Busan International Film Festival (BIFF) ke-28 akan dilangsungkan tidak lama lagi pada 4 hingga 13 Oktober 2023.
Festival antarabangsa ini mempunyai pelbagai segmen program yang berbeza, termasuk segmen dan bahagian On Screen. Bahagian ini akan menampilkan drama siri yang sangat dinanti-nantikan atau yang memang banyak dibincangkan pada tahun ini.
Pada hari 24 Ogos 2023, pihak BIFF telah mengumumkan senarai pilihan untuk segmen On Screen nanti. Terdapat lima Kdrama yang dipilih untuk melakukan world premiere di festival ini.
Apakah tajuk-tajuk Kdrama tersebut? Jom sama-sama kita lihat senarainya seperti berikut ini:
1. The Deal
The Deal merupakan kdrama siri original Wavve yang diarahkan oleh pengarah Lee Jung Gon. Para pelakon untuk Kdrama ini terdiri daripada bintang terkenal yang sudah selalu muncul dalam beberapa Kdrama sebeluk ini. Mereka adalah Yoo Seung Ho, Kim Dong Hwi, Yoo Su Bin, dan juga Lee Joo Young.
Para pelakon akan menampilkan cerita di sebalik jenayah dan kejahatan dari para pemuda yang sedang menghadapi getir dan mencabarnya dunia ini. Cerita dimulakan dengan dua orang pemuda yang melakukan penculikan palsu terhadap salah seorang bekas kawan sekelas mereka sewaktu di sekolah menengah.
Kawan yang mereka culik itu berasal dari keluarga kaya. Pada awalnya mereka hanya ingin meminta 10 juta won sebagai tebusan, rancangan itu berakhir dengan situasi yang tidak diduga.
2. I Am a Running Mate
Han Jin Won yang dikenali sejak menjadi penulis bersama untuk filem Parasite (2019) kini akan membuat debut sebagai pengarah melalui Kdrama I Am a Running Mate.
Berkenaan dengan barisan pelakon pula, drama siri original TVING ini akan menampilkan ramai pelakon yang merupakan pendatang baru dalam industri. Di antaranya adalah Yoon Hyun Soo, Lee Jung Sic, Choi Woo Sung, Hong Hwa Yeon, dan Lee Bong Jun.
I Am a Running Mate adalah kisah tentang seorang pelajar biasa yang cuba untuk menjadi presiden pelajar di sekolahnya. Perang politik para pelajar sekolah menengah sewaktu pemilihan presiden dan wakil presiden pelajar akan menjadi topik yang diangkat dengan fokus utama terletak pada watak Se Hoon (Yoon Hyun Soo).
3. Vigilante
Sebelum menyertai latihan ketenteraan wajib pada bulan April lalu, Nam Joo Hyuk telah menyelesaikan penggambaran Vigilante. Drama siri original Disney+ ini diadaptasi dari webtoon Naver dengan judul sama karya CRG dan diilustrasikan oleh Kim Kyu Sam.
Vigilante bakal menggambarkan seorang pelatih akademi polis yang mempunyai identiti lain yang tersembunyi. Dia memberi keadilan dalam versinya sendiri kepada para penjahat dan melangkaui batasan undang-undang. Nam Joo Hyuk akan membawa watak tersebut dan bergandingan dengan Yoo Ji Tae, Lee Jun Hyuk, dan Kim So Jin.
4. A Bloody Lucky Day
Drama siri A Bloody Lucky Day juga merupakan adaptasi dari webtoon Naver. Pengarah Pil Gam Sung adalah pembuat filem yang bertanggung jawab untuk mengarahkan setiap babak filem ini. Barisan pelakon drama siri original TVING ini menarik perhatian kerana terdiri daripada pelakon-pelakon terkenal seperti Lee Sung Min, Yoo Yeon Seok, dan Lee Jung Eun.
A Bloody Lucky Day menceritakan tentang seorang pemandu teksi yang beberapa hari kebelakangannya merasa cukup bertuah. Dia mendapat penumpang seorang lelaki muda dan menjadi pemandunya untuk perjalanan jarak jauh. Rupa-rupanya, penumpang itu adalah seorang pembunuh bersiri. Ketegangan yang nyata akan tercipta dalam drama siri ini.
5. LTNS
Ahn Jae Hong dan Esom menjadi pelakon utama dalam drama siri original TVING bertajuk Long Time No Sex (LTNS). Mereka bakal membawa watak sebagai pasangan suami isteri yang bakal membawa komedi unik kepada para penonton. Pasangan ini akan menjadi duo penipu.
Ahn Jae Hong dan Esom yang pernah bergandingan dalam filem Microhabitat (2017), juga akan bergabung dengan pengarah filem tersebut, Jeon Go Woon. Dia berkolaborasi dengan Lim Da Hyung, penulis filem Moonlit Winter (2019), untuk menggarap Kdrama LTNS. Kedua-duanya mengambil bahagian dalam aspek pengarahan dan penulisan skrip.
Busan International Film Festival (BIFF) diadakan secara tahunan di Haeundae-gu, Busan, Korea Selatan, adalah salah satu festival filem paling berprestij di Asia.
Festival pertama yang diadakan pada 13 hingga 21 September 1996, juga merupakan festival filem antarabangsa pertama di Korea. Fokus utama BIFF adalah untuk memperkenalkan filem-filem, drama-drama baru dan pengarah yang baru pertama kali berkarya, khasnya dari negara-negara Asia.