Home Kdrama/Kmovie Drama Korea 5 Kdrama Tentang Perjuangan di Sekolah, Kerja Keras Membuahkan Hasil

5 Kdrama Tentang Perjuangan di Sekolah, Kerja Keras Membuahkan Hasil

0

Drama Korea selalu mengangkat tema-tema tertentu, seperti membahaskan mengenai kisah kehidupan sesebuah kerjaya contohnya.

Kerjaya yang paling banyak diangkat menjadi cerita dalam Kdrama Korea di antaranya adalah kerjaya doktor, polis, guru, artis, produser, ahli perniagaan, dan sebagainya.

Bagi para pelajar yang sedang belajar dalam bidang pendidikan yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang liku-liku dunia pendidikan, anda boleh menonton Kdrama bertemakan pendidikan. Kdrama berikut ini menceritakan tentang perjuangan dan suka duka seorang guru dalam membantu anak didik mereka keluar dari masalah.

 

1. Dream High

KdramaKdrama ini menceritakan tentang enam orang pelajar yang bersekolah di sebuah sekolah muzik yang dikenali sebagai Kirin Arts School. Keenam-enam pelajar tersebut berusaha meraih impian menjadi bintang dalam industri KPop. Walau banyak rintangan yang muncul, mereka tetap meneruskan usaha bersama untuk menggapai impian masing-masing. Di sebalik kejayaan mereka, terdapat beberapa watak guru yang selalu menyokong mereka dan berusaha mencari jalan keluar bagi setiap rintangan yang dihadapi oleh mereka.

 

2. Master of Study

ad394f8c 2e64 4cf3 8ba0 3eb20ef12480Master of Study menceritakan tentang sekolah yang mana pelajar-pelajarnya bermasalah dan sekolah tersebut bakal ditutup. Kang Suk Ho, seorang peguam yang merupakan alumni sekolah tersebut memutuskan untuk mengajar di sana. Dia merancang untuk membantu lima orang pelajar masuk ke universiti ternama iaitu Universiti Chunha.

Drama ini diwarnai dengan berbagai macam konflik, seperti pelajar pemalas yang memiliki masalah masing-masing, usaha guru untuk memahami pelajar-pelajarnya, dan sebagainya.

 

3. School 2013

1f8be4e1 6891 4e7d 933c 870db4502104School 2013 mengisahkan tentang seorang guru yang bernama Jung In Jae yang perlu menjadi guru kelas sebuah kelas yang pelajarnya terkenal suka membuat onar dan selalu mendapat markah terendah di sekolah.

Drama ini memberikan gambaran bagaimana seorang guru yang baik menghadapi para pelajar dengan watak dan masalah berbeza-beza. Drama ini juga mengajar kepada kita bahawa untuk menghadapi pelajar bermasalah tidak semestinya kita perlu menggunakan kekerasan, tetapi juga boleh menggunakan pendekatan secara lembut.

 

4. Class of Lies

c61f5e1b 4a03 4054 ac0d ac7fb4c928f4Class of Lies menceritakan tentang Ki Moo Hyuk, seorang peguam materialistik yang lesen guamannya bakal ditarik selepas dia memenangi sebuah kes pembunuhan yang melibatkan pelajar dari sekolah elit. Dia menyamar menjadi seorang guru dan nekad mahu mengungkap kebenaran di sebalik kes pembunuhan tersebut untuk memulihkan nama baiknya.

Ha So Hyun, salah seorang guru di sekolah tersebut yang berusaha bermati-matian mencari bukti untuk membuktikan bahawa salah seorang muridnya tidak bersalah dalam kes pembunuhan tersebut. Mereka berdua bekerja sama demi menegakkan keadilan.

 

5. Black Dog

dba84710 d090 4eda a257 fb71c012399dJika drama-drama sebelum ini fokus pada masalah pelajar, Kdrama ini mengangkat jalan cerita yang sedikit berbeza. Kdrama Black Dog akan menonjolkan kehidupan dari kacamata seorang guru, terutamanya guru ganti. Drama ini juga memperlihatkan bagaimana seorang guru yang berusaha mengkritik sistem pendidikan di tempat mereka bekerja.

Kdrama Black Dog mengisahkan tentang Go Ha Neul, seorang wanita yang terpilih menjadi guru ganti di sebuah sekolah swasta. Walau sebagai guru ganti, Go Ha Neul berusaha untuk memperjuangkan impian anak didiknya. Bersama dengan tiga orang rakannya di jabatan kaunseling kerjaya, Go Ha Neul berjuang untuk menghantar anak didik mereka ke kampus ternama.

Demikian Kdrama yang perlu anda tonton jika anda suka kisah liku-liku dalam dunia pendidikan, Kdrama ini boleh dijadikan sebagai gambaran mengenai kehidupan di sekolah. Ada banyak hikmah dan kejadian yang boleh dipelajari dari kelima-lima Kdrama tersebut.

Baca lagi: 6 Kdrama Bawa Tema Pertandingan dan Permainan, Genre Romantik Hingga Thriller
Baca juga: Dalam Kelas Tersendiri, 5 Kdrama Ini Mendapat Tambahan Episod Kerana Meraih Populariti Tidak Terhingga