My Dearest

1c8114bf cf5e 4d39 85de 9938aefd5585My Dearest merupakan drama siri sageuk yang mengangkat kisah tentang kehidupan masyarakat pada Dinasti Joseon sewaktu pencerobohan Qing yang terjadi pada 3 Januari 1637-24 Februari 1637. Kisahnya tidak menunjukkan hanya rakyat biasa yang mengalami kesukaran, para bangsawan juga terkena tempias yang sama. Bahagian 1 drama ini ditayangkan pada 4 Ogos hingga 2 September. Manakala, bahagian kedua akan ditayangkan pada 13 Oktober.

Mengisahkan tentang Yoo Gil Chae (Ahn Eun Jin) yang merupakan seorang bangsawan muda yang ceria dan manja. Gil Chae pandai merebut hati jejaka dan banyak yang ingin menjadi kekasihnya. Namun, jejaka yang benar-benar Gil Chae inginkan adalah Nam Yeon Joon (Lee Hak Joo) yang bertunang dengan Kyung Eun Ae (Lee Da In).

Suatu hari, ada lelaki misteri muncul dalam tengah masyarakat mereka. Dia adalah Lee Jang Hyun (Namgoong Min) yang kelihatan ceria dari luar, tapi merupakan lelaki yang sangat kompleks dan menyimpan rahsia tersendiri. Jang Hyun jatuh cinta pada Gil Chae. Namun, kisah mereka begitu sukar dengan kehadiran penceroboh Qing di Joseon.

 

2. Duty After School

c19ee5c9 e48d 4189 9bdd 8e3109a7deb1Duty After School merupakan drama siri bergenre sci-fi dan survival yang tayang di TVING. Bahagian pertama drama ini tayang pada 31 Mac dan berjumlah 6 episod. Manakala bahagian kedua yang berjumlah 4 episod tayang pada 21 April. Drama ini dibintangi oleh Shin Hyun Soo, Lim Se Mi, Kwon Eun Bi, Kim So Hee, Lee Yeon, Kim Su Gyeom, hingga Moon Sang Min.

Duty After School mengisahkan tentang kehidupan pelajar sekolah menngah kelas 3 yang berubah apabila makhluk asing misteri berbentuk bola ungu muncul dari langit. Makhluk asing itu menyerang manusia dan menyebabkan ramai orang mati.

 

3. Island

7d346b57 c61f 41f3 8913 144854b9885c

Island merupakan Kdrama siri adaptasi webtoon yang tayang di TVING. Drama ini dibahagi menjadi dua bahagian yang masing-masing tayang sebanyak 6 episod. Island bahagian 1 tayang pada 30 Disember 2022 hingga 13 Januari 2023. Sementara Island bahagian 2 tayang pada 24 Februari hingga 10 Mac 2023.

Island berlatarkan Pulau Jeju dan mengisahkan tentang sekumpulan manusia yang melakukan pengusiran syaitan. Van (Kim Nam Gil) dibesarkan untuk menjadi senjata yang melawan roh jahat dan membunuh mangsa yang dirasuk. Walaupun tidak menunjukkan emosi, dia menyimpan rasa bersalah dalam hati dan fikirannya.

Van bertemu dengan Won Mi Ho (Lee Da Hee), wanita dari keluarga kaya raya yang dihantar ke Pulau Jeju setelah membuat kesalahan. Won Mi Ho bekerja sebagai guru. Dan ada John, (Cha Eun Woo) pendeta Katolik yang kerap melakukan pengusiran syaitan. Ketiga-tiga mereka akan bekerja sama untuk mengusir roh jahat yang ingin menghancurkan dunia.

 

4. Big Bet

4831b252 4600 4b69 a6d8 eb5bd1f56ddbBig Bet merupakan Kdrama siri yang berlatarkan dunia kasino dan tayang di Disney+ Hotstar. Drama ini dibahagi menjadi dua bahagian yang masing-masing berjumlah 8 episod. Big Bet bahagian 1 tayang pada 21 Disember 2022 hingga 25 Januari 2023, sedangkan Big Bet bahagian 2 tayang pada 15 Februari hingga 22 Mac.

Big Bet mengisahkan tentang kehidupan Cha Moo Sik (Choi Min Sik) yang menjadi legenda di dunia kasino dan boleh menjadi penguasa kasino di Filipina. Suatu hari dia terlibat dengan kes pembunuhan dan perlu disiasat oleh pihak polis. Kehidupan Moo Sik mula diambang kehancuran dan dia kembali mempertaruhkan segalanya.

 

5. Decoy

Kdrama Decoy atau The Bait merupakan Kdrama siri yang mengisahkan tentang mangsa penipuan skim Ponzi. Decoy bahagian 1 tayang pada 27 Januari hingga 10 Februari dan Decoy bahagian 2 tayang pada 7 hingga 21 April.

Dengan masing-masing sebanyak 6 episod, drama ini boleh ditonton di Prime Video.
Decoy mengisahkan tentang Goo Do Han (Jang Geun Seuk) yang asalnya adalah seorang peguam. Seterusnya dia menjadi detektif. Goo Do Han dihadapkan pada kes pembunuhan bersiri.

Lima buah Kdrama tahun 2023 di atas ini dibahagikan secara 2 bahagian. sebahagian besar Kdrama ini menampilkan konflik yang berat sehingga perlu ditayangkan secara terpisah. Walaupun begitu, masing-masing mempunyai jalan cerita yang unik dan wajib masuk ke dalam watchlist anda.

Baca lagi: 8 Fakta Kdrama Terbaru ‘Hong Rang’, Dibintangi Lee Jae Wook dan Jo Bo Ah
Baca juga: 4 Kdrama Baru Bakal Tayang Di Disney Plus, Menggantikan Moving