Home Artis Korea 5 Pelakon Lelaki Korea ini Pernah Bawa watak sebagai Tukang Masak, Berjaya...

5 Pelakon Lelaki Korea ini Pernah Bawa watak sebagai Tukang Masak, Berjaya Curi Hati Penonton

0

Kebanyakan pelakon lelaki yang terjun ke dunia lakonan dalam industri seni Korea Selatan telah mempersiapkan diri mereka untuk setiap watak yang bakal mereka bawa dalam filem dan juga drama Korea.

Salah satu watak yang menarik dan jarang-jarang diberi perhatian adalah watak sebagai tukang masak atau chef. Berikut ini adalah lima orang pelakon lelaki Korea yang pernah membawa watak sebagai tukang masak dalam drama-drama siri yang mereka bintangi.

1. Jo Jung Suk – Oh My Ghost

5baa57c4 149f 4c7b 81e4 51f1be7d8f14Dalam drama Oh My Ghost ini, Lee Jong Suk membawa watak sebagai Chef Kang Sun Woo. Dia adalah tukang masak yang masih muda, bercita-cita tinggi dan sangat berbakat. Drama Korea Oh My Ghost ditayangkan pada tahun 2015, mengisahkan tentang seorang gadis muda yang bekerja sebagai pembantu tukang masak di restoran dan gadis ini tiba-tiba dirasuk hantu.

Jo Jung Suk bergandingan dengan dengan pelakon jelita Park Bo Young yang membawa watak sebagai Na Bong Sun (gadis muda) dan Kim Seul Gi yang membawa watak sebagai Shin Soon Ae (hantu).

Baca juga: 12 Watak Paling Ikonik Lee Dong Wook, Antara Pelakon Lelaki Paling Menawan di Korea

2. Lee Junho – Wok of Love

90002c22 3dfd 471f baa6 7e65b8656aabLee Junho membawa watak sebagai Seo Poong, seorang tukang masa yang sangat berbakat yang bekerja di sebuah restoran Cina popular di hotel mewah. Dia mengetahui bahawa kekasihnya Yong Seung Ryong (Kim Sa Kwon) curang dengan CEO hotel Doo Chil (Jang Hyuk). Dia juga diperangkap oleh CEO hotel itu dan membuatnya hilang pekerjaannya.

Wok of Love merupakan drama Korea yang ditayangkan pada tahun 2018. Lee Junho pernah mengikuti kelas memasak. Kehebatannya menggunakan pisau dan menyiapkan bahan-bahan serta menggunakan kuali bergaya telah memberi kejayaan padanya dalam membawa watak Seo Poong.

 

3. Yang Se Jong – Degree of Love

6b40c28b 6dfb 44ee b250 4ece2a2324aeYang Se Jong membawa watak sebagai Jung Sun. Dia adalah tukang masak yang ditugaskan untuk menyediakan menu makanan Perancis dan dia pernah belajar di sekolah kulinari di Paris. Drama ini menyoroti kisah romantik Jung Sun Lee Hyun Soo (Seo Hyun Jin) seorang penulis drama. Drama Degree of Love ditayangkan pada tahun 2017.

Baca juga: 7 Pelakon Lelaki Kdrama Paling Popular Menurut MyDramaList

4. So Ji Sub – Oh My Venus

a5283d9b 1016 4b54 b233 b53181c39531

So Ji Sub membawa watak sebagai Kim Young Ho, seorang selebriti yang juga merupakan chef terkenal. Wataknya sangat kuat dan digambarkan memiliki kepakaran memasak yang telah berjaya menarik perhatian para penonton.

 

5. Jung Il Woo – Flower Boy Ramyun Shop

Pelakon lelakiJung Il Woo membawa watak sebagai Cha Chi Soo, dia adalah waris keluarga kaya raya yang menyamar sebagai tukang masak di sebuah kedai ramen. Wataknya yang ceria dan berkarisma menjadi daya tarikan utama untuk drama ini.

Demikian sahaja senarai 5 orang pelakon lelaki yang berjaya memukau hati para penonton dengan watak-watak tukang masak mereka. Untuk menarik perhatian para peminat, tidak semestinya melalui watak-watak lelaki maskulin dan pandai bertarung sahaja bukan?

Baca lagi: 8 Pelakon Lelaki Korea Ini Membuat Kemunculan Pertama Mereka dalam Filem Pada Tahun 2023, Bakat Bukan Sekadar Rupa!
Baca juga: Penampilan 3 Pelakon Lelaki ini Paling Dinantikan dalam Kdrama 2024, Peminat Dah Tak Sabar