Drama Korea yang ditayangkan pada bulan Februari 2024 kali ini banyak dihiasi dengan wajah-wajah artis baru. Walau kerjaya mereka baru setahun jagung dalam industri, lakonan yang ditampilkan tidak kurang hebatnya juga.
Berikut ini adalah 5 pelakon muka baru yang berjaya mencuri perhatian dalam drama Korea yang ditayangkan pada bulan Februari 2024 ini.
1. Kim Min dalam A Shop for Killers
● Nama: Kim Min(김민)
● Tarikh lahir: 2 Mei 1982
● Agensi: DSP Media
● Instagram: sssminkim
Kim Min memulakan debut dalam dunia lakonan pada tahun 2022 melalui Kdrama Big Bet musim 1 dan 2. Seterusnya, dia kembali dipilih untuk membintangi siri Black Knight (2023) sebagai Joo Gyeong Nam. Projek ketiganya juga agak popular iaitu Song of the Bandits (2023) dengan wataknya sebagai Jin San.
Pada tahun 2024 ini, penampilan Kim Min masih terus mencuri perhatian penonton melalui drama siri A Shop for Killers. Dia menghidupkan watak bernama Pasin yang merupakan bekas tentera upahan. Wataknya juga penting kerana dia yang menjadi rakan dan orang kepercayaan Jeong Jin Man (Lee Dong Wook). Tambahan pula, hubungannya dengan Ji An (Kim Hye Jun) juga menjadi highlight yang sangat dinanti-nanti.
Baca juga: Kim Min Mencuri Perhatian Sebagai Pasin, Penonton Ketagih Dengan Loghatnya
2. Park Jeong Woo dalam A Shop for Killers
● Nama: Park Jeong Woo (박정우)
● Tarikh lahir: 10 Disember 1995
● Agensi: Blade Entertainment
● Instagram: jwp_its_me
Park Jeong Woo memulakan kerjaya sebagai seorang model iklan dan video klip. Seterusnya, dia memberanikan diri untuk berlakon dalam drama The Director Who Buys Me Dinner (2022) sebagai Seol Dong Baek.
Pada tahun ini, Park Jeong Woo kembali menjadi idola bagi penonton-penonton drama Korea dengan wataknya dalam A Shop for Killer. Dia membawa watak sebagai pengasas pusat beli belah senjata yang dinamakan murthehelp. Walau dia tidak mempunyai banyak babak, wataknya membuatkan penonton teruja.
Baca juga: A Shop for Killers, 8 Artis Baru Korea yang Paling Menarik Perhatian Ramai
3. Yoon Sang Hyun dalam Doctor Slump
● Nama: Yoon Sang Hyun (윤상현)
● Tarikh lahir: 8 April 2002
● Agensi: HODU&U Entertainment
● Instagram: hyunyuned
Yoon Sang Hyun memulakan debut lakonan melalui projek drama Under The Queen’s Umbrella (2022). Dia membawa watak sebagai Putera Diraja Muin, Putera ketiga Ratu Im Hwa Ryung, yang dikenali dengan perwatakan gila-gila, bebas dan kekanak-kanakan.
Pada tahun ini, Yoon Sang Hyun kembali tampil di kaca televisyen melalui drama Doctor Slump. Dia menghidupkan watak Nam Ba Da yang merupakan adik kandung Nam Ha Neul (Park Shin Hye) iaitu watak utama. Watak tersebut adalah penganggur yang menjadi beban keluarga. Bakat lakonan Yoon Sang Hyun boleh dikatakan sangat baik kerana ramai penonton terkesan melihat setiap babak yang dilakonkannya.
Baca juga: 7 Filem Komedi Korea yang Membariskan Pelakon Terkenal, Penuh Lawak Jenaka
4. Hong Ye Ji dalam Love Song for Illusion
● Nama: Hong Ye Ji (홍예지)
● Tarikh lahir: 31 Januari 2002
● Agensi: Big whale Entertainment
● Instagram: red._.yeji_
Hong Ye Ji memulakan debut lakonan dengan membintangi filem On My Way Home (2022) sebagai Jung Yoon Young. Kerana lakonannya dalam filem tersebut, dia diberi kepercayaan sebagai pelakon utama untuk drama Love Song for Illusion. Hong Ye Ji juga membawa watak berganda sebagai Gyera dan Yeon Wol yang merupakan pakar main pedang. Hong Ye Ji yang bergandingan dengan Park Ji Hoon mampu mengimbangi kehebatan lakonan pelakon senior. Kedua-dua pelakon ini tidak nampak janggal dan kekok dalam drama ini.
Baca juga: Walau Bawa Watak Perempuan Jahat, 5 Pelakon Korea ini Tampil Menawan dalam Kdrama Popular
5. Kang Jee Seok dalam A Killer Paradox
● Nama: Kang Jee Seok (강지석)
● Tarikh lahir: 2008
● Agensi: –
● Instagram: jeeseok_fm_
Kang Jee Seok selalu membawa watak versi muda untuk watak-watak popular dalam Kdrama. Contohnya ketika dia memulakan debut dalam Prison Playbook (2017) sebagai Kim Je Hyeok muda. Dia juga tampil sebagai Park Chan Young muda dalam The King of Pigs (2022).
Pada tahun ini, Kang Jee Seok juga mencuri perhatian melalui penampilannya sebagai Jang Nam Gang muda dalam drama Korea Netflix A Killer Paradox. Menariknya, ramai penonton yang menganggapnya sangat mirip dengan pelakon yang membawa watak Jang Nam Gang dewasa iaitu Son Suk Ku.
Persembahan kualiti lakonan yang sangat baik dan berkesan yang ditampilkan oleh pelakon-pelakon baru ini dalam Kdrama menyebabkan ramai penonton dan peminat Kdrama yang menantikan projek-projek terbaru mereka di masa akan datang. Semoga terus maju jaya!