Khabar berita hubungan asmara antara artis atau KPop Idol selalu mendapat perhatian jutaan peminat.
Sudah ada antara selebriti terkenal ini yang menjalin hubungan cinta dalam tempoh masa yang cukup lama. Ada juga pasangan bahagia yang yang sudah melalui fasa lamaran.
Paling mengejutkan peminat industri hiburan Korea baru-baru ini adalah pendedahan hubungan cinta antara Ahn Bo-hyun dan Jisoo BLACKPINK yang baru saja mengesahkan hubungan mereka kepada media.
Di bawah ini adalah beberapa orang pelakon lelaki Korea yang sedang hangat bercinta dengan bintang Kpop Idol. Jom sama-sama kita lihat senarai pasangan yang sedang hangat bercinta kini:
1. Jung Kyung Ho dan Choi Soo Young SNSD
Pelakon lelaki Jung Kyung Ho dan KPop Idol yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Choi Soo Young sudah bercinta sejak tahun 2012. Pada awalnya malu-malu untuk mendedahkan berita percintaan mereka, kedua-duanya kini semakin terbuka. Lebih-lebih lagi kedua-duanya sering tertangkap oleh lensa kamera semasa sedang keluar ‘dating’ dan juga bercuti bersama.
Seperti sewaktu sedang menonton konsert Bruno Mars di Seoul pada bulan Jun lalu! Kyung Ho dan Soo Young juga mendapat banyak doa dan ucapan dari para peminat supaya mereka berdua cepat-cepat berkahwin.
2. Ahn Bo Hyun dan Jisoo BLACKPINK
Hubungan asmara antara pelakon Ahn Bo Hyun dan bintang KPop Idol Jisoo BLACKPINK baru sahaja disahkan oleh pihak agensi mereka. Hubungan antara kedua-duanya berjaya dihidu oleh pasukan Dispatch. Cukup mengejutkan, namun pelakon yang dilahirkan pada tahun 1988 yang kini bercinta dengan idol yang berusia 28 tahun ini mendapat respon positif dari semua peminat.
3. Lee Jong Suk dan IU
Sudah lama meminati penyanyi mungil bersuara emas IU, Lee Jong Suk akhirnya menjadi kekasih gadis yang sudah berusia 30 ini. Lee Jong Suk yang masih sibuk berlakon pernah mengundang IU untuk menemaninya ke majlis perkahwinan saudara Lee Jong Suk.
4. Ryu Jun Yeol dan Lee Hye Ri
Ryu Jun Yeol dan Lee Hye Ri pertama kali bertemu dalam drama siri Reply 1988 (2015). Kedua-duanya telah mengesahkan hubungan asmara mereka pada tahun 2017. Lee Hye Ri merupakan salah seorang anggota kumpulan KPop Idol Girl’s Day yang aktif sejak 2010 hingga 2017. Pasangan yang berbeza usia 8 tahun ini dilihat sangat serasi dan romantik setiap kali bersama.
5. Thunder MBLAQ dan Mimi ex Gugudan
Thunder dan Mimi sudah menjalin hubungan cinta sejak 4 tahun lalu. Kedua-duanya bukan hanya bercinta, malah sudah memasuki tahap menuju ke alam perkahwinan. Secara rasmi Thunder telah melamar kekasih hatinya dalam variety show Second House 2. Tidak lama kemudian, Mimi telah membuat kenyataan bahawa dia juga akan mengahwini kekasih hatinya yang juga merupakan adik kepada Sandara Park 2NE1.
Keserasian yang terjalin antara pelakon-pelakon dalam drama siri Korea sering kali membuat para peminat menjodoh-jodohkan mereka. Namun siapa sangka pelakon-pelakon lelaki kacak yang ini jatuh cinta dengan bintang-bintang KPop Idol. Ada juga antara mereka tidak pernah berinteraksi secara langsung. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.