Home Entertainment 5 Pelakon Korea Yang Menolak Adegan Ranjang

5 Pelakon Korea Yang Menolak Adegan Ranjang

0

Setiap pelakon Korea Selatan dituntut untuk selalu profesional dan memberikan persembahan terbaik. Demi kerjaya, mereka sanggup melakukan adegan ranjang dan tanpa seurat benang demi mencipta visual yang sempurna untuk drama maupun filem lakonan mereka.

Namun, terdapat juga beberapa orang pelakon yang mempunyai prinsip berbeza sepanjang karier mereka. Contohnya beberapa orang artis Korea berikut ini yang menolak untuk melakukan adegan ranjang dan tidak mengenakan sebaramg busana dalam setiap projek lakonan mereka.

Mereka mengaku tidak selesa melakukan adegan ranjang dan ada juga yang mahu menjaga perasaan pasangan mereka. Jom sama-sama kita lihat siapakah gerangan artis tersebut:

1. Yeonji

d2c0b55a ff54 4adc 9f8c 022334f2874aYeonji mendedahkan di sebuah komuniti online pada Februari lalu bahawa pengarah memintanya untuk melakukan adegan tanpa seurat benang sewaktu penggambaran drama siri Hit The Spot (2022). Pada awalnya, dia meminta agar boleh tampil mengenakan pakaian dalam,tetap pengarah secara tiba-tiba memintanya untuk menanggalkan semua pakaiannya.

Pengarah mengugut akan menggantikan Yeonji dengan pelakon wanita lain jika dia enggan melakukan adegan tersebut. Yeonji bimbang jika pada masa akan datang dia hanya akan ditawarkan watak seperti itu jika terus berlakon adegan ranjang tanpa sebarang pakaian. Yeonji mahu melakonkan karakter yang bermacam jenis dan bukannya karakter yang tahu melakukan adegan ranjang sahaja.

Pasukan produksi menjelaskan bahawa semuanya adalah salah faham. Yeonji juga tidak bermaksud untuk menyindir pasukan produksi dan melakukannya tanpa paksaan. Yeonji juga sudah memadam tulisannya, tetapi masih terdapat netizen yang menganggap pelakon wanita itu memang tidak selesa dengan adegan tersebut.

Baca Lagi: 5 Pelakon Korea Yang Pernah Bersikap Biadap Dengan Pelakon Lain

2. Cha Seung Won

51d773e8 a6b0 4438 891c ee740c392738Dalam sebuah wawancara dengan Hankyorae pada tahun 2014, Cha Seung Won mengaku telah menolak untuk melakukan adegan ranjang. Dia juga mendedahkan bahawa dia jarang tidak mengenakan pakaiannya sewaktu proses penggambaran.

Pelakon serba boleh tersebut tidak mahu menerima adegan ranjang kerana dia sudah mendirikan rumah tangga. Dia juga sebenarnya merasa tidak selesa dengan adegan bercium. Nampaknya perkahwinannya sangat mempengaruhi keputusannya dalam berlakon.

3. Heo Sung Tae

f15fc12b 5ad7 4d05 9cfd 03f4c3c8b27cDalam program radio Love FM pada tahun 2016, Heo Sung Tae pernah menyatakan bahawa dia enggan melakukan adegan ranjang. Sebab utama dia menolak adegan tersebut adalah kerana isterinya melarang dia melakukan perkara itu. Dia hanya boleh menerima adegan tanpa sebarang pakaian sahaja. Dia juga mengaku tetap enggan melakukan adegan ranjang walau ditawarkan jumlah bayaran yang besar.

Walaupun begitu, orang ramai dikejutkan dengan adegan hubungan seksualnya dalam siri Squid Game (2021) sewaktu membawa watak sebagai Duk Soo. Ramai netizen yang mengejek pelakon itu dengan menyatakan bahawa dia mungkin akan dilarang pulang ke rumah oleh isterinya. Walaupun begitu, ada kemungkinan bahawa dia sudah mendapat persetujuan daripada isterinya sebelum melakukan adegan tersebut.

4. Cha Tae Hyun

43395942 b1c6 421d 98ac 5c5d7f1a8f16Dipetik dari portal Kbizoom, Cha Tae Hyun telah berjanji kepada isterinya untuk tidak menerima sebarang adegan hubungan seksual sewaktu berlakon. Dia percaya bahawa janji itu adalah salah satu caranya untuk menunjukkan rasa cinta dan juga menjaga perasaan isterinya.

Cha Tae Hyun memang dikenali sebagai pelakon yang sangat setia dan sangat mencintai isterinya yang juga merupakan cinta pertamanya. Hubungan kedua-dua suami isteri itu yang kekal bahagia hingga ke hari ini membuatkan para peminat kagum!

5. Park Bo Young

55dae549 0848 4868 8047 82902f2d14e7Memetik dari sumber portal Kbizoom, Park Bo Young mengaku tidak mempunyai keyakinan diri untuk melakukan adegan tanpa sebarang busana. Dia juga berfikir bahawa orang ramai tidak benar-benar kisah tentang tubuh badannya. Park Bo Young ingin mencuba genre dan juga watak yang berbeza-baza, tetapi adegan tanpa seurat benang tidak termasuk dalam senarai keinginannya. Dia turut merasa tidak akan selesa jika perlu melakukan adegan tanpa sebarang pakaian.

Mempunyai prinsip berbeza dalam berkarier bukanlah perkara yang buruk. Setiap artis Korea yang tersenarai di atas berhak menerima projek filem dan drama yang membuat mereka selesa sewaktu menjalani proses penggambaran. Mereka tentu akan mempertimbangkan setiap adegan yang perlu dilakonkan, sebelum membuat sebarang keputusan.

Baca Juga: 17 Drama dan Filem Shin Hyun Soo, Leftenan Lee dari “Duty After School”