Siapa sangka jika ada beberapa orang pelakon kacak yang menolak untuk bergandingan dengan dengan Song Hye Kyo, tak sangka kan?
Song Hye Kyo dikenali sebagai salah seorang artis yang mempunyai kelas tersendiri di Korea Selatan yang masih tersenarai dalam deretan bintang terkenal dengan bayaran termahal dalam industri hiburan di negara tersebut.
Walaupun begitu, perkara tersebut tidak menjadi jaminan bahawa para pelakon lain akan secara automatik akan menerima tawaran untuk bergandingan dengan Song Hye Kyo yang jelita dan terkenal ini.
Berikut disenaraikan lima pelaon Korea Selatan yang telah menolak tawaran untuk berlakon dalam drama siri Korea Selatan bersama dengan Song Hye Kyo dan sumber ini diambil dari KBIZoom.
Pasti ramai yang sedang tertanya-tanya siapakah pelakon yang menolak tawaran untuk berlakon bersama dengan selebriti jelita ini bukan? Jom kita lihat senarai 5 pelakon Korea tersebut:
1. Lee Jung Jae
Bintang Korea yang namanya dikenali dan menjadi sebutan di seluruh dunia secara global setelah berlakon dalam siri Netflix Squid Game ini pernah menolak untuk berlakon dalam drama Korea Full House.
Ketika itu dia menolak tawaran tersebut kerana tidak tertarik untuk berlakon dalam drama televisyen. Pelakon lain yang dipilih untuk bergandingan dengan Song Hye Kyo dalam drama siri Korea Full House adalah si tampan Lee Yeong-jae.
Walaupun ramai juga para peminat yang kecewa dengan keputusan Lee Jung Jae tersebut, tetapi ada juga sebahagian peminat Kdrama rasa bersyukur kerana bagi mereka Lee Jung Jae akan kelihatan akan terlalu tua jika digandingkan bersama dengan Song Hye Kyo.
2. Won Bin
Won Bin pernah ditawarkan watak untuk mememgang watak utama dalam drama siri Korea Selatan yang bertajuk Descendants Of The Sun. Seperti biasa alasannya menolak tawaran tersebut adalah kerana jalan ceritan siri drama tersebut tidak membuatkan hatinya tertarik untuk menerima tawaran yang diberikan.