Home Artis Korea 5 Pasangan Artis Korea Ini Dituduh Melakukan Hubungan Sejenis

5 Pasangan Artis Korea Ini Dituduh Melakukan Hubungan Sejenis

0

Hubungan asmara antara pasangan artis Korea sama jenis masih lagi dianggap sebagai perkara yang buruk oleh netizen Korea Selatan

Ramai pasangan artis korea yang dihujani kritikan sewaktu dituduh menjalin hubungan seperti itu oleh media dan orang ramai, tanpa mencari tahu kebenarannya terlebih dahulu.

Kritikan dan kecaman tanpa usul periksa ini sudah dihadapi oleh beberapa pasangan artis Korea berikut ini. Mereka terpaksa menjelaskan situasi tentang salah faham orang ramai kerana gosip yang tersebar luas dengan cepat.

Jom sama-sama kita lihat senarai pasangan artis Korea yang pernah dituduh melakukan hubungan sejenis:

1. Leo VIXX dan Xiumin Exo

03c60f0b 3f64 4061 af6b 66014a7b0187

Pada tahun 2021, Leo menghebohkan suasana apabila dia menulis caption “I love you,” sewaktu berkongsi gambar mesranya dengan Xiumin. Perkara itu membuatkan ramai orang beranggapan bahawa mereka sedang menjalin hubungan romantik sejenis.

Leo menyangkal tuduhan tersebut dan menjelaskan salah faham tersebut melalui siaran langsung di V Live. Menurut kenyataan Leo, Xiumin merupakan salah seorang kawan baik baginya. Sewaktu mengambil gambar itu, mereka memang sedang menikmati wine bersama-sama.

Tambahan pula Xiumin juga sudah mengetahui kata laluan rumah kediaman Leo. Mereka memang suka bergambar dengan rapat dan mesra, jadi khabar angin yang menyatakan mereka adalah pasangan gay itu tidak benar sama sekali.

2. Heechul Super Junior dan Mithra Jin Epik High

Artis korea

Dalam Strong Heart pada tahun 2010, Heechul mengaku mengetahui bahawa sangat banyak khabar angin tidak berasas yang tersebar luas berkaitan orientasi seksualnya. Dia tahu bahawa dia sering dituduh gay kerana penampilannya yang feminin, begitu juga sebelum debutnya.

Dia juga menyedari mengenai gosip yang menuduhnya bercinta dengan Mithra Jin iaitu sahabatnya sendiri. Khabar angin tersebut pernah membuatnya tidak berani untuk bertemu dengan Mithra Jin secara terang-terangan. Mereka selalu bertemu secara diam-diam.

Mithra Jin juga mengakui perkara itu, mengatakan bahawa dia juga berbohong kepada Tablo apabila dia merancang untuk berjumpa dengan Heechul. Dalam program Cultwo Show pada tahun 2013, Heechul mendedahkan bahawa khabar angin itu muncul kerana dia dan Mithra Jin begitu rapat dan selalu berbual melalui panggilan telefon.

Dia menegaskan dalam sebuah program bahawa dia menyukai kaum wanita dan bukannya kaum sejenis yang serupa dengannya. Namun, orang ramai tetap menganggap pengakuannya itu adalah palsu semata-mata dan pasangan artis Korea ini masih dituduh merupakan pasangan sejenis.

3. SinB VIVIZ dan Taeyeon SNSD

150485e5 1175 4765 8683 8aec724b0b80

Pasangan artis Korea seterusnya adalah SinB dan Taeyeon, mereka dikabarkan saling berhubungan istimewa pada tahun 2021. Khabar angin itu tersebar kerana mereka telah berkongsi gambar yang sama di Instagram Stories. SinB menuliskan pernyataan, “saya tidak suka hujan, tetapi saya suka bunyi hujan.” yang menyertai gambar tersebut. Tidak lama kemudian, Taeyeon juga berkongsi gambar yang hampir sama dengan caption, “saya mengerti perasaan anda.”

