Home Artis Korea 5 Pelakon Lelaki Korea Paling Digemari Setiap Peminat Kdrama, Pesona Menawan

5 Pelakon Lelaki Korea Paling Digemari Setiap Peminat Kdrama, Pesona Menawan

0

Para peminat drama Korea memang memiliki tempat istimewa di hati mereka untuk para pelakon kegemaran mereka.

Pelakon-pelakon yang mereka minati ini terutama pelakon lelaki Korea, sangat disayangi oleh semua peminat bukan hanya kerana penampilan mereka tetapi juga kerana watak yang mereka pilih, sifat mereka, dan aura mereka.

Pelakon-pelakon lelaki Korea ini selalu menarik perhatian dan banyak dibicarakan di internet di kalangan para pemiant setia. Berikut ini adalah 5 orang pelakon lelaki Korea yang sangat terkenal dengan Kdrama mereka dan menjadi pujaan peminat mereka!

1. Son Suk Ku

7eeae281 cde0 470e b080 7a419e045d61Son Suk Ku memulakan perjalanannya dalam bidang lakonan dengan filem Scarlet Innocence pada tahun 2014 dan juga membintangi Contact Point pada tahun yang sama. Dia dikenali kerana wataknya dalam My Liberation Notes, Be Melodramatic, D.P., dan banyak lagi.

Dia memiliki senyuman yang boleh membuatkan hati setiap peminat luluh dan kilauan mata yang mampu menusuk masuk ke dalam jiwa seseorang. Dia terkenal di kalangan peminat Kdrama kerana My Liberation Notes dan Be Melodramatic serta keserasiannya dengan pelakon utama wanita Kim Ji Won dan Jeon Yeo Been. Adegan-adegan dalam drama tersebut selalu tersebar dan beredar di internet.

Baca lagi: 10 Pelakon Terkenal Korea ini Tercalon Sebagai Pelakon Lelaki Terbaik untuk Baeksang Awards 2024

2. Lee Dong Wook

cce01445 17a2 40e6 b943 1a4cbeccfd31Lee Dong Wook telah berkecimpung dalam industri Kdrama sejak tahun 1999. Dia memulakan debutnya dengan drama School 2. Pelakon kacak ini terkenal melalui drama Goblin, Tale of the Nine-Tailed, Strangers from Hell, Bad and Crazy, dan banyak lagi.
Dia adalah pelakon lelaki serba boleh yang sangat dipuja kerana penampilannya yang sangat mempesona. Dia memiliki aura yang sempurna dan juga boleh melakonkan watak serius dengan baik.

Selain itu, Lee Dong Wook juga merupakan pelakon berbakat yang telah menunjukkan bakatnya selama bertahun-tahun. Dia seterusnya akan muncul dalam filem baru yang bertajuk Harbin yang sangat dinanti-nantikan yang berlatarkan Korea pada awal tahun 1900-an.

Baca juga: 5 Pelakon Lelaki Korea ini Pernah Bawa watak sebagai Tukang Masak, Berjaya Curi Hati Penonton

3. Ok Taecyeon

0e5c66d1 bbc2 4b36 8609 06fd7a6081a1Anggota 2PM ini memulakan debutnya sebagai pelakon pada tahun 2010 dengan Kdrama Cinderella’s Sister. Dramanya yang paling berjaya adalah Vincenzo yang juga dibintangi oleh Song Joong Ki dan Jeon Yeo Bin yang ditayangkan pada tahun 2021. Masih disebut-sebut oleh semua orang yang membahaskan drama popular Korea Selatan. Drama ini memiliki nilai komersial yang dinikmati semua orang dan merupakan gabungan yang baik antara genre aksi, romantik, dan misteri.

Ok Taecyeon membawa watak sebagai penjahat psikopat gila yang tidak dijangka oleh sesiapa pun. Membawa watak Jang Jun Woo, pekerja baru yang manis dan baik hati adalah salah satu watak Ok Taecyeon yang paling terkenal. Pelakon tersebut mencuri hati semua orang dengan watak jahatnya yang sangat berbeza dari sifat sebenarnya.

Baca juga: 12 Pelakon Lelaki Korea yang Jarang Berlakon Drama Romcom

4. Ji Chang Wook

18fe0f77 58e0 4687 b766 cada4a3e9dd0Ji Chang Wook memulakan debutnya pada tahun 2008 dengan drama You Stole My Heart dan filem Sleeping Beauty. Dia terus terkenal dengan drama sejarah Empress Ki. Dia dikenali dengan projek aksinya seperti Healer dan K2.

Dia juga mengambil watak utama dalam komedi romantik kegemaran peminat seperti Suspicious Partner dan Backstreet Rookie. Pada tahun 2023, pelakon omo muncul dalam filem aksi thriller The Worst of Evil dan darama komedi romantik Welcome to Samdalri dan kedua-dua projek tersebut berjaya secara global. Projek Ji Chang Wook yang terbaru adalah drama sejarah Queen Woo.

Baca juga: 10 Pelakon Lelaki Korea Ini Pernah Bintangi Filem Hollywood, Bukan Biasa-Biasa

5. Lee Do Hyun

Pelakon lelaki koreaLee Do Hyun pertama kali muncul dalam Kdrama Prison Playbook yang ditayangkan pada tahun 2017. Dia mendapat peluang besar pertamanya pada tahun 2020 dengan mengambil watak utama dalam 18 Again yang menjadi hit.

Pelakon ini telah menunjukkan kebolehannya semasa dia terlibat dalam filem thriller seram seperti Sweet Home dan karya penuh emosi seperti Youth of May dan The Good Bad Mother. Dia baru-baru ini mendapat peluang untuk membawa watak utama dalam filem hit Exhuma yang berjaya memecahkan beberapa rekod gemilang. Pada bulan Ogos 2023, dia menjalani latihan ketenteraan wajib.

Memang benar setiap filem dan Kdrama yang dibintangi oleh pelakon-pelakon ini biasanya akan ditunggu-tunggu oleh para peminat setia mereka. Biasanya, drama dan filem lakonan mereka akan mendapat sambutan yang hangat dan sangat menggalakkan. Adakah anda juga salah seorang peminat setia artis-artis yang tersenarai di atas?

Baca lagi: 13 Pelakon Lelaki Korea Ini Menempa Nama dan Makin Dikenali Selepas Muncul dalam Kdrama 2024
Baca juga: 9 Pelakon Lelaki Korea Ini Tetap Popular Walaupun Sudah Bergelar Bapa