5 Kdrama Saeguk Lee Se Young, Paling Terbaru The Story of Park’s Marriage Contract. Pelakon cantik ini sudah membintangi drama siri saeguk sejak kecil!!
Nama pelakon Lee Se Young sudah tidak asing lagi buat bagi para pencinta drama siri Korea Selatan. Debut sebagai artis cilik, dia juga dikenali sebagai pelakon yang handal dalam memainkan drama saeguk!
Baca Lagi Artikel: 9 Watak Pembuli Yang Paling Dibenci Dalam Kdrama
Baru sahaja disahkan bahawa The Story of Park’s Marriage Contract bakal menampilkan Lee Se Young sebagai pelakon utama. Ini bukan pertama kali bagi pelakon jelita ini membintangi drama siri saeguk. Selain drama siri baru tersebut, berikut merupakan senarai drama siri saeguk lain yang pernah dibintangi oleh Lee Se Young:
1. Jewel in the Palace (2003)
Jewel in the Palace (2003) merupakan drama siri sageuk pertama yang dibintangi oleh Lee Se Young. Saat itu, pelakon muda dan cilik tersebut baru sahaja berusia 11 tahun.
Dikenali juga dengan tajuk Dae Jang Geum, drama siri legenda ini diadaptasi dari sejarah dinasti Joseon. Mengenengahkan tentang stigma dan hak sama rata jantina pada masa tersebut, seorang gadis bernama Jang Geum (Lee Young Ae) berjaya menjadi tabib wanita pertama kerajaan.
2. Dream of the Emperor (2012)
Drama siri sageuk legenda iaitu Dream of the Emperor (2012) juga menampilkan Lee Se Young dalam jajaran pelakon-pelakon yang membintanginya. Walaupun bukan sebagai watak utama yang diberikan kepadanya, drama siri tersebut telah berjaya membuat nama Lee Se Young semakin dikenali di Korea Selatan pada masa itu.
Dalam drama siri tersebut, Lee Se Young melakonkan watak sebagai pelakon pembantu yang bernama Chun Gwan Nyeo. Drama siri dengan judul lain King’s Dream ini mengupas tentang perjalanan hidup jeneral Kim Yushin yang pada era dinasti Silla.
3. The Crowned Clown (2019)
Sangat meletup dan viral pada masanya, drama siri sageuk berjudul The Crowned Clown (2019) menceritakan kisah seorang badut yang menggantikan peranan raja pada era dinasti Joseon.
Drama siri yang menonjolkan Lee Se Young sebagai watak utama itu merupakan sebuah remake filem Masquerade (2012) yang sangat popular pada ketika itu. Dalam drama tersebut, Lee Se Young melakonkan watak Ratu Yoo So Woon.
4. The Red Sleeve (2021)
Hasil melakonkan watak sebagai dayang istana dalam The Red Sleeve (2021), Lee Se Young berjaya menyambar dua trofi berprestij. Selain memenangi Top Excellence Award, dia dan gandingannya, Lee Junho juga meraih Best Couple Award di acara MBC Drama Awards.
The Red Sleeve menceritakan tentang kisah cinta raja Joseon dengan seorang dayang istana. Selama penayangannya, drama siri ini sangat meletup sehingga ke peringkat global. Drama siri ini juga beberapa kali mendapat rating tertinggi dan menjadi trending di media sosial.
5. The Story of Park’s Marriage Contract
Setelah dua tahun menyepikan diri dari membintangi drama saeguk, kini Lee Se Young menerima projek The Story of Park’s Marriage Contract bersama Bae In Hyuk. Berita ini rasmi penglibatannya diumumkan oleh pihak penerbitan pada Selasa 21 Mac 2023.
Lee Se Young yang merupakan pelakon pakar dalam drama saeguk dianggap cukup sesuai untuk membawa karakter Park Yeon Woo dalam The Story of Park’s Marriage Contract. Drama pengembaraan masa ini mengisahkan mengenai Park Yeon Woo yang terlempar ke dalam sebuah telaga yang langsung membawanya ke masa hadapan.
Para peminat Lee Se Young pasti tidak sabar-sabar menantikan Kdrama terbaru dari pelakon berbakat ini! Sementara menunggu Kdrama terbarunya, apa kata anda saksikan dulu drama siri yang telah kami senaraikan di atas. Mana tahu kalau-kalau anda terlepas peluang untuk menonton sebelum ini!
Baca Juga Artikel: 5 Pilihan Filem Lakonan Terbaik Keanu Reeves