Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Kdrama Sageuk Ini Berakhir dengan Penutup Menyedihkan, Penuh Tragis

5 Kdrama Sageuk Ini Berakhir dengan Penutup Menyedihkan, Penuh Tragis

0

Korea Selatan biasanya akan menyajikan drama-drama terbaru pada setiap bulan dengan pelbagai genre. Kdrama bertema sageuk merupakan salah satu tema yang disukai oleh para penonton setia Kdrama.

Tidak semestinya bahagia berpanjangan, ada beberapa buah Kdrama yang menyajikan pengakhiran atau penutup yang menyedihkan.

Kebanyakan Kdrama di bawah ini menampilkan plot mengejutkan iaitu salah satu watak utama meninggal dunia sehingga kisah cinta mereka berakhir serta pelbagai kisah sedih lain. Berikut ini senarainya.

1. Kingdom

00bdc2dd 2b23 4386 bd53 281601691cd8

Kingdom (2019) mengisahkan tentang wabak zombie yang menyerang sebuah negara. Selepas raja mangkat kerana penyakit misteri, Putera Mahkota Lee Chang (Ju Ji Hoon) perlu menyelamatkan diri sendiri, rakyat, dan kerajaannya.

Kdrama ini tampil dengan dua musim dan pengakhirannya dipenuhi dengan pelbagai adegan berdarah serta gangguan zombie. Kisah tragis Putera Mahkota Lee Chang dan tabib Seo Bi (Bae Do Na) melawan zombie disyaki belum berakhir.

2. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

210c80f5 0171 4b88 9f30 d9ab4fa01cc4

Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016) mengisahkan tentang Go Ha Jin (IU) yang melakukan pengembaraan waktu ke era Goryeo. Di sana, Ha Jin terbangun dalam tubuh gadis yang bernama Hae Soo. Kisah cinta Hae Soo yang rumit akhirnya bermula.

Kdrama ini menyajikan pengakhiran menyedihkan bagi kisah cinta Hae Soo dengan putera raja. Di episod akhir, Hae Soo meninggal dunia kerana sakit, manakala roh Ha Jin kembali ke masa depan.

3. Mirror of the Witch

4d78c33f a922 449c bbcf 696748066748

Mirror of the Witch (2016) mengisahkan tentang Permaisuri Sim (Jang Hee Jin) yang tidak boleh memiliki anak. Dia berjumpa dukun dan akhirnya boleh mendapat anak kembar dengan cara menggunakan sihir ilmu hitam.
Sayangnya, Seo Ri (Yeon Hee), kembar perempuan telah menerima sumpahan dari ilmu hitam itu.

Suatu hari, muncul Heo Jun (Yoon Si Yoon) yang berusaha mahu mengangkat sumpahan Seo Ri. Di episod akhir, sumpahan itu berjaya dipatahkan, namun Seo Ri kehilangan nyawanya.

4. Empress Ki

9bbd6a98 aa62 4ee9 bd87 2d6a833f9a50

Empress Ki (2013) mengisahkan tentang kisah cinta Ki Seung Nyang (Ha Ji Won) dan Raja Ta Hwan (Ji Chang Wook). Kisah cinta mereka dipenuhi dengan perebutan kuasa dan peperangan.

Di akhir kisah, Empress Ki berjaya memenangi banyak peperangan tetapi, Raja Ta Hwan yang sakit meninggal dunia di pangkuannya.

5. The Great Queen Seondeok

Kdrama

The Great Queen Seondeok (2009) mengisahkan tentang Deokman (Lee Yo Won), puteri Istana Silla. Suatu hari, Deokman bergabung dengan kembarnya iaitu Puteri Chonmyong untuk melawan Mi Sil (Go Hyun Jung).

Dalam perjalanannya, Deokman kehilangan Puteri Chonmyong dan orang yang dicintainya iaitu Bi Dam (Kim Nam Gil). Tetapi, Deokman berjaya menaiki takhta sebagai permaisuri pertama di Istana Silla.

Semua Kdrama sageuk di atas menyajikan pengakhiran yang menyedihkan. Watak utama yang bertahan hingga ke akhir terpaksa kehilangan kekasih mereka dan orang yang mereka sayang.

Anda sudah menonton semua Kdrama di atas?

Baca lagi: 5 Drama Korea Netflix Ini Bawa Tema Balas Dendam, Popular dan Diminati Ramai
Baca juga: 7 Kdrama Bawa Tema Kesedaran Sosial Tentang Bunuh Diri dan Cara Mengatasi, Banyak Pengajaran Hidup