Taeyeon dianggap membalas perkongsian SinB. Kedua-duanya mula dituduh melakukan lovestagram secara terang-terangan. Selain itu, mereka juga pernah mempunyai sarung telefon pintar yang sama, gaya berpakaian, dan gaya posing yang sama. Berkaitan perkara ini, kedua-dua artis ini tidak ingin menjelaskan apa-apa berkaitan khabar angin tersebut.

SinB dan Taeyeon sama-sama bersikap santai menghadapi gosip aneh itu. SinB mengaku merasa terhormat kerana gosip cinta pertamanya adalah dengan Taeyeon. Katanya dia juga adalah peminat setia vokalis SNSD itu. Reaksi santai tersebut membuatkan ramai orang semakin yakin bahawa mereka tidak benar-benar bercinta.

4. Minho SHINee dan Changmin TVXQ

f021af0a 8d39 41e7 9ca7 080eda0692bf

Pada tahun 2010, Minho dan Changmin dikhabarkan menjalin hubungan cinta oleh media. Seorang wartawan daripada media Jepun mengambil gambar mereka berdua bersama sewaktu menghadiri acara penghormatan Michael Jackson. Minho pada waktu itu berambut panjang, sehinggakan wartawan salah faham dengan menganggapnya sebagai seorang wanita.

Wartawan menyebutnya sebagai skandal percintaan Changmin dan Minho. Changmin sendiri mengetahui tentang berita tersebut, tetapi dia selalu menanganinya dengan santai dan tenang dan hanya menjadikannya sebagai satu gurauan. Walaupun begitu, Changmin dan Minho tetap menjaga persahabatan mereka yang akrab selama bertahun-tahun.

5. Jiho bekas anggota Oh My Girl dan Kim Shin Young

Pasangan artis korea

Pada tahun 2022, saluran YouTube Sojang mendakwa Kim Shin Young dan Jiho bercinta. Dia menyatakan mereka berdua menunjukkan hubungan mereka secara terang-terangan, bermula dengan memakai barang yang sama hingga meraikan Krismas berdua sahaja.

Jiho juga disebut sering bercerita tentang Kim Shin Young di setiap kesempatan yang ada. Selang beberapa hari kemudian, Kim Shin Young menyangkal tuduhan tersebut. Dia tidak percaya bahawa ramai orang mempercayainya, sehingga dia terpaksa membuka mulut.

Pelakon komedi itu berkongsi bahawa dia memang suka memberikan barang kepada orang lain, tidak terkecuali Jiho. Dia juga mengaku bahawa dia memang pernah meminjamkan pakaiannya kepada Jiho.

Namun, khabar angin hubungan asmara mereka tidak benar. Kim Shin Young terluka disebabkan oleh komen orang ramai tentang wajahnya, jadi dia meminta mereka untuk berhenti memberi komen yang menyakitkan.

Dia juga meminta orang ramai untuk berhenti menganggap Jiho tarik diri daripada Oh My Girl kerana hubungan terlarang dengannya. Dia berharap orang ramai memberikan sokongan kepada Jiho yang dianggapnya sebagai adiknya sendiri.

Rupa-rupanya khabar angin hubungan asmara sama jenis tentang pasangan artis Korea Selatan ini tidaklah benar. Pasangan artis Korea ini semua menangani setiap khabar angin dan gosip liar dengan tegas dan ada juga yang mengambil pendekatan santai bersahaja dan menjadikannya sebagai gurauan semata-mata.

Apa pendapat anda? Adakah pasangan artis Korea yang disebutkan diatas benar-benar menjalinkan hubungan sejenis atau hanya khabar angin sahaja?

Baca Lagi: 10 Pelakon Kdrama Terkenal Sepanjang Zaman

Baca Juga: Debut Solo Jungkook BTS Yang Dinantikan