5 pelakon korea ini yang perlu menunggu lama untuk mengecapi populariti, siapakah mereka? Jom intai!
Industri hiburan Korea Selatan menjadi semakin menarik untuk diikuti kerana perjalanan kemunculan para pelakon pelakon yang mungkin sebelum ini kita tidak pernah ambil tahu pun, tetapi rupa-rupanya wajah mereka telah banyak kali menghiburkan kita selama ini.
Persaingan dalam industri yang ketat menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pasang surut dalam kerjaya mereka.
Tidak semua pelakon Korea Selatan mendapat perhatian orang ramai walaupun telah berlakon sudah cukup lama.
Berikut ini merupakan 5 orang pelakon lelaki Korea Selatan yang akhirnya popular di mata para peminat seluruh dunia setelah membintangi drama siri yang meletup dan trending serta menjadi viral, sekaligus berjaya mengangkat nama para pelakon Korea ini.
1. Um Ki-Joon
Pelakon Korea yang dilahirkan pada 1976 ini memulakan karier pada tahun 2006 dengan muncul di dalam drama KBS Who Loved Her? Sebelum itu pelakon ini merupakan seorang pelakon muzikal dan kini telah membintangi banyak filem dan drama siri Korea Selatan.
Um Ki-Joon baru sahaja menarik perhatian ramai peminat selepas membintangi drama siri Penthouse yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2020.
Sebelum itu dia juga pernah muncul dalam beberapa drama siri popular seperti Dream High, I’m Not A Robot, Scent of a Woman, dan Heart Surgeon. Namun daripada berbagai-bagai drama siri yang dilakoninya, drama siri Penthouse yang benar-benar telah menaikkan namanya.
2. Kim Byung-Chul
Kim Byung-chul kini adalah antara pelakon Korea lelaki paling popular Korea Selatan pada tahun 2023. Pelakon ini mendapat perhatian seluruh dunia setelah membintangi drama JTBC iaitu Doctor Cha. Sebelum ini dia juga turut berlakon dalam drama siri popular Sky Castle (2018).
Pelakon yang kini berusia 48 tahun ini memulakan karier di dunia seni lakon Korea Selatan sejak tahun 2003 melalui filem Once Upon A Time in Battlefield.
Setelah sekian lama bergelar pelakon, dia baru mendapat anugerah sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik hasil lakonannya dalam drama Sky Castle dan Doctor Prisoner pada tahun 2019 dari Baeksang Arts Awards dan KBS Drama Awards.
Sejak itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan namanya terkenal serata dunia. Kini namanya meletup lagi kerana drama siri popular Doctor Cha.
3. Kang Tae-Oh
Pelakon Korea lelaki yang sedang menjalani latihan ketenteraan wajib ini terjun ke industri hiburan Korea Selatan sejak tahun 2013 dengan bergabung bersama kumpulan Kpop lelaki iaitu 5urprise.
Dia pertama kali berlakon dalam drama MBC Save Wang Jo-Hyeon (2013). Kang Tae-Oh menjadi sangat popular setelah bergandingan dengan Park Eunbin menerusi drama siri Extraordinary Attorney Woo yang ditayangkan pada tahun 2022.
Namun sungguh sayang sekali, ketika sedang meningkat naik meniti populariti, pelakon ini perlu menyepi seketika untuk menunaikan kewajipan kepada negaranya dan menyertai latihan wajib ketenteraan. Kemunculan semula pelakon ini memang sedang ditunggu-tunggu oleh semua peminat setia.
4. Kang Ki-Young
Para peminat drama siri Korea Selatan pastinya tidak asing lagi dengan wajah Kang Ki-Young. Dia sudah selalu menghiasi berbagai-bagai drama seii popular Korea Selatan seperti The Three Musketeers, Oh My Ghost, Please Come Back Mister, Tunnel, dan banyak drama siri popular yang lain.
Walaupun sering muncul sebagai pelakon pembantu dalam berbagai-bagai drama siri popular, Ki-Young baru sahaja mendapat perhatian ramai selepas sama-sama membintangi drama siri Extraordinary Attorney Woo Young Woo (2022). Hasil lakonannya dalam drama tersebut, dia telah berjaya memenangi hati ramai peminat drama siri Korea Selatan.
5. Son Seok-Gu
Son Seok-Gu memulakan debut menjadi pelakon Korea pada tahun 2014 melalui filem Casino Henchman 2. Namanya mula dikenali pada 2018 setelah membintangi drama siri Matrimonial Chaos. Kariernya terus berkembang hingga dipilih untuk berlakon dalam drama siri Netflix D.P. pada tahun 2021.
Karier Seok-Gu dalam industri lakonan Korea terus melonjak setelah menjadi pelakon utama dalam drama My Liberation Notes (2022). Kehebatan lakonan lulusan Seni Visual dan Filem dari dari Universiti di Chicago, Amerika Syarikat ini tidak dapat diragukan lagi. Seok-Gu terus menunjukkan prestasinya dengan membintangi salah sebuah filem terlaris Korea Selatan iaitu The Roundup (2022).
Usaha yang berterusan dan tidak kenal putus asa pasti akan membuahkan hasil. Akhirnya para pelakon Korea yang tersenarai di atas telah dikenali dan diakui kemampuan lakonannya oleh ramai orang walaupun mereka perlu menunggu selama beberapa tahun untuk meletakkan nama mereka sebaris pelakon terkenal yang lain.
Baca Lagi: Jom Intai Kediaman Mewah Uhm Jung Hwa (Doctor Cha)
Baca Juga: 7 Pelakon Sebagai Anak Kim Byung Chul Di Kdrama