Home Kdrama/Kmovie 5 Kdrama Tentang Kekuatan dan Kuasa Wanita, Penuh Inspirasi

5 Kdrama Tentang Kekuatan dan Kuasa Wanita, Penuh Inspirasi

0

Para peminat kdrama pasti tidak asing lagi dengan drama-drama yang memperlihatkan sisi kekuatan wanita. Siri drama Korea juga tidak dapat lari dari stereotip bahawa wanita adalah kaum yang lemah dan selalu memerlukan pertolongan lelaki.

Semua ini ditunjukkan dari adegan-adegan watak wanita yang selalu diselamatkan oleh lelaki yang menjadi watak utama. Tidak banyak kdrama yang menceritakan tentang ‘sisi maskulin’.

Berikut ini adalah beberapa pilihan kdrama yang mengangkat isu wanita yang berjaya menunjukkan bagaimana kaum wanita memimpin dan menyelesaikan sesebuah masalah.

 

● Kill Heel (2022)

102043a7 7ba5 45ac 9308 d6e1c6195abeKdrama ini mengisahkan tentang perjuangan tiga orang wanita di UNI Home Shopping. Wanita-wanita tersebut adalah Woo Hyun (Ha Neul) yang merupakan seorang wartawan, Gi Mo-ran (Lee Hye-young) yang menjadi Wakil Presiden UNI Home Shopping, dan Bae Ok-Sun (Kim Sung-ryoung) sebagai seorang pengacara. Mereka bertiga perlu berusaha untuk bertahan dalam persaingan sengit di UNI Home Shopping.

 

● Start-Up (2020)

7f5b3740 c257 4ebb a9f6 1baa67970deeDalam kdrama yang ditayangkan pada tahun 2020 ini, Seo Dal-mi (Bae Suzy) adalah seorang ahli perniagaan wanita yang sangat bijak dan bercita-cita tinggi. Dia mempunyai cita-cita untuk menjadi ‘Steve Jobs’ di Korea Selatan.

Seo Dal-mi menggunakan kebijaksanaannya untuk mencari pendapatan melalui perniagaan yang sedang diusahakan olehnya. Keramahan dan semangat Seo Dal-mi mampu membuatkan rakan sepasukan kagum dan selesa bekerja dengannya.

 

● Search: WWW (2019)

KdramaKdrama ini menceritakan tentang tiga orang wanita berkerjaya yang bernama Cha
Hyun (Lee Da Hee), Bae Ta mi (Im Soo Jung), dan Song Ga Kyung (Jeon Hye Jin)
Kerjaya Bae Ta Mi hancur akibat mentornya, Song Ga Kyung. Tidak menyerah kalah, Bae Ta Mi bergabung bersama Syarikat Baro, musuh paling sengit bagi Unicon.

Ta Mi bercita-cita ingin membuat Syarikat Baro sebagai syarikat laman sesawang nombor satu di Korea Selatan dan sekaligus mengalahkan Unicon.

 


● Miss Hammurabi (2018)

47e340a0 b946 4769 9da0 aebd4d86a2ffMiss Hammurabi menceritakan tentang tiga orang hakim dengan perwatakan yang berbeza. Mereka adalah Park Cha Oh Reum (Go Ara), Han Se Sang (Sung Dong II), dan Im Ba Reum (Kim Myung Soo).

Oh Reum adalah seorang hakim muda yang sangat idealistik dan sangat bersemangat membela orang-orang yang tertindas, Ba Reum adalah hakim yang keras kepala, dan Se Sang adalah Ketua Majlis Hakim.

Perbezaan perwatakan ini membuatkan mereka bertiga selalu berdebat dan bertekak. Tambahan pula kes-kes yang mereka tangani kebanyakannya adalah tentang serangan seksual, konflik keluarga, dan kontrak kerja.

 

● The Last Empress (2018)

Drama koreaKdrama ini membawa genre fiksyen yang menggambarkan Korea sebagai sebuah megara monarki. Oh Sunny (Jang Nara) adalah seorang pelakon muzikal yang terkenal dan memasang impian untuk mengahwini seorang raja.

Oh Sunny berjuang untuk mencari kebenaran disebalik kematian ibunya, Na Wang Sik (Choi Jin-hyuk). Oh Sunny membuktikan bahawa jantina bukan masalah selagi dia bersemangat dan tabah dalam berjuang.

Demikian sahaja pilihan 5 buah kdrama yang fokus tentang kuasa dan impian tinggi para wanita. Drama manakah yang paling anda sukai?

Baca lagi: 6 Drama Korea ini Tampilkan watak Wanita yang Bijak Malangkaui Zaman Mereka
Baca juga: 5 Kdrama Sageuk dengan Rating Tinggi, Tampilkan Watak Putera Mahkota Tampan dan Baik Hati