Home Entertainment 5 Pelakon Yang Pernah Menolak Tawaran Berlakon Dalam Kdrama Saeguk

5 Pelakon Yang Pernah Menolak Tawaran Berlakon Dalam Kdrama Saeguk

0

Tawaran untuk berlakon merupakan rezeki berharga buat setiap pelakon. Walau bagaimanapun, mereka perlu membaca skrip dan mengetahui jalan cerita terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk menyertai apa-apa projek lakonan.

Selain itu, para pelakon perlu menyusun jadual kerja mereka yang padat supaya tidak bertembung dengan mana-mana filem atau drama siri lain yang telah dipersetujui. Kadang-kadang mereka terpaksa menolak tawaran cerita yang bagus kerana sudah terikat dengan projek yang lain dan jadual sudah penuh.

Tentunya, pertimbangan yang matang diperlukan sebelum bersetuju untuk mengambil sesuatu watak bagi setiap pelakon. Lebih-lebih lagi jika karakter yang ditawarkan sangat mempengaruhi kehidupan pelakon tersebut, termasuk juga Kdrama jenis saeguk yang sarat dengan nilai sejarah, perlu lebih berhati-hati melakonkan setiap babak!

Baca Lagi: 11 Kdrama Saeguk Tiada Kaitan Dengan Politik dan Skandal Istana

Jom kita lihat 5 pelakon yang pernah menolak tawaran untuk berlakon dalam drama siri saeguk dan apakah sebab mereka menolak untuk berlakon:

1. Song Joong Ki – The Moon Embracing the Sun (2012) dan Kingdom (2019)
3807D40E 2865 4B2E 9DAB 548D5CDA07CBThe Moon Embracing the Sun adalah salah satu drama siri saeguk yang sangat popular, drama siri ini pernah ditolak oleh Song Joong Ki. Pelakon tersohor itu menolak untuk tampil dalam drama tersebut kerana watak yang ditawarkan hampir serupa dengan wataknya dalam drama siri Tree with Deep Roots (2011).

Selain itu, bintang Vincenzo (2021) itu juga menolak tawaran untuk membintangi Kingdom (2019). Pada waktu itu, Song Joong Ki dikatakan sedang sibuk dengan persiapan majlis perkahwinannya dengan Song Hye Kyo.

2. Lee Jin Wook – Queen for Seven Days (2017)
EE3FBA0F 6269 408F BC05 3E4F4AAE5F38Selain Song Joong Ki, pelakon Lee Jin Wook juga pernah menolak tawaran untuk tampil dalam drama siri Queen for Seven Days. Drama siri tersebut adalah salah satu drama sejarah atau saeguk yang dibikin berdasarkan kisah benar.

Pada Mac 2017, Lee Jin Wook mendapat tawaran untuk membawa watak karakter utama sebagai Raja Jungjong, tetapi dia menolaknya. Watak tersebut akhirnya dilakonkan oleh Yeon Woo Jin.

3. Kang Ha Neul – River Where the Moon Rises (2021)
EB9CD6DA 9065 4FB3 953E EE75D78B26CCSebelum Ji Soo digantikan oleh Na In Woo kerana skandal buli, Kang Ha Neul awal-awal lagi sudah terpilih untuk membawa watak utama dalam drama siri River Where the Moon Rises. Namun dia menolak tawaran tersebut kerana jadualnya yang terlalu padat.

Kang Ha Neul kemudian memutuskan untuk membuat penampilan istimewa sebagai cameo dalam drama siri itu. Dia membawa watak sebagai seorang jeneral yang merupakan ayah kepada On Dal iaitu karakter utama yang sebelum ini ditolaknya.

4. Son Ye Jin – River Where the Moon Rises (2021)
866F6991 2166 4E5F 8200 47C700BA04D3Sama juga seperti Kang Ha Neul, Son Ye Jin juga pernah ditawarkan untuk tampil dalam drama siri River Where the Moon Rises bersama bintang dari drama When the Camellia Blooms (2019) selepas cemerlang dalam Crash Landing on You pada Februari 2020.

Namun menurut laporan, Son Ye Jin juga menolak tawaran tersebut. Akhirnya dia digantikan dengan Kim So Hyun.

5. Kim Seon Ho – Haesi’s Shinru (2023)
C461928C 1C67 457C B623 D2CBD9FD7C5BPaling terbaru, Kim Seon Ho disahkan tidak dapat tampil dalam drama siri Haesi’s Shinru kerana mempunyai masalah yang sama dengan Kang Ha Neul. Bintang Hometown Cha-Cha-Cha (2021) itu kini sedang sibuk dengan penggambaran filem terbarunya iaitu Tyrant.

Dipetik dari portal Soompi, SALT Entertainment telah membuat kenyataan rasmi bahawa pelakon tersebut telah menolak tawaran untuk berlakon dalam drama siri Haesi’s Shinru.

Pelakon kami mempertimbangkan untuk tampil dalam drama siri Haesi’s Shinru, tetapi ia telah memutuskan dan bersetuju dengan pihak produksi Kdrama itu bahawa dia tidak dapat membintangi drama tersebut,” kata pihak SALT Entertainment.

Walaupun demikian, keputusan Kim Seon Ho tersebut juga turut membuat para peminatnya merasa sedih. Kerana para peminat sudah lama tidak menonton pelakon itu dalam drama saeguk, kali terakhir dia membintangi drama siri saeguk adalah pada tahun 2018 memerusi 100 Days My Prince.

Peminat-peminat Kdrama saeguk juga pasti ada pelakon kegemaran masing-masing bukan? Siapakah anda rasa pelakon Kdrama saeguk yang paling berjaya membawa watak terbaik mereka?

Baca Juga: 11 Kdrama Terbaik Song Hye Kyo & Han So Hee