Terdapat beberapa buah kdrama siri ongoing yang jarang mendapat perhatian orang ramai. Kurang mendapat sorotan, tetapi drama sirinya sangat bagus. Kelima-lima kdrama siri ini dianggap sebagai drama siri yang underrated. Walaupun begitu, perkembangan plot setiap cerita sangat menarik dan membuatkan drama siri ini tetap berbaloi untuk ditonton!
Berikut merupakan 5 senarai siri Kdrama yang dikategorikan underrated tetapi sangat menarik:
1. Divorce Attorney Shin (2023)
Divorce Attorney Shin (2023) merupakan drama siri yang berkisar tentang kisah seorang peguam yang pakar dalam urusan penceraian iaitu Shin Sung Han (Choo Seung Woo). Menonjolkan jalan cerita dan plot yang menarik, drama siri ini memang sangat berbaloi untuk ditonton.
Melalui kes penceraian yang ditangani oleh Shin Sung Han, para penonton turut diajak untuk meneliti dan berfikir tentang realiti perkahwinan yang mempunyai banyak masalah. Ironinya, tidak semua pasangan dapat menyelesaikan konflik dengan cara yang baik. Beberapa kes terpaksa berakhir dengan perpisahan dan juga penceraian.
Baca Lagi: 5 Fakta Menarik Mengenai Cha Eun Woo
2. Call It Love (2023)
Drama siri ini khas untuk pencinta-pencinta melodrama, Call It Love wajib ditonton dan disimpan ke dalam senarai tontonan. Drama siri ini mengisahkan tentang kehidupan Sim Woo Joo (Lee Sung Kyung) yang penuh dengan konflik.
Sementara itu, dia memiliki niat untuk membalas dendam terhadap ibu tiri yang telah merebut rumah peninggalan ayahnya. Namun siapa yang menyangka, Sim Woo Joo pula menaruh hati kepada anak lelaki ibu tirinya iaitu Han Dong Jin (Kim Young Kwang).
3. Oasis (2023)
Berlatarkan kehidupan pada masa pergolakan negara pada tahun 1980-an, Oasis terasa sangat berbeza dari drama siri yang lain. Setiap karakter juga dituntut untuk memperjuangkan impian, persahabatan, dan kehidupan dalam situasi yang sangat sukar.
Mereka adalah Lee Du Hak (Jang Dong Yoon), Oh Jung Shin (Seol In Ah), dan Choi Cheol Woong (Choo Yeong Woo). Ketiga-tiganya memiliki hubungan persahabatan yang sangat rapat sejak zaman sekolah lagi. Namun, mereka terpaksa dipisahkan kerana masing-masing adalah dari peringkat sosial yang sangat berbeza.
4. Delivery Man (2023)
Delivery Man yang ditayangkan di ENA TV dan Viu Malaysia ini menjadi salah sebuah drama siri ongoing yang membawa genre fantasi. Drama siri ini menampilkan ramai pelakon muda berbakat, seperti Yoon Chang Young, Bang Min Ah, dan Kim Min Suk.
Delivery Man merupakan drama siri yang mengisahkan tentang kehidupan pemandu teksi yang menolong para hantu dalam kehidupan sehariannya. Pemandu teksi tersebut ialah Seo Young Min (Yoon Chang Young). Jejaka itu dibantu oleh hantu yang lupa ingatan. Kolaborasi keduanya telah banyak membantu menyelesaikan kes dengan baik.
5. Pandora: Beneath the Paradise (2023)
Gandingan antara Lee Ji Ah dan Lee Sang Yoon sangat menjadi dan berjaya dalam drama siri Pandora: Beneath the Paradise. Kedua-duanya membawa watak sebagai sepasang suami isteri yang perlu melalui kejadian-kejadian luar biasa dalam hidupnya.
Demi menjaga keselamatan keluarga, Pyo Jae Hyun (Lee Sang Yoon) perlu terjun ke kancah politik. Terdapat misteri yang belum lagi terjawab dan membuatkan drama siri ini dipenuhi dengan tanda tanya.
Walaupun drama siri ini kurang dibincangkan, kelima-lima drama siri ini tetap menarik untuk anda ikuti. Jangan terlepas peluang untuk menyaksikannya!
Baca Juga: Bintang ‘Squid Game’ Lee Yoo Mi Membintangi Sekuel ‘Strong Woman Do Bong Soon’