Home Disney+ 5 Kejutan Luar Jangka yang Ditampilkan dalam No Way Out: The Roulette...

5 Kejutan Luar Jangka yang Ditampilkan dalam No Way Out: The Roulette Episod 3-4, Makin Menarik

0

Drama thriller misteri jenayah No Way Out: The Roulette telah pun memasuki 4 episod akhir dan peminat boleh strim episod baru (5 & 6) di Disney+.

Kembali fokos kepada plot drama ini, permainan roulette berjaya mengganggu ketenangan hidup penduduk bandar Hosan. Sebahagian besar individu mula obses memburu Kim Guk Ho (Yoo Jae Myung) kerana tergoda dengan hadiah yang ditawarkan. Demonstrasi menentang Kim Guk Ho juga terjadi di semua pelusuk bandar Hosan.

Kini situasi bandar Hosan sedang huru hara, ternyata ada beberapa pihak yang ingin mengambil kesempatan atas keadaan ini. Beberapa orang ahli politik turut campur tangan dalam kes ini membuatkan situasi makin rumit dan sukar untuk dikawal.

Tampilnya watak ahli politik menjadi salah satu dari beberapa kejutan yang terjadi pada episod 3-4. Sangat mengejutkan! Mari kita lihat rekap di episod sebelumnya No Way Out: The Roulette dibawah ini!

1. Baek Joong Sik dirakam dalam rakaman CCTV

The roulette

Baek Joong Sik (Cho Jin Wook) mendapat ancaman dari Yoon Chang Jae (Lee Kwang Soo). Ancaman tersebut berupa rakaman CCTV semasa Baek Joong Sik mengambil wang dari kediaman Leem Ji Hong (Hyun Bong Sik).

Jika Baek Joong Sik tidak mengembalikan wang tersebut, maka Yoon Chang Jae mengancam akan menyebarkan rakaman tersebut pada pihak media dan polis. Baek Joong Sik hanya mempunyai masa selama 48 jam untuk mengembalikan wang sebanyak satu billion won tersebut pada Yoon Chang Jae.

 

2. Berlaku letupan kuat di halaman rumah Kim Guk Ho

No way out

Sosok lelaki misteri mengumpul bom yang hendak diletupkan di rumah Kim Guk Ho. Lelaki tersebut menghantar bom tersebut melalui perkhidmatan penghantaran barang. Bungkusan yang mengandungi bom tersebut pernah menjadi bahan perdebatan antara peguam dan pihak polis. Oleh sebab tidak mahu keadaan menjadi lebih teruk, akhirnya Baek Joong Sik membawa bungkusan tersebut ke dalam kereta.

Pada waktu yang sama, lelaki misteri tersebut merasa kecewa kerana bom tersebut tidak meletup padahal dia telah menekan butang pemicu bom. Oleh kerana sudah berputus asa, lelaki tersebut menggunakan cara lain untuk menyerang Kim Guk Ho. Dia mengeluarkan botol kimia berbahaya.
Semasa lelaki tersebut menceroboh kawasan halangan polis, dia menginjak butang pemicu bom. Lalu, berlaku letupan kuat dari arah kereta. Letupan ini mengakibatkan seorang polis cedera parah. Namun, Kim Guk Ho selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

3. Kubu lelaki bertopeng dekat dengan balai polis

071aa424 f693 42bd 80e7 aeeef02bb984Polis berjaya mencari lokasi lelaki bertopeng. Selama ini dia sebenarnya beroperasi di bangunan yang terletak dekat dengan balai polis. Namun, semasa polis tiba di biliknya, lelaki bertopeng itu telah melarikan diri terlebih dahulu. Polis menemui meja permainan roulette serta alat-alat yang digunakan untuk live streaming dan juga topeng.

 

4. Perubahan peraturan permainan rolet

ad884ee9 350d 44f8 ad4f 42565079e3cd 1

Letupan yang terjadi di halaman rumah Kim Guk Ho ternyata membuatkan lelaki bertopeng naik marah. Sebabnya letupan tersebut mencederakan beberapa orang warga setempat. Disebabkan kejadian ini, lelaki bertopeng membuat peraturan baru. Peserta yang mencederakan orang awam akan terus hilang kelayakan dan tidak boleh menyertai permainan roulette.

 

5. Ahn Myeong Ja diperas Kim Guk Ho

9dc58a23 982e 4e95 ae4c 1b3d63a512d9

Ahn Myeong Ja (Yum Jung Ah) merupakan ahli politik yang sanggup melakukan segalanya untuk memenangi suara masyarakat. Sebagai seorang datuk bandar yang perlu menjamin keselamatan warga penduduk, dia berjanji akan memindahkan Kim Guk Ho dari bandar Hosan.

Ahn Myeong Ja memberi rasuah kepada Kim Guk Ho dan peguamnya dengan wang sebanyak satu billion won. Namun Kim Guk Ho tidak berpuas hati dengan jumlah tersebut. Dia menaikan jumlah wang menjadi 10 billion won. Jika dia mendapat wang dengan jumlah tersebut, Kim Guk Ho dengan senang hati meninggalkan bandar Hosan.

No Way Out: The Roulette ternyata bukan hanya fokus pada permainan roulette semata-mata. Drama ini juga menampilkan kisah politik kotor yang terjadi di bandar Hosan. Munculnya ahli politik yang mengambil kesempatan atas situasi ini membuatkan drama ini menjadi lebih menarik dan lebih intens untuk ditonton.

Saksikan episod seterusnya No Way Out: The Roulette pada 14 Ogos (5 & 6) dan 2 episod akhir pada 21 Ogos!

Baca lagi: Transformasi Dramatik Lee Kwang Soo dalam Dunia Gelap Pembunuhan Kontrak “No Way Out: The Roulette”
Baca juga: Drama thriller misteri terbaru “No Way Out: The Roulette”, Lee Kwang Soo Bawa Watak Serius Sebagai Penyembelih
Baca lagi: Tayangan Perdana No Way Out: The Roulette Penuh Ketegangan, Lelaki Bertopeng Tinggalkan Banyak Persoalan