Home Entertainment 5 Pelakon Korea Yang Berkahwin Dengan Suami Kaya Raya

5 Pelakon Korea Yang Berkahwin Dengan Suami Kaya Raya

0

Mempunyai wajah yang rupawan, lakonan yang mantap dan pesona menawan menyebabkan ramai peminat menyanjung dan menyukai para selebriti Korea Selatan.

Mereka juga menerima bayaran yang lumayan dari setiap drama yang dilakonkan. Sudah lah cantik, kaya pula! Mereka menjadi kegilaan ramai peminat di seluruh dunia.

Beberapa orang artis terkenal korea Selatan bertemu jodoh dengan lelaki-lelaki yang sangat kaya raya dan mereka hidup bagaikan puteri raja! Jom kita lihat senarai artis-artis ini seperti di bawah:

1. Jun Ji Hyun

9a0883ef 2c36 48ff b49b 9f27bdf75d51Pelakon kelas atasan Korea Selatan yang banyak membintangi drama Korea terkenal seperti The legend of The Blue Sea, My Love from The Star, Jirisan hingga My Sassy Girl iaitu Jun Ji hyun. Pada tahun 2012 pelakon wanita Jun Ji hyun berkahwin dengan Choi Joon hyuk, yang dikenali sejak di bangku persekolahan lagi.

Suaminya berasal dari keluarga yang kaya raya, nenek suaminya iaitu Lee Young hee adalah seorang pereka hanbok yang sangat terkenal dan datuknya pula menjalankan perniagaan baja. Setelah bekerja untuk Bank of America, dia bergabung dengan perniagaan keluarganya dan dilantik menjadi CEO dan kemudian menjadi pemegang saham terbesar Aset Alpha pada tahun 2020.

2. Han Chae Young

9148fb51 c646 4c12 966c 7e900f3d7b46Sering digelar “ Barbie Korea”, Han Chae-young menjadi popular setelah berlakon dalam drama siri tahun 2005 iaitu Delightful Girl Chun-hyang. Pada tahun 2007 Han Chae-young mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan berketurunan Korea-Amerika iaitu Choi Dong-joon yang berasal dari keluarga yang sangat kaya raya.

Choi dikenali oleh netizen Korea sebagai wakil presiden Medcare Korea dan CEO perniagaan teknologi HBK. Sama seperti Jun dan suaminya, pasangan itu telah saling mengenali sebelum Han Chae Young membuat debut lakonan pada tahun 2000, bertemu pada tahun 1998, ketika mereka berdua berada di AS, menurut agensinya.

Lamaran perkahwinan mewah Choi Dong Joon juga menjadi berita utama apabila dia menghabiskan sejumlah 7 juta won Korea Selatan (hampir US$6 juta), memberinya cincin berlian lima karat dan kereta sport mewah. Setelah selesai majlis perkahwinan mewah, pasangan itu pindah ke rumah kelamin seluas 5000 kaki persegi di Cheongdam-dong.

Baca Lagi: Rose BLACKPINK Dituduh Menggunakan Dadah

3. Lee Si young

096b2d09 22a0 41c0 825c 89ecf6f82e69Seterusnya adalah seorang pelakon wanita yang juga merupakan seorang model dan penyanyi Korea Selatan iaitu Lee Si-young. Lee Si Young meraih populariti sewaktu dia membawa watak sebagai Oh Min-in dalam siri terkenal korea Boys Over Flowers. Selain itu Lee Si-young adalah pelakon wanita yang sangat popular di media sosial TikTok di mana dirinya mempunyai ebih dari 10 juta pengikut.

Lee Si-young mendirikan rumah tangga dengan Cho Seung-hyun yang merupakan pemilik francais restoran yang sangat berjaya. Cho Seung -hyun membangunkan perniagaannya dari kosong sejak berusia 20-an dan menghasilkan pendapatan penjualan tahunan sekitar 2,5 juta won Korea (sekitar US$2,13 juta) pada tahun 2021, menurut Chosun Ilbo. Perniagaan F&B-nya meliputi rooftop bar di Cheongdam-dong, restoran BBQ Korea, dan lain-lain lagi. Pasangan ini berkahwin pada tahun 2017 dan waktu Lee Si Young sedang hamil 14 minggu.

4. Shin Joo Ah

cd667bc5 ca17 410b b28c bc661a79a89aShin Joo-ah memulakan debut TV pada tahun 2004, kemudian selebriti ini menarik perhatian media ketika dia mendirikan rumah tangga dengan taikun China-Thailand generasi kedua pada tahun 2014. Shin Joo-ah bertemu suaminya Sarawut Rachanakul yang merupakan ahli perniagaan berjaya melalui seorang rakan sewaktu dia sedang bercuti.

Dengan perniagaan keluarga suaminya yang sangat berjaya iaitu JBP International Paint. Shin Joo Ah sekarang tinggal di Thailand dan sering berkongsi gaya hidup mewah dan rumah besar keluarganya di media sosialnya. Siri filem yang pernah dilakonkan oleh Shin Joo-ah adalah Girls tahun 2014, Wet Dreams 2, Welcome Rain to My Life, Kiss and the City hingga yang terbaru Kill Heel pada tahun 2022 yang lalu.

5. Claudia Kim

d43a064c 4458 4197 906b c2e8b0c860a7Kim Soo Hyun yang juga dikenali sebagai Claudia Kim, menjadi terkenal setelah berlakon di Hollywood dalam Avengers: Age of Ultron dan Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald. Sebelum sampai ke tahap tersebut Claudia Kim memulakan debut lakonan sewaktu membintangi drama siri TV Korea Queen of the Game pada tahun 2006. Claudia Kim pernah membintangi filem terkenal lainnya seperti Fantastic Beasts : The Crimes of Grindewald pada tahun 2018 di mana filem ini juga dibintangi oleh pelakon terkenal Hollywood iaitu Johnny Depp.

Claudia Kim berkahwin dengan seorang ahli perniagaan berketurunan Korea-Amerika iaitu Cha Min-geun (juga dikenali sebagai Matthew Shampine) yang dahulunya adalah pengurus WeWork Korea. Pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka di Shilla Hotel, yang dikenali sebagai salah satu tempat perkahwinan termahal di Korea Selatan.

Tentu pasangan yang dimiliki oleh selebriti Korea selatan di atas telah membuat ramai kaum hawa merasa iri hati. Bukan hanya memiliki wajah yang cantik, pendapatan lumayan serta ramai peminat, para pelakon ini juga dikurniakan pasangan yang kaya raya. Moga terus bahagia hendaknya!

Baca Juga: 5 Pelakon Korea Yang Menolak Adegan Ranjang