Home Entertainment 5 Pelakon Korea Yang Pernah Bersikap Biadap Dengan Pelakon Lain

5 Pelakon Korea Yang Pernah Bersikap Biadap Dengan Pelakon Lain

0

Bersikap baik kepada sesama artis mahupun kru penggambaran merupakan perkara asas yang perlu dilakukan oleh setiap pelakon yang mempunyai nilai murni dalam diri.

Para pelakon sememangnya dituntut untuk bertindak secara profesional dengan menghargai penggiat seni yang lain yang menjalani proses penggambaran bersama-sama.

Jangan terkejut, terdapat juga beberapa orang pelakon yang dituduh bersikap buruk terhadap pelakon-pelakon lain dan mereka mendapat kecaman dari orang ramai.

Jom sama-sama kita lihat senarai artis yang berkelakuan buruk terhadap pelakon-pelakon lain yang menjalani penggambaran bersama:

2757e20b 1bb8 474e 9048 2e3e1d62fe91

1. Oh Ji Ho
Dalam sebuah konten dari chanel YouTube Way Crayon Pop, belas pelakon wanita iaitu Heo Yi Jae mengaku berhenti dari dunia lakonan kerana diperlakukan sesuka hati dan secara teruk oleh pelakon lain. Dia berhenti sejak tahun 2016 kerana seorang pelakon lelaki yang sudah berumah tangga membuatnya merasa tertekan.

Pelakon itu mengumpat tentangnya setiap hari di lokasi penggambaran. Saat tidak mampu melakonkan adegan dengan baik, pelakon itu akan pergi begitu saja. Pengarah juga memberi tahu bahawa alasannya adalah kerana pelakon lelaki itu ingin melakukan hubungan seksual dengan Heo Yi Jae, tetapi wanita itu menolak.

Akhirnya, Heo Yi Jae bersemuka dengan pelakon itu. Pelakon lelaki tersebut secara terang-terangan mengatakan bahawa mereka perlu berhubungan seksual untuk meningkatkan keserasian di kaca TV. Apabila permintaannya ditolak, pelakon itu melempar barang dan memaki Heo Yi Jae.

Insiden tersebut membuatkan Heo Yi Jae trauma dan tidak mahu meneruskan kerjaya lakonan. Pelakon yang dituduh melakukan perkara buruk itu adalah Oh Ji Ho. Dia berlakon dengan Heo Yi Jae dalam drama siri Single Dad In Love (2006).

Baca Lagi: 3 Sebab Left. Lee “Duty After School” Akan Menjadi Teman Lelaki Hebat

ab2b885d 7b56 4a95 b3d8 0930642c96cd 12. Kim Jung Hyun
Pada tahun 2021, Dispatch mendedahkan bahawa Kim Jung Hyun menolak untuk berlakon dalam beberapa adegan yang memerlukan sentuhan fizikal dengan Seohyun SNSD dalam drama Time (2018). Penolakan itu disyaki untuk menuruti kemahuan teman wanitanya pada saat itu iaitu Seo Ye Ji.

Terdapat 13 adegan romantik yang diubah kerana Kim Jung Hyun meminta penulisnya mengubah semula skrip. Selain bersikap tidak menghargai Seohyun, Kim Jung Hyun juga bersikap buruk di majlis sidang media drama itu. Dia menunjukkan ekspresi wajah yang membosankan dan seolah-olah mengabaikan Seohyun.

Tindakannya itu mendapat kritikan dan juga cercaan dari netizen. Setelah perkara tersebut jadi kontroversi, Kim Jung Hyun meminta maaf atas perilakunya dalam drama Time. Dia menyesali perbuatannya yang menyebabkan kekecewaan kepada pengarah, penulis skrip, sesama pelakon, dan juga para kru. Dia turut merasa bersalah kerana sudah menyakiti Seohyun dan mengaku akan memperbaiki diri.

108db1bf 7f3d 40a1 b5c9 46518273e30b3. Kim Cheong
Heo Yi Jae juga pernah menuduh artis yang bergandingan dengannya dalam You Are a Gift (2016) mengambil kesempatan terhadap sebuah adegan untuk menyerangnya secara fizik. Dalam adegan di mana Kim Cheong perlu memukulnya, Heo Yi Jae mengalami pendarahan kerana rambutnya terus dijambak dan ditarik tanpa henti.

Heo Yi Jae sempat meminta untuk berehat seketika, tetapi Kim Cheong menolaknya. Menurut Heo Yi Jae, pelakon tersebut juga sengaja memakai cincin yang sangat besar waktu adegan menamparnya. Perkara ini turut membuat Heo Yi Jae trauma untuk berlakon. Namun, Kim Cheong tak pernah mengakui tuduhan tersebut.

1ff5ec5f 3ec1 434b b993 2cd6054ab5ad4. Kwak Do Won
Kwak Do Won dituduh menggunakan kata-kata kesat terhadap pelakon yang berlakon bersamanya selepas dia terlibat dengan kes memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2022. Seorang bekas jurnalis yang juga merupakan YouTuber iaitu Lee Jin Ho mendakwa bahawa Kwak Do Won sebagai seorang lelaki yang baik, tetapi berubah menjadi kasar ketika apabila dia mengambil alkohol.

Menurut Lee Jin Ho, alkohol juga yang membuatnya ditangkap oleh polis atas kes memandu di bawah pengaruh alkohol. Dia mendedahkan bahawa pelakon itu pernah mengkritik lakonan pelakon wanita yang bergandingan dengannya dalam sebuah filem dengan cara yang kasar.

Perkataan yang digunakan sangat kasar dan boleh mengganggu perasaan. Menghadapi tuduhan itu, MADA Entertainment meminta supaya orang ramai tidak membuat spekulasi tentang insiden yang belum disahkan atau artikel yang belum dipastikan kebenarannya.

0fa0f798 b8cd 4cbb 810c 44b175ea66435. Jo Duk Jae
Pada tahun 2017, Jo Duk Jae didapati bersalah atas kes gangguan seksual. Dia mengganggu secara seksual artis wanita yang berlakon bersamanya sewaktu menjalani penggambaran untuk sebuah filem pada tahun 2015. Dia pernah menyangkal segala tuduhan dan mengaku hanya melakukannya mengikut arahan dari pemgarah.

Namun, setelah disiasat, Jo Duk Jae disahkan memang bersalah. Dia dijatuhi hukuman setahun penjara, dan 2 tahun masa percubaan, serta perlu menjalani 40 jam kursus pendidikan keganasan seksual.

Menghargai orang lain merupakan perkara dasar yang perlu diterapkan dalam kehidupan harian. Apalagi, bagi sejumlah artis yang dianggap perlu memberi contoh dengan bersikap baik sebagai public figure. Kontroversi yang tersenarai di atas tentu membuatkan orang ramai merasa kecewa dengan tindakan artis kesayanga mereka.

Baca Juga: 10 Kdrama Popular Yang Sudah Mencecah Usia 10 Tahun Pada 2023