Home News 5 Pelakon Wanita Korea Ini Dianggap Pandai Pilih Skrip, Walau Jarang Berlakon,...

5 Pelakon Wanita Korea Ini Dianggap Pandai Pilih Skrip, Walau Jarang Berlakon, Setiap Projek Mereka Pasti Hits

0

Sebagai seorang pelakon wanita dalam industri hiburan Korea Selatan, bakat lakonan mereka mestilah luar biasa dan memukau untuk kekal relevan dalam industri.

Ramai pelakon wanita Korea yang telah membuktikan kebolehan mereka tersebut melalui projek siri drama dan juga filem hingga memperoleh banyak kejayaan baik di negara mereka dan juga secara antarabangsa.

Selain itu, beberapa orang pelakon wanita Korea dianggap ‘bijak’ dalam memilih skrip untuk sesebuah projek lakonan, walau jarang muncul atau berlakon, kehebatan lakonan mereka tetap ditunggu-tunggu. Mereka dianggap bijak memilih skrip kerana hampir semua projek yang disertai mereka berjaya meraih populariti luar biasa.

Siapakah mereka ini? Jom kita lihat senarai dan ulasannya dibawah ya!

 

1. Han Hyo Joo

7177b64a d367 4089 95af 9de3736aa412Han Hyo Joo merupakan salah seorang pelakon, model, dan penyanyi dari Korea Selatan yang telah berkecimpung dalam industri hiburan sejak tahun 2003. Sebagai seorang pelakon, sudah banyak projek lakonan yang dibintanginya sama ada filem atau drama siri.

Beberapa drama Korea terkenal yang dibintanginya adalah seperti Brilliant Legacy (2009), Dong Yi (2010), W: Two Worlds (2016), Happiness (2021), dan juga Moving (2023). Drama-drama tersebut berjaya meraih populariti luar biasa dan rating yang membanggakan!

 

2. Kim Da Mi

3c638ec8 5a6b 4187 ab99 f172c12427f2Kim Da Mi yang memulakan karier lakonan pada tahun 2017 ini berjaya memukau peminat dengan bakat lakonannya. Namanya mula meningkat naik selepas membintangi filem The Witch: Part 1. The Subversion (2018). Kemudian, pelakon wanita ini turut membintangi projek lain yang juga sangat berjaya seperti Itaewon Class (2020), Our Beloved Summer (2022), dan juga yang Soulmate (2023).

 

3. Jun Ji Hyun

9ded2734 37d4 4f4d 8308 aee7d52b1126Jun Ji Hyun merupakan salah seorang pelakon wanita Korea yang dikenali sebagai ‘Dewi Korea Selatan’. Bukan hanya memiliki wajah yang menawan, namun kualiti lakonannya yang luar biasa juga mendapat perhatian.

Walau dia lebih banyak membintangi projek filem layar perak dibandingkan drama siri, namun beberapa projek dalam drama siri berjaya meraih kejayaan luar biasa yang turut menaikkan namanya. My Love from the Star (2013), The Legend of the Blue Sea (2016), dan juga Jirisan(2021).

Untuk projek My Love from the Star, drama ini mencetak rating paling tinggi di angka lebih dari 28%. Sementara itu, beberapa buah filem popular yang dibintangi Jun Ji Hyun di antaranya ialah Il Mare (2000), My Sassy Girl (2001), Windstruck(2004), The Thieves (2012), dan banyak lagi.

 

4. Gong Hyo Jin

43df8cca 4966 4564 852c fe066b5b92e4Memiliki rupa paras jelita serta bakat lakonan luar biasa, Gong Hyo Jin berjaya mendapat gelaran sebagai ‘Ratu Komedi-Romantik’ hasil lakonannya yang memukau semasa berlakon dalam projek dengan genre tersebut.

Selain itu, pelakon wanita Korea ini juga selalu membintangi drama yang berjaya mendapat rating dua digit seperti Pasta (2010), The Greatest Love (2011), Master’s Sun (2013), It’s Okay, That’s Love (2014), dan juga When the Camellia Blooms (2019). Untuk drama Korea When the Camellia Blooms, kita menyaksikan drama ini memperoleh rating tertingginya di angka lebih dari 23%.

 

5. Kim Tae Ri

Pelakon wanita koreaTelah aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2004, siapa sangka setakat tahun 2023, Kim Tae Ri hanya membintangi 3 drama Korea yang menyaksikan dia menjadi pelakon utama. Drama-drama tersebut ialah Mr. Sunshine (2018), Twenty-Five, Twenty-One (2022), dan juga antara yang paling popular Revenant (2023).

Walau demikian, ketiga-tuga projek drama tersebut berjaya membawa Kim Tae Ri menjadi semakin cemerlang, menuai populariti, hingga mendapat anugerah. Selain itu terdapat beberapa buah filem terkenal yang dibintangi oleh pelakon ini seperti The Handmaiden (2016), 1987: When the Day Comes (2017), Little Forest (2018), dan juga Alienoid (2022).

Baca lagi: 8 Pelakon Wanita Korea Ini Bakal Menemani Anda pada Bulan Julai 2024 Melalui Drama-Drama Lakonan mereka
Baca juga: 7 Pelakon Wanita Korea ini Tampil Hebat dengan Babak Pertarungan yang Memukau dalam Kdrama 2024