Lahir dalam keluarga ahli politik berpengaruh, hidup serba mewah dan kaya raya bukanlah ukuran sebenar kebahagiaan. Filem dan drama siri dari Korea banyak mengangkat kisah keluarga ahli politik yang berantakan penuh dengan tipu muslihat dan tikam belakang.
Filem-filem dan drama siri dari Korea Selatan turut menggambarkan bahawa keluarga politik bukanlah keluarga dambaan yang diinginkan. Indah khabar dari rupa!
Terdapat 5 pilihan Kdrama yang mengisahkan tentang keluarga ahli politik adalah bukan keluarga idaman. Kelihatan sangat harmoni di luar, tetapi sebenarnya sangat banyak masalah yang perlu dihadapi dalam keluarga.
Pandora: Beneath the Paradise yang akan ditayangkan di SBS pada 11 Mac akan datang turut membawa tema yang sama. Drama siri ini mengisahkan tentang kehidupan Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) iaitu seorang wanita yang mempunyai hidup sempurna tetapi tidak mempunyai ingatan langsung tentang masa lalunya. Dia merupakan isteri kepada ahli politik yang menjadi calon presiden.
Bukan hanya Pandora: Beneath the Paradise, kdrama yang tersenarai di bawah ini juga mengisahkan tentang kehidupan keluarga ahli politik. Kisah keluarga mereka menjadi kunci penting dalam setiap cerita.
Jom kita baca beberapa senarai Kdrama yang telah disediakan:
1. Pandora: Beneath the Paradise (2023)
Pandora: Beneath the Paradise menjadi comeback Lee Ji Ah selepas kejayaannya dalam The Penthouse 3 (2021) dan juga Lee Sang Yoon selepas membintangi One the Woman (2021). Kdrama ini mengangkat kisah balas dendam seorang isteri ahli politik yang mengetahui rahsia mengejut yang telah terjadi pada masa lampaunya.
Jalan ceritanya adalah mengenai Hong Tae Ra (Lee Ji Ah) yang mempunyai kehidupan yang sempurna bersama suami dan anak perempuannya. Dia merupakan isteri kepada Pyo Jae Hyun (Lee Sang Yoon) iaitu ahli perniagaan yang memiliki syarikat IT yang terjun ke dunia politik dan menjadi calon presiden.
Hong Tae Ra langsung tidak mempunyai ingatan mengenai masa lalunya. Namun ketika ingatan itu kembali, dia mengetahui rahsia memgejutkan iaitu hidupnya yang sempurna ternyata adalah rekaan dan rancangan seseorang. Hong Tae Ra tekad mahu membalas dendam dan mendapatkan keadilan.
2. Trolley (2022-2023)
Trolley yang telah ditayangkan di SBS pada 19 Disember 2022 ini mengisahkan tentang kehidupan isteri seorang ahli politik yang penuh rahsia. Dia sengaja menjauh dari sorotan media supaya rahsianya tidak terbongkar.
Kim Hye Joo (Kim Hyun Joo) menjalankan perniagaan membaiki buku. Dia ingin memiliki kehidupan yang normal dan tenang. Walaupun suaminya, Nam Joong Do (Park Hee Soon) adalah anggota Majlis Nasional, Hye Joo memilih tidak muncul di hadapan media.
Pada satu hari sebuah kes telah mengubah seluruh hidup Hye Joo. Rahasia yang awalnya dia simpan rapi akhirnya menjadi tumpuan umum. Kes itu juga mempengaruhi banyak perkara dan dia harus menghadapi konflik yang mungkin sahaja boleh menghancurkan keutuhan keluarganya.
3. Anna (2022)
Anna yang ditayangkan di Coupang Play pada 24 Jun 2022 merupakan Kdrama yang mempunyai 6 episod dan mengisahkan tentang kehidupan Lee Yu Mi (Suzy) yang sudah biasa hidup berbohong.
Dia mula berbohong tentang perkara-perkara kecil seperti status pendidikan hingga identiti orang tuanya. Sepandai-pandai tupai melompat, pastu jatuh ke tanah jua!! Pembohongan itu berlanjutan hingga dia berani mencuri identiti Lee Anna atau Lee Hyun Joo (Jung Eun Chae).
Kehidupan Yu Mi sebagai Anna membuatkan dia boleh mengahwini ahli perniagaan yang bercita-cita tinggi iaitu Choi Ji Hoon (Kim Jun Han). Ji Hoon terjun ke dunia politik dan menjadi salah seorang calon datuk bandar Seoul.
4. Little Women (2022)
Little Women mengisahkan tentang tiga orang adik betadik dari keluarga miskin yang perlu berhadapan dengan keluarga paling berpengaruh di Korea. Oh In Joo (Kim Go Eun), anak yang sulung yang bekerja sebagai akauntan. Oh In Kyung (Nam Ji Hyun), anak kedua iaitu seorang wartawan dan yang terakhir Oh In Hye (Park Ji Hoo), anak yang paling bongsu yang terkenal sangat suka melukis.
Tiga orang adik beradik ini perlu berhadapan dengan Park Jae Sang (Uhm Ki Joon) yang merupakan seorang ahli politik yang bercita-cita mahu menjadi presiden. Park Jae Sang mempunyai seorang isteri yang bernama Won Sang Ah (Umn Ji Won) dan seorang anak perempuan yang bernama Park Hyo Rin (Jeon Chae Eun).
Little Women telah ditayangkan di tvN pada 3 September 2022. Kdrama dengan 12 episod ini menjadi bualan hangat kerana dipenuhi dengan plot twist mengejutkan dan mempunyai banyak watak yang mampu mencuri perhatian.
5. The K2 (2016)
The K2 merupakan Kdrama thriller politik yang ditayangkan di tvN pada 23 September 2016. Drama siri ini mengisahkan tentang Kim Je Ha atau K2 (Ji Chang Wook) yang merupakan bekas anggota tentara yang direkrut untuk menjadi pengawal keselamatan.
Dia bekerja dengan Choi Yoo Jin (Song Yoon Ah) yang merupakan isteri kepada calon presiden Jang Se Joon (Cho Seong Ha). Selain itu ada juga watak Go An Na (Yoona SNSD) yang merupakan anak perempuan ‘rahsia’ kepada Jang Se Joon.
Dalam drama ini, Jang Se Joon dan Choi Yoo Jin terdiri dari keluarga politik. Se Joon merupakan figura yang sangat aktif dalam dunia politik, tetapi dia menyimpan terlalu banyak rahsia.
Sementara itu isterinya iaitu Yoo Jin merupakan seorang wanita yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menggapai cita-citanya, termasuklah menutup dan merahsiakan skandal Se Joon supaya suaminya itu boleh menang dalam pemilihan presiden.
Kelima-lima Kdrama yang tersenarai di atas mengisahkan tentang kehidupan keluarga ahli politik yang penuh pancaroba. Dari segi luaran, mereka terlihat sangat harmoni dan boleh membuatkan ramai orang iri hati. Namun, hakikatnya tiada keluarga yang tidak mempunyai masalah. Rumah tangga mereka diuji dengan pelbagai skandal dan masalah politik.
Jadi Kdrama manakah yang telah anda tonton dan paling anda sukai?