Home Travel 5 Lokasi Penggambaran ‘Hometown Cha-Cha-Cha’

5 Lokasi Penggambaran ‘Hometown Cha-Cha-Cha’

0

Cerita ‘Hometown Cha-Cha-Cha’ berlatarkan sebuah perkampungan nelayan di pesisir pantai dikenali sebagai Gongjin.

Drama Korea ini mengisahkan seorang doktor gigi lawa yang berpindah ke pekan kecil itu dan bertemu seorang lelaki serba boleh, ringan tulang dan kerja macam-macam termasuk nelayan, tukang paip dan agen hartanah.

Nama kampung Gongjin itu mungkin rekaan semata-mata namun lokasi sebenar desa tepi laut itu terletak di Pohang, wilayah Gyeongsang, Korea Selatan. Jaraknya sekitar 273 km dari Seoul, ibu kota Korea Selatan.

@lina.byoui

visiting gongjin (pohang) for our chief hong 😮‍💨 #hometownchachacha #kdramalover #추천 #fyp #koreandrama #netflix #pohang #koreatravel #갯마을차차차

♬ Romantic Sunday – Car the garden

Berikut lokasi penggambaran ‘Hometown Cha Cha Cha’ yang tak kalah cantik dan menarik:

1. Pantai Wolpo

Di sinilah tempatnya di mana Yoon Hye-jin hilang sepatu tumit tinggi mahalnya dan pertama kali jumpa Hong Du-sik, hero cerita Hometown Cha Cha Cha.

2. Klinik Gigi Hye-Jin

Bangunan pejabat dan klinik pergigian Yoon Hye-jin yang terletak di 429 Cheongjin-ri ini sebenarnya pusat komuniti penduduk setempat dan ada unit untuk selaman skuba. Namun, untuk tujuan penggambaran, beberapa bahagian klinik diubah suai sedikit dengan dekorasi warna merah jambu.

3. Kapal Di Atas Bukit

Dalam drama ini, Hong Du-sik atau Hong Banjang memiliki kapal di atas bukit. Lokasi kapal itu terletak di Sabang Memorial Park yang merupakan destinasi pelancongan utama di sana.

4. Coffee in The Daytime & Beer in The Moonlight

Dalam drama, kafe & pub dengan nama unik ini dikendalikan oleh Oh Cheon-jae, seorang bekas penyanyi era 90-an sambil membesarkan anak gadisnya yang merupakan peminat K-pop.

Bila tengok hiasan luarannya yang cantik dalam drama, mesti tak sangka kan rupanya dalaman bangunan ni sebenarnya kilang hardware?

5. Rumah Api Merah

Rumah api merah ikonik di benteng pemecah ombak ini kini jadi tarikan pelancong ke Pohang kerana menjadi latar romantis untuk beberapa adegan utama dalam drama tersebut.

Selain itu, ada satu lokasi ikonik iaitu rumah Hye-jin namun pihak produksi pernah merayu supaya pengunjung berhenti melawat ke rumah tersebut sebab privasi tuan rumahnya yang sebenar tidak terganggu.

Tim Produksi Rayu Penonton Berhenti Serbu Rumah ‘Hometown Cha-Cha-Cha’

Sumber: [1],[2]

Kredit gambar utama: windowseat.ph