Home Artis Korea 5 Kpop Idol Terlampau Kurus Demi Memenuhi Standard Kecantikan?

5 Kpop Idol Terlampau Kurus Demi Memenuhi Standard Kecantikan?

0

Kpop Idol Rose BLACKPINK menjadi sorotan sewaktu tampil di konsert BORN PINK di Paris pada 15 Julai 2023 lalu. Si cantik ini itu mencuri perhatian dan menjadi bualan hangat kerana tubuhnya yang kelihatan terlalu kurus!

Selama ini dunia KPop memang cukup ketat tentang standard kecantikan untuk para bintang Kpop idol, terutamanya idol wanita. Tubuh kurus langsing menjadi salah satu ukuran sebuah penampilan menarik bagi mereka.

Namun, demi mendapat badan yang ramping, beberapa orang KPop idol berikut nampaknya seperti menyeksa diri kerana kelihatan terlalu kurus dan membuatkan peminat setia mereka bimbang. Jom kita lihat siapakah mereka:

1. Rose BLACKPINK

Kpop idol

Foto Rosé, yang jelas menampakkan tulang-tulang rusuknya di konsert encore BORN PINK Paris tersebut membuatkan para peminat merasa bimbang. Selain itu, lengan dan kaki pelantun “On The Ground” itu juga tampak begitu kecil untuk seorang wanita dewasa seusianya.

Baik peminat Korea mahupun antarabangsa meluahkan kebimbangan mereka tentang kesihatan Rosé. Mereka mengatakan bahawa penyanyi tersebut kelihatan kurang sihat dan boleh saja tumbang bila-bila masa kerana terlampau kurus. Rosé memang dikenali sebagai salah seorang artis Kpop Idol yang paling kurus dengan tinggi 168 cm dan berat badan 44 kg sahaja.

2. Yuna ITZY

8fabdd76 d12d 4b5f 89aa c88ed93f2087Yuna pernah membuat MIDZY iaitu kumpulan peminat ITZY merasa bimbang kerana tubuh badannya yang kelihatan sangat kurus. Memakai crop top dan memperlihatkan tulang rusuknya, Yuna mencuri perhatian kerana nampak jelas bentuk tulang rusuknya saat menari lagu “Twenty”.

Lagi pula Yuna diketahui selalu melakukan diet untuk menjaga berat badannya. Para peminat bimbang tentang kesihatannya dan meminta pelantun “Sneakers” itu membetulkan kembali diet pemakanannya.

3. Lisa BLACKPINK

f3a59766 616a 481c 8fda d4df5ea05d53Lisa memang dikenali sebagai salah seorang Kpop idol dengan kebolehan menari yang cukup terbaik. Namun, dalam beberapa penampilannya, Lisa kerap menunjukkan tulang perutnya yang begitu jelas sewaktu menari. Perkara ini membuatkan para peminat setia bimbang kerana tubuhnya yang terlalu kurus.

Idol kelahiran 27 Mac 1997 pernah menyatakan bahawa dia tidak diet namun tubuhnya memang agak sukar untuk gemuk meskipun telah makan banyak.

4. Wonyoung IVE

94d11253 197c 4f51 8dc2 dcd916fb453eWonyoung IVE selalu menjadi sasaran untuk komen berunsur kebencian, bermula dari penampilan hinggalah bentuk tubuhnya. Pelantun “Love Dive” ini memang sering kelihatan sangat kurus, baik di pentas mahupun sewaktu di lapangan terbang.

Dalam salah satu persembahannya, peminat menyoroti bagaimana tulang rusuk Wonyoung kelihatan jelas sewaktu sedang menari lagu “After Like”. Perkara ini membuatkan peminat bimbang akan kesihatannya.

5. Winter aespa

b2c70d39 02eb 4570 b717 91ead08519f9Baru-baru ini, peminat Kpop juga menunjukkan kebimbangan mereka kepada Winter aespa yang nampak sangat kurus sewaktu sedang mempromosikan mini album My World. Pada penampilannya di Mnet MCountdown, tulang rusuk Winter menjadi sorotan sewaktu menarikan lagu “Spicy”.

Tentunya, fakta tersebut mencipta kebimbangan besar bagi MY iaitu kumpulan peminat aespa. Lagi pula Winter pernah tidak muncul di konsert Jepun kerana keadaan fizikalnya yang kurang baik. Semoga Winter sihat-sihat selalu ya!

Standard kecantikan yang cukup tinggi membuatkan para bintang Kpop idol wanita dan selebriti Korea Selatan dituntut untuk tampil dengan sempurna. Tidak hairanlah jika terdapat beberapa orang di antara mereka sanggup berkorban apa sahaja untuk kekal kelihatan kurus dan langsing. Kadang kala mereka mengabaikan kesihatan mereka sendiri demi memenuhi standard kecantikan tersebut.

Baca lagi: 12 Kpop Idol Diterpa Skandal Percintaan 2023
Baca juga: 9 lagu Kpop tentang ketakutan akan perpisahan, boleh relate?
Berita terbaharu: Filem Thriller “Target”, Dibintangi Shin Hye Sun dan Kang Tae Oh Tayang 30 Ogos Ini